Friday, March 29, 2024

RESEPI POPIA CARBONARA ALA KA

 Assalamualaikum semua,

Resepi popia carbonara yang tengah viral, aku punya biasalah mesti ada lain sikit penambahan kan. Tapi memang sedap sila lah cuba ya. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

2 tin sos cabonara prego

1 pek daging kisar ramly

1 batang lobak, potong dadu

1 biji kentang potong dadu

3 ulas bawang putih, cincang

1 biji bawang merah besar , potong dadu

1/2 biji capsicum, potong dadu

daun kucai

2 keping keju cheddar

garam dan serbuk lada hitam

kulit popia

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan bawang merah masukkan daging kisar. Masakkan hingga daging separuh masak.

- Masukkan lobak, kentang dan capsicum. Tutupkan dengan penutup kejap kualinya biarkan empuk bahan itu.

- Masukkan sos prego, kucai dan air sikit tambahkan garam dan serbuk lada hitam. Biar pekat tau baru matikan api. Tunggu sejuk baru jadikan popia.

- Bekukan popia tu dulu sebelum goreng supaya inti nya tak meletup-meletup. 













Thursday, March 28, 2024

PHOTO DIARY #12/2024

 Assalamualaikum semua,

Hari ini kami di Selangor dan Kuala Lumpur bercuti sempena Nuzul Quran. Dapatla berehat sehari kat rumah, tapi dari pagi dah fikir nak masak berbuka apa lah. Gambar kali ini cacamarba sikit gini la bila buat entri guna telefon je.


Semalam ada mesyuarat ajk Puspanita

Kelmarin ada kawan Aiyan bagi biskut tart

Semalam petang, penat sangat balik dari taska tidur lagi kat kereta

Projek kuih berbuka kat pejabat

Buat agar-agar santan

Gambar kenangan bilik yang kemas sebab ada audit 5s


Gambar masa mesyuarat

Masak pun buah nanas

Fish n chips platter

Abisla pokok aku

Samosa dan popia

Baru belajar lipat samosa

Wednesday, March 27, 2024

HAPPY 14TH ANNIVERSARY

 Assalamualaikum semua,

Semalam 26 Mac 2024 genaplah usia perkahwinan kami 14 tahun. Alhamdulillah susah senang bersama, masa aku sakit Edy setia berkorban apa saja. Doakan ya moga perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke akhirnya. Ceritanya semalam masa nak masak nasi untuk berbuka periuk nasi tiba-tiba tak berfungi. Bau hangit, usia dia pun dah 14tahun sebab itu hadiah dari bekas pengarah aku. Mujurlah ada alternaif lain kalau tidak masak kat dapur gas la.


berselotap dah dia itu yang comot

bau hangit dalam tu, entah boleh guna lagi ke tidak

Tuesday, March 26, 2024

PROJEK KUIH KASWI KAT PEJABAT

 Assalamualaikum semua,

Gigih tau kami geng perempuan yang cuma ada beberapa kerat ini buat kuah kaswi. Bila tengah lapang takde kerja kita buat la projek kuih berbuka puasa. Kami bagi seorang 3 ketul je sebab tak larat nak buat banyak hehehhe. 








kita kongsi rezeki

ini edisi istimewa corak bunga

Monday, March 25, 2024

HADIAH TOP KOMENTATOR MAC 2022-JAN2024 DARI KAK AMIE

 Assalamualaikum semua,

Ini dah kali kedua atau ketiga dapat hadiah dari kak Salami atau Amies Little Kitchen ni. Selalu macam-macam hadiah dapat, terima kasih akak moga terus murah rezekinya ya. Hadiah dari serata dunia betul, ada baju kelawar, baklava ni mesti dari percutian kak Amie baru-baru ini, beg kecil Istanbul, Keychain Bosnia dan FM Macedonia. 

Terima kasih banyak kak

Friday, March 22, 2024

RESEPI LEMAK CILI API KERANG DAN BUNCIS

 Assalamualaikum semua,

Sudah beberapa minggu jumaat tanpa entri, maaf la mood memasak aku memang agak ke laut. Itu yang takde resepi mau dikongsikan, ini baru cuba resepi kerang dan bagi aku sedap sangat rupanya. Sesuai sangat kalau nak buat dengan lauk lain jugak. Jom tengok resepinya.


Bahan-bahan:

11/2kg isi kerang

250gm kacang buncis, potong serong

2 kotak kecil santan

8 biji cili api bangla, tumbuk

2 inci kunyit hidup, tumbuk

2  ulas bawang putih, tumbuk

1 batang serai ketuk

1/2 cawan air

1-2 keping asam keping

gula dan garam

Cara masak:

- Masukkan dalam periuk bahan tumbuk, serai dan santan. Masak untuk 10 minit dengan api sedang dan sentiasa kacau tau.

- Masukkan kerang, asam keping dan air. Masak lama sikit kerang ni biar meresap rasa kat kerang tu.

- Masukkan gula dan garam akhir sekali masukkan kacang buncis,. bila buncis dan masak boleh matikan api, Siap. 





bau sedap masa ni tau




masak dah

di jual jugak lauk ini tau,....