Wednesday, September 2, 2020

BUNGA ROS SI BUNGA MAWAR

Assalamualaikum semua,


Aku sejak musim PKP kan bertambah rajin mengerjakan tanaman aku. Sebelum ini aku tanam sayur atau herba yang asas je macam pandan, kunyit, halia, cekur, bayam brazil, daun kelsum, daun selom, kucai dan pokok mulberi.  Bunga pulak sebelum ini aku cuma tanam rose jepun, bunga kertas dan bunga melur yang selalu kene makan ulat. Dalam akhir bulan 7 baru aku cuba beli 1 pokok bunga ros di nursery yang biasa kami beli tanah. Lepas  seminggu aku beli lagi sepokok bunga ros. Hujung minggu baru ini beli lagi 2 pokok, bila tengok pokok yang tanam sebelum ini  nampak subur dan mula berputik bunganya. Isnin kan cuti hari merdeka, terbeli lagi 1 pokok lagi. 

Harap kawan-kawan yang dah biasa tanam bunga ros kongsikan petua dan cara nak jaga bunga ros ini supaya tak diganggu gugat serangga perosak. Aku debar dah bila ada kawan kata ulat bulu suka kat pokok bunga ros ni huhuhu

ini bunga ros pertama aku, beli 26 julai.... aku beli rm25
pokok kedua, aku beli rm30... cantik kan warnanya... 

setiap hari dok lah tengok bunga nya... tapi tak berani nak tambah beli lagi, takut tak bertahan hidup

setelah 1 bulan ini lah rupa terbarunya... keluar dah pucuk baru itu yang teringin nak beli pokok lain
ahad 30hb, beli bunga ini rm20... comel dan kecil je bunganya



tokey nursery tu kata, bunga rose ini bau wangi... memang betul wangi beli jugak sepokok rm30

petang tu terus tukar pasu dan susun sekali sini... bahagia tengok bunganya

cuti merdeka tu, jenguk kat nursery tepi mrr2 ternampak pulak pokok ini,rm30 sepokok beli jugak... 

susun pokok ini bersama, ada 5 pokok semuanya... harapnya subur dan takde di ganggu ulat

35 comments:

  1. Cantik sangat tangkapan mawar Dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh tapi tak tau lah berapa lama bertahan kak... maklum masih awal lagi tu

      Delete
  2. Cantiknya rose yang kuncup tu.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya bunga rose akak. Feni dulu masa kecik kat kampung ada banyak pokok bunga ros. Sekarang dah beranak pinak ni lagi lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kampung bunga rose mak akak warna pink bau wangi betul tapi susah nak jumpa kot ada jual di nursery

      Delete
  4. eee cantiknyaaaaa...rasa macam nak pergi rumah akak lepak2 tepi pasu bunga ros sebab nak hidu bau dia...mmmmmm wangiiii

    ReplyDelete
  5. sukanya tengok bunga ros, lg suka sebab tercium cium... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan... dahla cantik bau lak wangi kan... harapnya hidup suburlah ia

      Delete
  6. Akak kalau ke cameron mesti beli ...
    Tp blk rumah..tak lama jd arwah bunga tu
    Org kata bunga ni manja sikit
    Perlukan perjagaan yg rapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana tak pernah beli lg di CH kak, almaklum lama sgt tak ke sana hehehhe

      Delete
  7. ni yang nak beli juga ni...ok..pokok bunga mawar dlm list

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli jgn tak beli , MY punya laman luas lagi la seronok menanam

      Delete
  8. Cantiklah warna bunga ros tu.. Dia dua warna eh Dana..
    Sha tak pernah lagi tanam bunga ros..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ada yg sepokok 2 warna, ada yang belang2... dana ni pun bila ke nursery jumpa yg cantik laju je beli hehehe

      Delete
  9. Cantiknya, pandai akak tanam, kalau saya tah jadi apa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tak tau jugak berapa lama bertahan.... sebab tanam bunga kertas pun dah lama tak berbunga hahahah

      Delete
  10. Semoga hidup pucuk-pucuk keluarkan bunga dan daun.
    Hehe sudah jadi 5 pasu beli.

    ReplyDelete
  11. Bunga saya beli bulan lepas sudah layu semuanya. Haha. Sayur elok saja tapi sampai part bunga, terus mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe usaha lagi, akak ni pun masih percubaan hhehehhe

      Delete
  12. Cantik2 bunga rosenya.
    Jaga2 jangan sampai dipikul orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahah... kalau dipikul orang esok-esok ku gembok wak

      Delete
  13. beli pokok ros selalu tak menjadi. aritu beli 2 pokok tapi hidup sepokok je. itu pun dah kira bersyukur sgt sebab dia naik elok dan rajin berbunga..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun kira percubaan lagi dik oi, baru masuk 2 bulan hidupnya hehehe...

      Delete
  14. harap-haraplah "jiranku dari neraka" tu tak campak lagi puntung2 dlm pasu tu. tu mesti isap rokok sejenis takde ashtray..abu rokok tu mesti terbang merata kan. hampeh betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah campak dah kak oi, ada dalam fb dan ig tuh... sejak pindah memang gitulah perangai nya... tiap hujung minggu kita ni la tukang sapu segala sampah puntung rokoknya

      Delete
  15. takde pulak kak, sebab rumah dana dia tinggi sikit dari tempat parking tu... dia kene naik tangga ke tepi rumah baru dapat petik

    ReplyDelete
  16. Cantik bunga ros tapi tak tanam, risau takut gatal tangan nak petik. hahaha

    ReplyDelete
  17. HALO


    Jika Anda seorang pebisnis / wanita atau pegawai pemerintah, dan Anda ingin mandiri secara finansial dan mengembangkan bisnis Anda, inilah kesempatan Anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan pendek, proses kami sangat sederhana dan mudah semua. dapat melamar, Anda tidak boleh terus menjadi tanggung jawab keuangan kepada siapa pun, hari ini Anda dapat memutuskan untuk memiliki kebebasan finansial Anda sendiri dan kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga Anda, kami sangat bersedia memberikan pinjaman pilihan Anda, terlepas dari jumlah yang Anda butuhkan, kami akan menyediakannya untuk Anda. Jangan duduk diam melihat orang lain membuat kemajuan finansial, jika Anda ingin pinjaman ditambahkan ke modal Anda atau memulai bisnis Anda sendiri, ini adalah kesempatan Anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Perusahaan: CREDIT FINANCIAL GROUP
    Email: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    WHATSAPP> +447480724786

    ReplyDelete
  18. Suka sangat bunga ros, tapi tanam tak panjang hayatnya! Asyik mati jew...

    ReplyDelete
  19. Bestnya Dana.. kembang mekar semuanya.. akak xde bakat tanam.bunga huhuu

    ReplyDelete
  20. tak dapek nak bagi tips kak dana sebab kita tanam ros pun mati hahaha

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...