Assalamualaikum semua,
Maaf ya aku hilang tanpa berita, isnin tengahari aku kene serangan gastrik yang teruk. Rasanya lama dah tak kene bila kene lagi sakitnya Tuhan sahaja lah yang tahu. Berguling kiri kanan nak tahan sakit, paksa Edy beli ubat gastrik katklinik siap urut perut dengan minyak panas lama jugak la baru ok sikit.
Semalam petang lepas Edy balik kerja pergi ke klinik, doktor tu kata last aku dapatkan rawatan gastrik di kliniknya tahun 2012. Dah lama kan, tapi doktor ni bagus dia terangkan detail ubat apa yang bagus atau tak pada aku. Lepaa tu dia bagi mc 2 hari 8 dan 9hb. Hari ini angin dalam perut masih banyak lagi semua serba tak kene, seksanya tu tak terkata. Kawan-kawan doakan esok angin dalam perut ni hilang dan aku sihat ya, supaya jumaat boleh kerja seperti biasa.
|
Aku tak mintak tapi doktor yang bagi, dia pun faham rasanya |