Tuesday, June 20, 2023

BUDAK KUAT TIDUR

 Assalamualaikum semua,

Fakta kucing, kucing tidur 12 hingga 16 jam sehari. Macam-macam gaya dia tidur sehari, dulu cik Bu jarang tidur gaya tayang perut macamni. Tapi sejak tinggal dia je seekor kat rumah dan dia dah mula manja dia punya gaya tidur pun lain dah. Kucing yang tidur tunjuk perut ni  merupakan posisi di mana kucing tidur dalam keadaan perutnya menghala ke atas dan menunjukkan bulu-bulu perutnya yang gebu itu terdedah. Posisi ini menunjukkan bahawa kucing itu  berasa selamat dan gembira dengan persekitaran mereka. Kalau dulu dia suka tidur gaya Loaf tapi sekarang berubah dah. Posisi ini juga menunjukkan bahawa kucing itu percaya kepada tuannya dan berasa selamat untuk berada di sekitar kawasan rumah.

mula-mula dia dok mengiau-ngiau tak lama tu senyap rupanya dah rupa gini



puas tidur kat atas tilam dia sambung tidur kt luar lak, dia memang suka tidur atas rak kasut kt luar rumah ni. 

Monday, June 19, 2023

MASAK NASI LEMAK SAMBAL SOTONG

 Assalamualaikum semua,

Cerita hari jumaat lepas, lepas khamis aku masak nasi lemak rupanya ramai yang tak puas hati sebab tak dapat makan nasi lemak. Jadi ada kawan pejabat yang suruh aku masak lagi untuk hari jumaat  tapi buat nasi lemak sambal sotong. Siap ada 3 orang kawan pejabat bagi sotong yang mereka candat kat Terengganu 3 minggu lepas untuk aku masak. Masak sambal nasi lemak dan sotong kunyit. Nasi lemak aku tambah buat 11 cawan pulak.


ini sotong paling panjang yang ada 


dua jenis lauk sotong

hampir penuh periuk noxxa


Tinggal banyak ni je masa aku naik pukul 8.30 pagi



awal lagi depa dah makan geng-geng budak laki

Friday, June 16, 2023

RESEPI LEMAK CILI API TELUR SOTONG

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi menu ringkas, tapi sedap tau. Telur sotong ni aku beli dah beberapa minggu lepas baru teringat nak masak. Jom kita tengok resepinya ye

Bahan-bahan:

1 bekas telur sotong

5 biji telur ayam rebus

3 ulas bawang putih, tumbuk

15 biji cili api tumbuk

1 batang serai, ketuk

1 kotak kecil santan

1 inci kunyit hidup, tumbuk

daun limau purut

Sedikit air

garam

Cara masak:

- Rebuskan bumbu tumbuk dan serai dengan air 2 cawan, masak hingga mendidih.

- Masukkan telur sotong, telur ayam dan santan. Tambahkan air secawan lagi, garam daun limau purut. 

- Masak hingga mendidih sikit kuahnya boleh matikan api.






Thursday, June 15, 2023

PHOTO DIARY #21/2023

 Assalamualaikum semua,

Dah hari khamis rupanya, setiap hari sangat sibuk sampaikan rasa cepat masa berlalu. Tak nak bebel panjang jom kita layan cerita bergambar ya.

bunga ros pengantin yang tengah rajin berbunga

waktu petang memang kat sini la tempat tidur dia

ada kawan pejabat mesyurat di Kuantan, dia beli kek mangga di Kula Cakes dan bagi separuh pada aku. 

sarapan hampir setiap pagi, sandwish telur

setiap pagi wajib sarapan dulu dalam kereta sebelum pergi sekolah

gembira bila pokok kunyit dah mula berdaun semula

ada kucing liar kat luar rumah, dia sakit mata tiap hari Edy bagi ubat. Cik Bu hidu dia nak kenal bau nya

Masak agar-agar sirap santan kat kedai

Nasibla jadi elok alhamdulillah

mujur lif depan dah ok, boss aku la suruh belikan makanan  kt kedai kadang kalau dia lapar ada lah benda nak suruh  kita beli

geng melepak layan aiskrim 

budak opis request suruh aku masakkan nasi lemak

sama-sama makan sarapan nasi lemak

Pegawai ni pun tumpang sekali, kami siap request minta sediakan perkakasan dapur hehheheh.

Wednesday, June 14, 2023

WW BURUNG PALING BESAR

 Assalamualaikum semua,

Semalam cikgu Aiyan tunjuk hasil lukisan, tapi kenapa Aiyan punya lukisan burung besar sangat kan hehehehhe.


Bukan besar burung dia







Tuesday, June 13, 2023

DARI FAMILY MART KE CU MART

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat minggu lepas aku jenjalan dengan adik kedai yang 2 orang tu. Pergi cari idea untuk menu terbaru di kedai nanti, ingatnya nak tambah menu oden. Jadi kami ke family mart dan C U mart untuk tengok harga dan cuba makan hehehehhe. 

Hari jumaat kan rehat panjang. 

2 kanak-kanak riang


welfie bersama-sama



pilih-pilih

sedap jugak corndog ni kongsi makan 3 orang 



macam-macam dibeli nya




dah kenyang cuci mata lak


hasil tangkapan dapat la sepasang baju