Wednesday, August 14, 2024

JAWAPAN TEKA TEKI NANAS

 Assalamualaikum semua,

Oklah nampaknya takde yang jawab betul lah teka teki semalam tu. Tunggu-tunggu jugak wak WP jawab tapi tiada. Ok ini la nama dan sedikit info tentang nanas yang aku tahu ya. Info nanas boleh baca di blog encik Anim Agro ini, banyak maklumat.

Josapine, N36 dan MD2

bila dah kupas nampak menggiurkan

MD2 ini paling manis, lembut, berjus tak lidas

Ini dah agak masak itu rosak sikit, ini Josapine... manis, berjus, kadang ada lidas bila makan banyak

N36 ini kacuk antara gandul dan sarawak, rasa manis tapi sedikit masam, berjus tapi tak seranggup dan lembut MD2

20 comments:

  1. Yeayyy…betul jawapan akak untuk yang kecik tu.
    Baru komen kat entri tadi, tetiba eh…ada entri jawapan 😄

    Selalu makan MD2 kat sini, itu yang kenal.
    N36 langsung tak pernah tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. n36 tak dikomersialkan sgt rasanya kak.... sebab tu tak ramai yang kenal

      Delete
  2. josephine tu pernah dgr jugak... yg lagi 2 tu x pernah dgr plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. md2 mesti ada tu kak, ramai orang jual tepi jalan dan manis

      Delete
  3. Mrs. A tahu MD2 je sebab suka makan letak dengan asamboi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab sekarang dia antara nanas paling ngetop

      Delete
  4. Sekarang ni yang paling sedap nanas md2 lah
    Tapi wak suka nanas sarawak yang ditanam semulajadi (tak pakai hormon pembuahan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu wak md2 mmg skrg paling no 1, nanas sarawak yg dulu-dulu kan dahla saiz besar, manis nya aduh tak tahan betul. Cuma abah pernah cakap nanas sarawak ni dia sangat fragile sbb tu dah tak dikomersialkan

      Delete
  5. Josephine, first time dengar. Macam nama orang.

    ReplyDelete
  6. Josephine, sedapnya nama. Tapi tengok nenas especially dah kupas kulit tu, memang geram je. Kalau tak manis, cicah kicap cili atau asamboi memang sedap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanas jenis ni banyak di tanam di Johor, Selangor dan Sarawak, namanya pun dari sini Jo- Johor, Sa- Sarawak , pine- nanas... itu gabungan namanya

      Delete
  7. lidas tu apa? yg gatal2 lidah tu ke?
    MD2 tu selalulah juga beli dulu masukkan dalam shake...elok berserat snang ammi nak membuang

    ReplyDelete
  8. kecur air liur tengok nanas tu..sedapnya MD2 is always my fav

    ReplyDelete
  9. Hahahaha terliur pulak tgk nenas nenas ni semua.. MD2 tu kalau dpt mmg makan sorang sebab manis dan berjus..

    ReplyDelete
  10. Saya ingin berbagi pengalaman saya mendapatkan persetujuan pinjaman dari perusahaan pinjaman Tn. Pedro, yang mana pengajuan pinjaman saya ditolak oleh bank karena kredit saya buruk. Namun Pedro memberi saya pinjaman dengan bunga 3%, sebesar 7 juta dolar AS. Saya akan mendorong orang lain yang mencari pinjaman untuk menghubungi kantor pinjaman Pedro melalui email di pedroloanss@gmail.com atau WhatsApp di +393510140339.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...