Assalamualaikum semua,
Aku nak cerita dengan korang tentang kejadian banjir di taska pada 10hb atau minggu lepas. Tapak taska ini dulu adalah bekas kedai makan jupem bila kedai makan di tukar tempat ke bangunan lain, jadi di ubah kedai tu menjadi taska. Sebelum ini takdelah teruk kejadian banjirnya, tapi sejak banyak kerja pembinaan di sekitar JUPEM kejadian banjir tu semakin serius.
Khamis lepas hujan lebat dari pukul 2 lebih, memang jenis hujan yang lebat tak berhenti hingga jam 4 petang. Masa pukul 4 tu cikgu di taska dah beritahu kepada penjaga untuk ambil anak-anak awal sebab ruang depan dan bilik bayi dah di masuki air. Masa aku ambil Aiyan pukul 4.30, memang dah banjir teruk... cuma ruang dapur je yang selamat. Kesian lahai tengok anak-anak tu semua. Aduan dah dibuat kepada pihak JKR tapi masalah itu tetap berulang, kesian pada anak-anak taska. Selalunya bahagian belakang jupem dan taska memang akan naik air bila hujan lebat cuma tak la seteruk ini, lagilah ada 2 pembinaan sedang dilakukan di depan jupem.
|
kesian tengok semua anak-anak ini... si Aiyan paling besar kat sini
|
|
banjir ruang depan, ini biasa ruang bermain |
|
ruang dalam bilik anak-anak.... paras buku lali orang dewasa |
|
masa ini ruang depan lobi sebelum ke taska... sini je dah paras betis aku
|
|
bangunan ini pun dah tak nampak... dek kerana kabus hujan yang tak berhenti... masa balik tu pun masih hujan lagi...
|
kebetolan masa kol 4 petang wak dh kuar dari opis awal .., huhuhu balik awal mcm biasa mmg sangkut la smpi ke malam.,
ReplyDeleteitulah wak, tengah bandar lagi lah banjir kilat kan
DeleteAllahu kesian je tengok anak-anak cilik tu.
ReplyDeleteMereka pun pelik agaknya.
Teringat dahulu kala (time kerja KL) Mrs.A pun ada pengalaman kejadian banjir besar kat area office komplek Munsyi Abdullah
itulah kak oi, area bandar ni kalau hujan lebat sampai 2 ke 3 jam compom lah banjir kilat
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteAllahu..kesian tengok budak-budak tu..mungkin la sebab pembinaan tu kot.. ada saliran yang tersumbat.. apa pun moga semuanya selamat. teringat banjir zaman budak-budak dulu.. hehehe
wsalam ustaz, itulah sana sini ada pembinaan... itu ada yang tersumbat longkang besar... memang azab bila hujan berpanjangan di sini
Deletetakutnya kalau naik air camni..kot2lah lipan ke ular ke masuk dlm taska. ehhhhh over tau ammi ni pikir
ReplyDeleteitulah ammi oi.... memang bahaya
DeleteAlahai siannya kat anak-anak. moga cepatlah siap projek pembinaan di sekitar taska Aiyan :)
ReplyDeletebertahun la nak siap pembinaan sekitar jupem ni
Deletealamak, kesian anak2..ke diorang gembira je dapat main air banjir..haha
ReplyDeleteheheh tak, kang payah nak jaga kalau bagi diaorang main air
DeleteSeram tengok paras air. Budak itu kecil dan rendah, dibuatnya pergi main. Bahaya juga.
Deletesebab tu lah semua kene ke bahagian dapur... keselamatan anak2 paling utama
Deletediaorang seronok nak main air, tapi tak boleh bahaya
ReplyDeletekesian anak2 taska moga masalah ini diberi perhatian pihak berwajib
ReplyDeleteitulah, dah biasa terjadi tapi takde tindakan jugak
Deletekesiannya, tak boleh dibiarkan, bahaya! ish diorang ni!
ReplyDeletebetul tu... memang bahaya kalau di biarkan main air
DeleteKalau dibiarkan budak2 tu berkubang mesti semua tak mau balik
ReplyDeletetak boleh kak, bahaya kang susah cikgu-cikgu nak pantau
Deletemusim-musim macam ni memang kesian lah dekat budak 2 tu
ReplyDeleteya betul tu... kesian jugak pada cikgu kene mengemas lepas banjir
Deletekalau lah budak2 tu disuruh main air, memang seronok dorang 🤣
ReplyDeletekesian juga tempat bebudak tu banjir camtu, pihak yg berkenaan shud do
something secepat mungkin.
dah banyak kali surat di beri apa semua tapi takde pun ada-apa tindakan lanjut dibuat...
DeleteSebelum tu beberapa hari takde air,
ReplyDeleteNi air melimpah ruah pulak.
gitu lah wak, kami di sini wak....
DeleteKesian anak-anak.
ReplyDeletekesiannya dana..tgk ank2 semua ke dapur..dah kecil2 lg semua..huhuu..kesian dorg..
ReplyDeleterasanya kena buat report kebhgian pihak bkuasa kawasan ni..xboleh biar..susah pgusaha taska..setiap kali hujan pnjg terpaksa kelam kabut mcm ni..dgn ank kecil lg..
penat mau brshkan nnt. sama dgn tmpt sy. itw balik uma, mesti banjir
ReplyDeleteAlahai... kesiannya! Kesian cikgu-cikgu, mesti kelam kabut tu urus banyak budak-budak kecil!
ReplyDeletekesiannya... mesti kalut juga nak jaga budak-budak waktu banjir tu kan... lepas tu nanti penat juga tu nak bersihkan balik kawasan yang kena banjir
ReplyDeletekesian kat kanak-kanak tu kan kak. hope pihak berkenaan buat sesuatu utk elak hal ini berlaku lagi. sejak menjak hujan makin kerap turun hingga banjir kilat.
ReplyDelete