Friday, June 2, 2023

RESEPI RENDANG KERANG

 Assalamualaikum semua,

Dari pukul 10 nak buat entri ni tapi tergendala je sebab kerja banyak, ini resepi berulang tau tapi apa salahnya kan. Masa hari terakhir raya masak resepi ni rendang kerang. Aku suka resepinya ringkas dan sedap tau. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara masak ya.

Bahan-bahan:

500 gm kerang

2 batang serai kisar

3 biji bwg merah besar, kisar

4 ulas bwg putih, kisar

20-30 cili api kisar

2 inci kunyit kisar

2 batang serai ketuk

2 kotak kecil santan

asam keping

daun limau purut dan daun kunyit

garam dan gula

Cara masak:

- Tumiskan bahan kisar dan serai, masak hingga pecah minyak. 

- Bila dah pecah minyak tu masukkan kerang, nak pecah minyak memang masak lama sikit ya. Masak kerang untuk 15 - 20 minit masukkan santan.

- Masukkan asam keping, gula garam daun limau purut dan daun kunyit. Bila dah pekat boleh matikan api. Kalau suka kering masak lama lagi.





nak bagi pecah minyak ni bersin berkali-kali






Terlebih kuah isi kurang hahahah

9 comments:

  1. Lama x makan rendang kerang...suka kalau guna kernag fresh, tapi tu la jenuh nak kopek kulit lepas tu jenuh ngan harga mahal kan sekilo...

    ReplyDelete
  2. suka makan but alahai..nak buat tu x berapa rajin ...
    main beli je kalau jumpa tu. he he he

    ReplyDelete
  3. Mcm jarang mkn ni .salu sambal jee

    ReplyDelete
  4. smlm MIl buat rendang kerang...lama tk mkn...menu ni jrg2 sgt sllau ada ..bila dpt mkn sesekali yummmyyyy

    ReplyDelete
  5. Jarang mkn rendang kerang sbb kerang kt sini mahal.. kalau ada pun buat sambal nasi lemak kerang.. adoi sedapnya

    ReplyDelete
  6. Uii...kerang tu sekarang lauk kayangan tu..
    Saya kalau dapat kuah tu saja pun sedap dah makan ngan nasi impit...ish..nampak segar elok isi kerang

    ReplyDelete
  7. waduhhhh kerang harga sangat kayangannnnn di sini T__T

    ReplyDelete
  8. sedapnya rendang kerang harum aroma terbau sampai sini

    ReplyDelete
  9. wow sedapnya.. akak selalu beli tapi x penah masak sendiri hihi

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...