Monday, July 31, 2023

KEJOHANAN MERENTAS DESA

 Assalamualaikum semua,

Hari sabtu Aiyan ada Kejohanan Merentas Desa dekat sekolah. Mulanya Edy nak suruh Aiyan turut serta senamrobiknya ja tapi bila dah sampai sana suruh ikut merentas desa pulak. Merentas desa ni dibuat di Pulapol, KL. Rentas desa tu 2km jugak tau, awal-awal tu je Aiyan lari lepas tu dia jalan je. Tapi tetap habis juga, kira oklah kan, mama tumpang bangga tau. Ini Edy dan Aiyan je aku tak ikut sekali.



padang kawat pulapol

Kawan-kawan PPKI yang turut serta







senamrobik



perasmian Kejohanan... buat di dewan pulapol yang luas

ini lepas habis berlarian



siap ada bergambar dengan abang polis lagi


suka dia dapat bergambar kat sini

balik dari situ, ngeteh dulu.... 

Friday, July 28, 2023

RESEPI MASAK PULUT DENGAN NOXXA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini resepi paling mudah dan ringkas. Menu masak pulut gunakan noxxa atau periuk tekanan. Sangat mudah dan pasti jadi elok kejadiannya. Jom kita tengok resepinya ya.


Bahan-bahan:

3 cawan pulut, rendam 30 minit dan toskan

sedikit gula dan garam

1 helai daun pandan

Air secukupnya

2 sudu besar minyak masak

Cara masak:

- Masukkan beras pulut dalam periuk lepas tu masukkan daun pandan, gula, garam, minyak masak dan akhir sekali air.

- Air tu masukkan sama paras dengan beras pulut.  Tutup periuk dan tekan HP 8 minit.

- Bila dah cukup masa keluarkan wap panas, dan gaulkan supaya pulut tak berketul. 

- Aku lawankan dengan kelapa parut dan ikan masin.

aku suka pulut aku ada rasa manis masin 

minyak supaya kilat kejadiannya


Kacau pulut tu tau... 

aku jual kat kedai, kalau aku cukup dengan kelapa je dah sedap

tambah ikan gelama masin

Thursday, July 27, 2023

PHOTO DIARY #26/2023

 Assalamualaikum semua,

Laju-laju kita buat entri hari ini ya, jom kita layan cerita bergambar.

cantikkan... 

sejak guna baja baru banyak  pokok yang mula berbunga 

binga labu jualan di kedai


kita ikat tali kt bawah tapi pandai naik rak tu


bila sampai Bangi wajibla jumpa budak ni

makanan wajib kalau ke Bangi Square 2

Dah tahu panas sibuk makan jugak takoyakinya hahahha

padan muka hahahha

Paksunya cari jersey dia pun nak jugak, ada rupanya terselit duit RM50 dalam beg tab dia, duit atok bagi. Rezeki la baju beli sendiri

Kebetulan kami pakai baju sama warna

isnin bukan main panas terik, layu pokok tanaman kita


makan bubur jagung aritu

jual pulut ikan masin kat kedai

semalam kami makan tengahari nasi penyet, ulam tambah 

Wednesday, July 26, 2023

WW JAGUNG CAMERON

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas kawan-kawan pejabat kerja luar di Cameron Highland, dapatla buat tangan jagung. Semalam buat bubur jagung dan cekodok jagung.


makan gitu je pun sedap ranggup



goreng dalam periuk tekanan je



Tuesday, July 25, 2023

BANGI RESORT HOTEL, BANGI

 Assalamualaikum semua,

Sabtu hari itu kami duduk hotel ni masa Familyday tu. Alhamdulillah bilik ini ditaja oleh AJK Taska, rezeki kami lah jawabnya. Bilik hotel ni dah duduk baru ingat nak ambil gambar. Luas biliknya pakej untuk bilik dan sarapan cuma RM202 untuk 1 hari. Kot ada kawan-kawan ke Bangi bolehla cuba menginap di hotel ini. Ini alamatnya Off, Persiaran Bandar, Bangi Golf Club, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Waze je Bangi Resort Hotel mesti jumpa. 

pintu masuknya



pemandangan dari bilik kami di tingkat 6

Si Aiyan tengah bersenang lenang



dalam bilik airnya luas juga

sempatla Aiyan berendam


ruang untuk ke shower

Lengkap dengan seterika dan papan nya, peti ais dan peti besi pun ada juga

ada kerusi di balkoni.... tapi kami tak sempat lepak sini pun