Friday, April 14, 2023

RESEPI NASI MINYAK NOXXA

 Assalamualaikum semua,

Dah nak raya kan jadi aku kongsikan menu yang sesuai di masak pagi raya. Ini resepi nasi minyak cara aku, jangan la disamakan dengan cara pakar atau chef terkenal ya. Caranya mudah dan ringkas tapi pastikan sedap tau, jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:

6 cawan beras basmathi, cuci dan toskan

7 cawan air kosong

1 kotak kecil susu fullcream

4 sekawan

2 sudu besar planta

2-3 sudu besar minyak masak

1 kiub ayam

1 daun pandan

3 ulas bawang putih, hiris nipis

1 bj bawang merah besar, hiris

1 batang serai, ketuk

Kismis

Daun sup

Cara masak:

- Gunakan fungsi stirfry masukkan planta, minyak rempah 4 sekawan dan daun pandan. Masukkan bawang putih an bawang merah dan serai tumis hingga layu dan warna keemasan.

- Masukkan beras dan kiub ayam.

- Masukkan susu fullcream, 7 cawan air. Kacau beras dan air masukkan garam secukupnya.

- Tutupkan fungsi stirfry , gunakan fungsi HP untuk 7 minit.

- Bila dah 7 minit, masukkan daun sup dan sedikit kismis, gaulkan dengan nasi dan gemburkan. Siap untuk di makan.










lawankan dengan ayam masak merah, acar mentah dan papadom

25 comments:

  1. mesti lagi sedap berlemak ni letak susu fullcream..yg biasa tu guna susu cair je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ada banyak susu aiyan dapat masa sekolah

      Delete
  2. Betul asal sedap. Teknik dan bahan berbrza.

    ReplyDelete
  3. sedapnya menu berbuka kak dana sekeluarga

    ReplyDelete
  4. yum yum..mcm terbau2 plak tgk pic ni. ha ha..puasa kan..

    ReplyDelete
  5. Fuh..lengkap ada acar dan papadom 😋

    ReplyDelete
  6. Harumnya aroma nasi minyak!
    Waktu tumis perencah nasi minyak tu, sudah tentu semerbak baunya kan Dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu kak,dengan harum planta, 4sekawan dan daun pandan tu

      Delete
  7. Lagi simple dan menyelerakan tu...Raya ini boleh cuba

    ReplyDelete
  8. fuhhhhh mmg layannnn siap pakej ayam msk merah & acar & papadom hehe

    ReplyDelete
  9. harum nasi minyak dana sedap makan dgn lauk2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak ada daun pandan dan rempah mmg harum

      Delete
  10. Alaaaa....noxxa akak masih x ok la...kalau tak sure boleh buat yang sama...

    ReplyDelete
  11. ooo akak pakai susu fullcream ye. saya biasa guna susu cair.

    ReplyDelete
  12. Noxxa ..kalau dah familiar..memang syok guna kan...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...