Wednesday, July 31, 2024

WW SI BIBIR MERAH

 Assalamualaikum semua,

Entah kenapa rasa serasi aku dengan lipstik merah.


baru minggu ni tukar warna lipstik 

dari merah menyala jadi merah gelap

kebetulan baju tersama warna maroon

jatuh suka dengan warna merah gelap ini

masa ni merah terang je

ini gambar petang lepas solat

Tuesday, July 30, 2024

PERBARISAN AIYAN SEMPENA HARI SUKAN SEKOLAH

 Assalamualaikum semua,

Hari sabtu lepas Aiyan ada perbarisan sempena Hari Sukan sekolahnya. Dia kene buat persembahan menari tema nya buah-buahan. Nak masukkan video tak lepas pulak, kalau tak boleh tengok persembahan Aiyan. Comel tau bak kata maktek Aiyan ni dah besar pun comel. 



sila cari Aiyan mana



balik sekolah ambi gambar comelkan strawberi tu

Monday, July 29, 2024

QC RAK BARU BIBIK

 Assalamaulaikum semua,

Aku ada beli rak untuk letak barang elektrik, nak letak kat tepi meja makan pulak. Almaklum rumah kecil dapur dah penuh kene lah kita guna ruang tamu pulak. Sebelum kita rasmikan kene la ada orang tolong buat QC kan. Dia nak tengok ketahanan rak baru itu.


cek tingkat bawah dulu

sedar-sedar dah sampai tingkat atas

Baring-baring atas ni


Tinggi lagi dari kita... dia jeling je kita dari bawah

Thursday, July 25, 2024

PHOTO DIARY #24/2024

 Assalamualaikum semua,

Tak tahu lah sekarang bila dah mula sibuk memang jadi malas nak buat entri. Sempat BW kat blog kengkawan tapi untuk buat entri tak sempat. Maafkan lah diriku ini ya. Jom kita layan cerita bergambar.

makcik dan cermin ajaib

kami tumpang cermin ajaib bilik boss

dah zoom ni itu nampak kabur sikit

niat nak ambil daun je, tapi terambil 1 pokok lak

Sekarang panas betul, kalau tak siram pokok ni kekeringan semua

orkid yang tengah rajin berbunga

orang silau

ada kawan kat kedai yang rajin bawak bekal, aku tumpang makan je

bila dah lama tak makan

minta tolong Aiyan angkat kain, bila mama nya malas

keropok kalau dah siap goreng laju je habis, kalau kita buat dek je memang sampai berulat

Tuesday, July 23, 2024

BILA DATANG RAJIN

 Assalamualaikum semua,

Bila datang rajin tu masak la lain sikit, semalam dengan hari ini masak lontong kuah lodeh untuk jual di kedai. Buat tak banyak 10 bekas je sehari, itu pun ramai yang mintak buat lontong darat pulak. Tapi kerajinan belum sampai lagi, lontong darat banyak lauk sampingan itu yang lambat. Aku guna resepi lodeh biasa kat sini je. 

sambal dan telur rebus

Kuah macam nampak sikit tapi banyak kuahnya tu

Friday, July 19, 2024

RESEPI KETAM LEMAK PUTIH

 Assalamualaikum semua,

Bila lama tak masak menu ini kadang teringat. Suka bau daun kunyit yang harum bila masak resepi ini. Tak pedas ringan je rasanya tapi sedap bila dah keluar manis ketam tu. Jom tengok resepinya jom.

6 ekor ketam, belah dua

3 ulas bawang putih, hiris

1 biji bawang merah besar, hiris

3 biji cili api , potong dua

1 batang serai, ketuk

1 kotak kecil santan

2 helai daun kunyit

garam

Air secukupnya

Cara masak:

- Panaskan 2 cawan air masukkan bahan hiris, bawang, serai dan cili api. Biarkan mendidih.

- Bila dah mendidih masukkan 1 cawan lagi air dan santan

- Masukkan ketam, gaul biarkan kuah tu merata. Tutupkan kuali biar ketam masak biarkan dalam 10 minit gitu.

- Masukkan daun kunyit, kalau rasa kuah kurang boleh tambah air panas lagi. Masukkan garam perasankan. Bila dah masak semuanya siap.









Thursday, July 18, 2024

PHOTO DIARY #23/2024

 Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah berjumpa lagi kita di hari khamis yang cerah. Pagi ini santai sikit boss besar pun takde di pejabat dapat la setiausahanya santai. Kerja pun dah setel yang mana ada kan. Jadi marilah kita layan entri `photo diary` di hari khamis ini ya. Jom layan cerita bergambar jom.

Dia dah mula beraksi kene berlatih main damak semula


Cuba cari siapa yang anda kenal? heheheh


Berlatih main congkak

senyum-senyum


Hari isnin kami ada buat masak steamboat




guna tiga periuk




comel kan kucing ni 

comel sangat kan

jumaat sebelum balik main karom pulak