Tuesday, November 26, 2024

BIFE CHARCOAL STEAKHOUSE

 Assalamualaikum semua,

Kisahnya hari jumaat lepas, dapat la kami 5 orang keluar makan bersama. Ini pertama kali kami semua keluar makan sama-sama ni. Selalu 3 orang je yang lagi 2 orang tu sibuk lain macam. Ada 2 orang kawan pejabat yang belanja kami sebab dia dapat keluarkan duit GCR tahun lepas. Dia bagi 200 untuk 3 orang , tapi kami tambahla sikit nanti kan sebab nak ajak makan untuk 5 orang. Ada pegawai di pejabat yang cadang kami makan kat kedai ini. Kedainya ok, tempatnya pun cantik makanan kira oklah jugak. Kami ambil set buffet lunch RM69.00 .  Cumanya untuk yang suka makan protein suka la sebab yang boleh tambah hidangan daging, ayam, kambing bakar je. Ini alamat kedainya

No. 360, BIFE Charcoal Steakhouse (M) Sdn Bhd, The LINC KL, No. 1-5 & 1-5-F 1st Floor, Commercial Development, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Muat la 1 kereta Iriz ni kami ber5


buffet nya untuk makanan ini, pelbagai jenis daging 

sedap memang sedap tapi tak lalu jugak makan protein saja

dia akan letak pinggan di tengah, dan akan tambah makanan kat sini


dessert ada ini je



kek dan aiskrim je dessert yang ada

dia tambah makanan lagi

sejenis memang suka bergambar semua ni


dalam lif pun sempat lagi hahahha

11 comments:

  1. kwn pernh share tmpt ni..sronok tu dpt mkn lps tu ada extra dpt cash tu

    ReplyDelete
  2. Okey masuk wishlist..x jauh pun ni....

    ReplyDelete
  3. sedap tu menjamu selera berkawan-kawan

    ReplyDelete
  4. Bahagianya dapat makan sedap dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete
  5. Wah kompak nih berlima makan bersama Mbak.
    Pasti seru diselingi obrolan dan menu makan yang super mengundang selera.
    Es krim nya sepertinya sangat menyegarkan...

    Salam,

    ReplyDelete
  6. Sedapnya makan ramai2 Dana, seronok dan meriah.

    ReplyDelete
  7. makan protein semata...nak-nak yg gigi banyak dah hilang mcm ammi ni. jenuh mak nak kunyah nyiahh

    ReplyDelete
  8. Bila dapat bergabung bersama, happening jadinya. Gelak tawa menguasai, hilang sekejap masalah yang ada. Sesekali reward diri bersama kawan-kawan enjoy lunch bersama.

    ReplyDelete
  9. wahhh...sedap nampaknya tu... seronok ada rakan sekerja sepejabat ni...

    ReplyDelete
  10. Sedapnya unlimited daging. Kenyang tersandar ni 😋

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...