Wednesday, January 31, 2024

WW BAJU BARU

 Assalamualaikum semua,

Tshirt baru tahun ini punya.


Antara projek pejabat kami sempadan brunei malaysia

walaupun kami tak buat kerja luar tapi nak tumpang jugak 

Tuesday, January 30, 2024

MANA SATU PILIHAN HATI?

 Assalamualaikum semua,

Haritu buat apam solo, sebab nak menghabiskan inti kelapa. Patutnya nak buat roti bun kelapa tapi bread maker tu rosak pulak. Jadinya buat la apam solo, apam yang ada inti kelapa manis. Kan aku ada tunjuk acuan yang aku beli jadi kita rasmikanlah. Cantik kan

corak bunga ros


entah ini bunga apa ya

Monday, January 29, 2024

MERATA-RATA POKOK KETUMBAR JAWA

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas masa dok cabut rumput perasan dah tapi masa tu ingatkan ada la 1 ke 2 pasu je tapi rupanya. Sabtu masa mencabut rumput kat pasu lain baru perasan banyak rupanya anak pokok ketumbar jawa ni ada. Banyak pasu jumpa anak dia,adeh. Rasanya bulan lepas kot ada aku biarkan sepokok ketumbar jawa berbunga sampai kering benihnya. Saja biarkan sebab masa tu pokok ketumbar dah tak banyak, tak sangka lepas beberapa minggu baru timbul hasilnya, banyak anak nya sempat singgah hehehe.

ini tempat pertama aku jumpa, ingat dia je


kat pasu daun sup pun ada, daun sup nya nak mati dah

masa sebelum cabut rumputnya, nampak kat sini ada segerombolan
lepas cabut rumput baru nampak betul banyak la ketumbar jawa nya, pastu baru sambung cabut rumput belakang-belakang tu


Ini antara induk yang ada, ni pun pokok utama dah mati tinggal anak-anak ramai


aku ingat 1 pokok je tu, rupanya tepi-tepi tu semua anak ketumbar sebab bau yang kuat masa aku cabut ingatkan rumput

Friday, January 26, 2024

RESEPI LEEK TUMIS TELUR

 Assalamualaikum semua,

Dah beberapa minggu aku tak berkongsi resepi dekat sini,maafkan lah diriku ya. Resepi hari ini ada kisah kelakar sikit, begini ceritanya. Aku pernah tanya dekat kawan kedai ada jual lokio tak kat NSK Selayang, sebab dia suka ke sana. Siap tunjuk gambar dan dia kata banyak je jumpa lokio tu. AKu pun pesanla kalau jumpa belikan 1 ikat. Kisahnya ahad dia tunjuk gambar leek, dia kata dh beli yang aku kirim. Aku kata bukan-bukan, lokio dengan leek tak sama. Tapi sebab dia dh beli,dia suruh aku ambil dan masak jugak. hahahhaha

Aku ni dahla tak pernah sekali pun beli dan masak leek ni. Sebab risau kan rasa dia camne. Tapi bawak balik jugak lah leek tu kan. Aku google dulu resepi yang mudah dan jumpa 1 yang aku rasa mudah nak cuba dan bahannya senang. Tumis leek dan telur, bila dah masak eh sedap rupanya leek tu. Itu aku kongsi dekat sini, untuk kawan-kawan cuba juga.

Bahan-bahan:

3 batang leek, buang kulit luar dan potong serong

3 biji telur 

4-5 ulas bawang putih, ketuk

3 biji cili api, potong kasar

1 sudu kecil sos tiram

Garam dan sedikit air

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan cili api hingga bertukar warna keemasan.

- Masukkan leek, kacau- kacau sikit biar masak rata. Kosongkan tengah kuali masukkan telur. 

- Kacau telur lepas tu baru campurkan dengan leek, kacau hingga leek masak dan layu.

- Tambah sedikit sos tiram, air dan garam. Boleh matikan api, siap.



dia ada bau macam daun bawang tapi rasa dia lain sedap tau







siap, sedap tau

Thursday, January 25, 2024

PHOTO DIARY #4/2024

 Assalamualaikum semua,

Bila cuti ni mula la liat nak buat entri, kawan-kawan yang cuti buat aktiviti apa di rumah? Aku pagi tadi berkebun lepas tu layan tiktok sedar-sedar hanyut. Lepas solat ni baru la kita layan entri pulak. Jom kita tengok cerita bergambar. 

Isnin aritu ada orang jual sushi, sedap pulak RM13 sebekas ni

Aku masih lagi rajin mengumpul setem tapi payahla nak dapat surat guna setem

Musim dia mai dah

Kenduri limau dengan kawan-kawan opis

Ingat tak orkid yang Edy patahkan tu, keluar sekali 3 tangkai bunga

Masih segar lagi bunga yang beli 31/12/23

Bawak balik batang daun selom dok rendam belum sempat nak tanam, tadi sempatla semai, moga hidup

2 minggu lepas aku bagi baja, keluar tunas baru dah

Pudina ni pun bukan main subur

Tak sabar nak tunggu bunganya muncul

Nampak tak nak muncul bunga tu... tak sabar

1 pasu ada 3 pokok bunga ros, kirim kat maktek untuk makngah kat kampung

Mak yong ni balik kampung, ada la sikit ole-ole aku kirim kat keluarga di kampung

Terselit sini lak, gambar 2 hari lepas paksu tunjuk mak dengan abah belanja dia makan sedap. 

aku bawakan 1pasu bunga ros dan 1 pasu bunga orkid

Sampai kampung je maktek terus menayang menu yang emak masakakn

Wednesday, January 24, 2024

WW DUIT BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

 Assalamualaikum semua,

Kisah hari isnin, kene ke sekolah ambil duit bantuan awal persekolahan. Sampai kedai je dia dah lapar, terus makan. Sambil-sambil tu ada makcik mengusik suruh dia guna duit bantuan untuk beli kelengkapan sekolah, semua baru katanya.

Makan nasi putih dengan ayam masak merah

kayo kayo

makcik 2 orang dok menghasut dia hehehhe, dia memang ramai peminat makcik-makcik

Tuesday, January 23, 2024

PEREMPUAN DAN GINCU

 Assalamualaikum semua,

Perempuan kalau masuk Watson ke Guardian memang mesti akan cuba jugak gincu. Kalau aku cuba pakai kat tangan lah, kadang sampai banyak warna, comot tangan.

mujur cuba 2 warna je... 

tersuka pulak gincu warna merah menyala ni

Monday, January 22, 2024

SELAMAT HARI JADI KE-43 MOHD ROHAIDI

 Assalamualaikum semua,

18hb Januari 2024, genaplah umurnya 43 tahun. Takde buat sambutan cuma pi makan-makan je. Doanya semoga suamiku dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, sentiasa dalam limpah rahmat Yang Maha Esa. 

Ini baru betul... 

Ini bukan birthday boy heheh

Ajak makan dekat-dekat rumah je

Kek comel dan air latte

Malu lah konon nya...dia ingat orang tak kenal dia tutup muka gitu