Thursday, February 29, 2024

PHOTO DIARY# 08/2024

 Assalamualaikum semua,

Maafkan lah diriku yang dah beberapa kali culas buat entri. Entahla kadang bila sibuk, mula lah lupa nak buat entri. Kadang idea nak menulis pun dah makin kurang,itu yang sampai malam baru buat entri hari ini. Jom kita lauan cerita bergambar.

Santai je dia kan

Hantar lauk untuk maktek

Tudung ni nasib-nasib jugak

Panas betul sekarang, balik semua pokok layu

Tambah biskut pre puasa...

Kuih tiram... sedap tak manis sangat just nice

Budak yang rajin melayan aku borak... 

Saja suka letak kudapan supaya ada kawan borak

Aiyan di transit

Dengan geng-geng setiausaha

Baju batik beli di tiktok

Senyum

Pokok nanas akhirnya berbuah

2pokok terakhir akhirnya berbuah

Wednesday, February 28, 2024

WW JUMPA BOSS LAMA LAGI

 Assalamualaikum semua,

Biasalah kerja setiausaha pejabat macam aku, pengarah bertukar ganti je. Aku jaga Encik Zul ni tahun 2020- 2021 zaman PKP dulu.

dia dah 57 tahun tau tapi nampak muda lagi

Tuesday, February 27, 2024

JENGUK BOSS LAMA

 Assalamualaikum semua,

Semalam secara rasminya aku dah dapat pengarah baru, pengarah lama dah naik pangkat. Semalam petang saja jenguk pejabat baru dia. Luas biliknya tumpang seronok dan gembira dia dah naik pangkat. Moga terus maju jaya untuk pengarah aku tu, dia baik orangnya, lembut je cakap tak pernah marah.

Semalam pagi tengok dah kosong barang-barangnya

hari ahad dia kemas semua barang-barang letak dalam kotak

kat pejabat baru,sofa cantik bilik luas lagi

datang bawakkan air kopi, karipap dan biskut raya untuk dia hehehhe

welfie jelah kami

dia memang sporting je, ajak bergambar,welfie dia suka je

Thursday, February 22, 2024

PHOTO DIARY #07/2024

 Assalamualaikum semua,

Sudah khamis ya, esok hari terakhir minggu ini dan bolehla berehat-rehat. Cuti sekolah kali ini aku belum cuti lagi,tak tau bila nak cuti. Balik kampung pun tidak ni, adehla. Tapi takmo bebel panjang jom kita tengok cerita bergambar ya.

Tahniah buat pengarah aku yang dapat naik pangkat, dapat pengarah baru lah nanti aku

cantik kan... kalau ada kerusi ni boleh lepak-lepak

sabtu ahad memang dia akan tidur kat luar gini, selalu bila aku kerja dia lepak dalam rumah je

kawan pejabat aku memang semua baik hati, dapat ole-ole

kek lapis jugak

sambut hari lahir budak pejabat ni... meriah kan



ini je yang ada, yang lain kerja luar

akhirnya mekar jugak dia

baru lengkap kami berlima

kawan pejabat belanja nasi lemak sedap ni

bawak congkak turun nanti boleh main bila bosan

Sebelum mula kerja selfie dulu

Wednesday, February 21, 2024

WW DIA DAH KEMBALI

 Assalamualaikum semua,

Setelah 3 bulan cuti, akhirnya masuk kerja dah geng sorang ni. Cukup dah korum geng wanita kami.

tempat pertama lapor diri


tapi ada sorang geng tu selalu tak join makan sekali

Tuesday, February 20, 2024

KUALA LUMPUR DARI TINGKAT TERTINGGI

 Assalamualaikum semua,

Kawan pejabat buat kerja di Menara Merdeka118 , kene ambil waktu matahari terbit dan terbenam. Lepas tu mereka hantar gambar dari situ, mereka ada di tingkat 118 ye. Cantik pemandangan terutama waktu malam. Mereka kena naik menara pukul 5 pagi sebelum matahari terbit dan naik semula petang sebelum matahari terbenam... 

waktu pagi

waktu pagi tadi


suka gambar ini


petang hari semalam

Monday, February 19, 2024

BELI JAJAN

 Assalamualaikum semua,

Khamis minggu lepas waktu rehat di paksa untuk teman beli jajan kedai. Memilih jajan pun kecoh dan riuh betul tau, mujur la lepas tu ada adik askar yang tolong angkut segala kotak air minuman ke dalam kedai. Penuh bonet kereta dengan stok air dan jajan. 



beria memilih

penuh dah troli, ini troli ke dua

kalau aku beli hujung minggu 2 troli je tapi hari kejadian 4 troli penuh



mujur kereta luas udah rupa apa dah belakang tu