Friday, November 29, 2019

RESEPI IKAN BAKAR TEMPOYAK DAN SAMBAL TOMATO PETIS

As salam semua kawan-kawan,

Minggu pertama cuti sekolah dah berakhir, aku ni tak tau lah bila nk mula cuti. Teringin juga nak balik kampung atau berjalan di musim cuti ni cuma suami aku tu susah sikit nak cuti nya.

Hari ini aku baik hati, nak kongsi 2 resepi mudah dengan korang. Bukan selalu kan aku baik hati gini hehehhe... 
Ikan bakar tempoyak ini dah 4 kali aku buat, dah jadi kegemaran kami sefamily.  Sambal tomato petis pulak, edy dapat dari pekerja indonesia.

IKAN BAKAR TEMPOYAK

Bahan-bahan:

2 ekor ikan talapia dan 4 ekor ikan cencaru (kelar-kelar badan nya)
3-4  sudu besar tempoyak
3 biji cili api bangla, tumbuk
4 ulas bawang putih, tumbuk
5 biji bawang merah kecil, tumbuk
1 inci kunyit hidup
garam
2 helai daun kunyit
aluminium foil 

Cara masak:

- Gaulkan bahan tumbuk dengan tempoyak dan garam, tambah sedikit air kalau pekat sangat
- Ratakan tempoyak ke dalam badan ikan, letak cebisan daun kunyit pada ikan sebelum kita bungkus dengan aluminium foil
- Bakar di magic pan dengan api kecil sedang, jangan lupa balik-balikkan ikan


bahan utama, kebetulan ini ikan yang ada, aku semua kan je lah

aku kelar dalam sikit sebab ikan talapia ni isi nya tebal

bungkus kemas-kemas supaya isi nya cepat masak semua

ikan cencaru bakar ini belah belakang jadi bila kita bagi tempoyak memang meresap, lawankan dengan ulam dan sambal tomato

ikan talapia bakar, kalau ada daun kunyit banyak lagi best bau dia
SAMBAL TOMATO PETIS

Bahan-Bahan:

1 biji tomato, goreng
5 biji cili api biasa, goreng
5 biji cili api bangla, goreng
3 ulas bawang putih, goreng
5 biji bawang merah kecil, goreng
2 sudu besar petis

Cara masak:

- Semua bahan-bahan yang perlu di goreng, gorengkan sebentar hingga layu sikit
- Tumbukkan semua bahan yang telah di goreng hingga hancur, tak perlu terlalu lembut kasar-kasar je
- Letak kan bahan yang ditumbuk ke dalam mangkuk dan campurkan dengan petis, perisakan dengan garam atau gula kalau tawar


Bahan utama

ini Hasilnya, sedap sambal nih, menyelerakan

Thursday, November 28, 2019

PHOTO DIARY #38/2019 EDISI CUTI SEKOLAH

As salam semua kawan-kawan,

Minggu ini dah bermulanya cuti sekolah yang panjang.  Jadi bermula lah tugasan tambahan aku sebagai pengasuh aiyan selama sebulan lebih ini.  Mencari-cari jugak program cuti untuk aiyan tapi banyak yang tak sesuai untuk dia.  Jadi relakan lah diri untuk jadi pengasuh dia. Penat wei jaga sehari di pejabat lepas tu sambung sampai malam.  

Oklah jom kita layan beberapa gambar sepanjang cuti sekolah ini. Macam biasa lah entry hari ini cerita bergambar.



Hari terakhir sekolah kelas dia ada buat majlis makan-makan, aku bawakkan nugget,bebola dan vitegen je

aiyan dah guru kelasnya... 

kawan kelas aiyan cuma 7 orang yang datang di hari terakhir sekolah, lagi 2 orang dah cuti
pihak sekolah sediakan nasi lemak, roti dan air kotak... yang lain ibu bapa yang sumbang

bukan main seronok budak tu... bab makan memang la dia suka

tenghari tu masa ambil dia, kene jalan kaki jauh... kat anak panah ungu tu aku paking,
ada penggambaran apa entah kat sekolah aiyan, itu parking penuh

mama yang kepenatan sebab kena jalan jauh, angkat kaki atas kerusi bagi lega sikit

khamis malam jumaat tu, mama masak makaroni goreng putih... berselera si aiyan makan sebab dia suka makaroni

isnin petang ada orang bagi aiyan pisang goreng... memang murah rezeki dia kat pejabat ni

masa rehat memang dia kene tidur,memang nyenyak dia tidur

isnin tu aku puasa, malam aku cuma masak lemak tauhu dan tauge je, lawankan dengan ikan bakar ahad tu


hari selasa 26hb masa ni tengah makan tengahari, nasi lemak kosong

lepas makan tu dia tidur, sebelum tidur dia susun dulu meja dia macamni, tuan nya dah beradu dah

malam nya tu aku masak nasi impit goreng untuk makan malam, habiskan nasi impit hari sabtu tu

27hb rabu, dia pau mama jajan kat kedai puspanita

kul 10.15 pagi dia kata lapar, bagi dia makan kuih... kat sekolah memang waktu rehat dia kan

kul 12 sempat lagi dia makan biskut tu celup coklat tu, sambil layan hp

waktu tidur selalunya antara kul 1.45 hingga 4.10 petang


28hb khamis, awal pagi aku memang suruh dia buat kerja, buat latihan main hp kul 10 ke atas, petang tidur
mengadu color pencil dia tumpul, kene lah mama yang tajamkan kalau dia yang buat jawabnya jadi pendek terus lah color tu

Wednesday, November 27, 2019

KACANG TANAH REBUS

As salam semua kawan-kawan,

Minggu lepas aku ada beli kacang tanah mentah di pasaraya giant, balik rumah terus rendam sejam buang airnya dan rebus dengan noxxa. HP 1jam 30minit lembut tapi masih kurang lagi ada yang empuk ada yang tak. Lainkali aku nak cuba rebus HP 2 jam.  

Ini pertama kali aku rebus kacang tanah dengan kulit ni, saja je nak try rebus sendiri hehehe... tapi rasanya lebih baik beli siap je

Cuma tak tau lah rupa kulitnya jadi gelap gini lepas di rebus. Tapi isi nya memang terasa manis-manis gitu. 

*buat blogger Han, tolong tinggalkan link blog supaya saya boleh follow semula blog anda, rajin komen di sini tapi selalu tak boleh nk kunjung semula.

masa masukkan dalam periuk 

lepas dah sejuk... dalamnya warna menarik tak la buruk macam kulitnya

nak close up tapi tak sharp pulak... gini lah rupanya ye kawan-kawan

Tuesday, November 26, 2019

Temosa atau karipap ikan

As salam semua kawan-kawan,

Korang pernah makan temosa? atau karipap inti sambal ikan? temosa ni popular di pantai timur.  Hari itu aku ada order kat kawan pejabat, temosa ini. RM7 untuk 12 biji temosa yang kecil dan comel je.  

Dah lama aku tak makan temosa ni, bila ada kawan pejabat open order memang teruja.  Aku suka temosa yang inti nya rasa ikan dan manis-manis sikit, rasa halba tak keterlaluan memang layan. Aku tak pernah lagi cuba buat inti nya sendiri, takut tak jadi. Cuma yang aku tahu intinya ada ikan selayang, bawang merah, kelapa parut, halba,  gula garam. 


tengok rupa memang macam karipap comel je, tapi ada macam-macam bentuk temosa ini


itu isi nya sambal ikan... penuh isi tak kopong pun

Monday, November 25, 2019

TERINGIN SARAPAN SOTO

As salam semua kawan-kawan,

Salam isnin yang indah sebab dah mula cuti sekolah.  Walaupun takde lah indah sangat bila kau kene jaga aiyan kat pejabat.  huhuhu😑😑😑


Selalunya kalau edy kerja hari sabtu memang aku kan masak sarapan.  Aku dah bosan masak mehun goreng, nasi lemak atau nasi goreng. Tekak ini teringin nak makan sup-sup, rasa nak makan soto. Kebetulan memang ada lagi rempah soto yang aku beli kat muar dulu.  Jumaat petang tu minta edy belikan nasi impit dan ayam untuk buat soto.

Malam tu rebus nasi impit, pagi tu se awal kul 6 lebih aku dah mula masak. Teringat lak makan soto sedap kalau ada bergedil, gigih la rebus kentang untuk buat bergedil kentang. Aku masak soto kat noxxa je sebab nak cepat kerja. Aku malas nk sediakan ayam carik dan kacang tanah goreng. Tapi apa yang ada ni pun dah puas hati sangat.



dapat semangkuk ini pun dah layan betul lah



Set soto yang dapat disediakan, sampai ke makan malam aku makan soto ni

20minit aku masak sup soto sekali dengan ayam dan tulang

malas nak tambah hirisan ayam, bawang goreng pun takde... apa yang ada jelah 


aku goreng kat pan je bergedil nya, malas nk kotorkan minyak untuk goreng banyak minyak

rupa dia tak berapa kacak, janji rasa bergedil heheheh

kuah soto nya, pekat berempah memang layan







Friday, November 22, 2019

RESEPI ROTI CANAI DENGAN BREAD MAKER

As salam semua kawan-kawan,

Hari terakhir persekolahan, sebelum subuh dah bangun untuk gorengkan nugget dan bebola untuk aiyan bawak ke sekolah, ada jamuan akhir tahun. Saja suka-suka sebenarnya, supaya anak-anak gembira. 

Sabtu lepas aku ada cuba buat roti canai dengan bread maker, hasil mengoogle.  Alhamdulillah hampir menjadi, rupa dah ada, bau dan rasa pun dah ada cuma mungkin kene uli lama lagi. Agak keras sikit, masa tarik-tarik nak regangkan dia asyik koyak je.

*Aku nak minta blogger yang nama Han, untuk tolong tinggalkan link blog kat komen ya, sebab bila nak kunjung semula tekan di profile keluar profile not available, tak dapat nak kunjung semula.


Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil garam
1 biji telur
500ml air sejuk

Cara Masak:
- Masukkan semua bahan dalam bread maker di mulai dengan air dahulu
- Pilih tetapan no 10, dough dan biarkan mesin menguli hingga abis selama 1 jam setengah.
- Aku pilih pula tetapan no 9, mix selama 20 minit.
- Bila dah keluarkan doh tu, bulat-bulatkan dan salut dengan minyak masak
- Aku bulat-bulatkan dan letak kat atas talam, esok pagi baru aku canai.
- Aku guna talam untuk canai kan dia, buat pelan-pelan sampai regang supaya dia lembut.
- lepas tu boleh la di goreng dengan api sedang

*Lepas ini aku nak cuba mix lama lagi doh nya tuh, biar jadi lagi lembut dan mudah di canai.  Kene rajinkan diri lah ni. 



lepas ni aku nk cuba buat setengah kilo je, buat sekilo ni macam payah sikit almaklum BM aku kecil

Rupa dia tak sekata, masa buat ni dah lewat malam mata dah ngantuk

kita tarik-tarik dia pelan-pelan ya, tapi asyik koyak je...aku kene uli lama lagi lepas ni

rupa pun tak berapa semenggah hahahha



dia jadi agak tebal... hahah redho jelah 

gorengan pertama ya... bau dah ada rasa pun dah sedap tapi tulah agak keras

cubaan ke sepuluh hahahha... rupa dah ada cuma keras sikit... aduhai frust jugak

petang hari tu, dia mintak roti canai cicah kari... kira ok lah bila dia makan nampak sedap

Thursday, November 21, 2019

PHOTO DIARY #37/2019 KISAH ANAK BERANAK

As salam semua kawan-kawan,

Terasa cepat betul minggu ni berlalu, dah nak jumpa hujung minggu semula.  Photo diary hari ini aku nak kongsi banyak gambar pasal anak beranak.  Sesekali tuan punya blog enteprem muka, kalau tak asyik muka aiyan, pastu makanan je kan.  Tapi tulah, blog aku ni memang tak boleh lari dari makanan... 

Jom lah kita layan cerita bergambar hari ini ya. 😃



dia tanya, kenapa mama asyik cerita pasal aiyan je


beria dia baca blog aku, lagi-lagi bila ada cerita pasal dia

jumaat lepas aku belikan tudung untuk mak kat pasar belakang, aku suruh si aiyan jadi model...
ada ke mak aku kata ingatkan aku yang pakai tudung ni tapi kenapa muda sangat... hahahaha 

isnin petang si ecah datang rumah, beria kalau tengok tv, dok dekat macam apa


belek-belek album lama, terjumpa gambar ini, tahun 2002 rasanya masa aku umur 19 ke 20 tahun.
Muka bukan main garang, dengan lipstik kilat-kilat dah macam apa hahahah

1 lagi periuk nasi kecil tak muat nak letak kat kabinet ni, edy suruh aku simpan noxxa dalam kabinet nak guna baru letak atas... bebel lah aku, noxxa tu bila-bila aku nak guna senang duk atas tu 


kalau senyum lebih mata mesti tertutup... hahahah geng pipi pau

ramai yang kata muka kami seiras, pipi kami sama bulat 

kelmarin, maktek datang rumah dok mintak daun pandan... ada 2 pokok je tapi berguna

hasil pencopetan daun pandan, nak masak nasi ayam katanya
kelmarin magrib kat tv alhijrah ada mari mengaji, dia siap bawak meja, buku dan pencil nak ikut belajar mengaji tu

semalam petang maktek dengan ecah datang rumah, aku buatkan jemput-jemput kentang untuk minum petang... si aiyan asyik tanya bila maktek dengan adik ecah dan datang... itu yang datang lah 2 beranak tu

malamnya aku masak mee goreng kosong je, buh telur je lauk lain takde kat rumah