Assalamualaikum semua,
Seperti biasa di hari jumaat kita akan berkongsi resepi ya kawan-kawan. Hari rabu kan aku ada cerita dapat poslaju sukun dan labu dari kampung yang sukunnya busuk tapi labu selamat. Jadi labu tu aku buat bingka, maktek la yang suruh buat bingka. Gigih la aku cuba tapi hasilnya memang mantap, sedap manis lemak nya tu memang terbaikla.
Bahan-bahan:
2 cawan labu lenyek
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan
3 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus
3 sudu besar mentega yang dicairkan
bijan secukupnya
Cara masak:
- Potong labu dalam bentuk kiub dan kukus hingga lembut, lepas lenyek kan hingga halus ( tapi aku tak lenyek halus sangat)
- Masukkan tepung, santan, telur, gula pasir, garam dan mentega cair dan pukul hingga sebati, atau boleh juga di kisar dalam pengisar
- Tuangkan bahan kisar dengan labu lenyek dan gaul hingga sebati
- Masukkan bancuhan ke dalam acuan atau loyang yang telah di gris dengan minyak, tabur bijan di atasnya
- Bakar dengan suhu 175 untuk 40-50 minit atau bergantung pada kerak atas yang kekuningan.
|
kita kukuskan lah labu ini ya |
|
selepas di kukus selama 15 ke 20 minit |
|
aku takde alat untuk lenyek labu ni, aku guna cawan je... itu tak halus sangat |
|
ini lah bahan-bahan utamanya ya |
|
nampak rupanya... kita gaulkan sebati |
|
setelah sebati semua sebelum di bakar |
|
jangan lupa tabur dengan bijan ya |
|
tambah bagi banyak bijan hehehhe |
|
bau dia masa bakar memang harum |
|
dia naik juga sikit... |
|
aku suka yang garing gini atasnya |
|
masih suam-suam potong untuk bagi rumah maktek |
|
boleh rasa texture labu tu yang tak halus sangat |
|
selamat mencuba ya |