Thursday, April 13, 2023

PHOTO DIARY #14/2023

 Assalamualaikum semua,

Hari ini telefon aku buat hal, tiba-tiba gelap. Tekan boleh menyala pastu padam, berkali-kali sampai aku geram rasa. Memang kebosananla kalau telefon buat hal, yelah semua guna telefon hatta kerja seharian pun banyak gunakan dia. Waktu nak raya ni lah dia buat hal, kene bawak ke kedai jugak ni  baiki. Rasanya skrin atau lcd dia bermasaalah tu. Nak muat turun gambar pun kene ada telefon itu jugak kalau tak sunyi lah blog ku. Oklah terbebel pulak, jom layan cerita bergambar.

dah lama pokok kemboja tak berbunga rendah, cantik kan

Dia lah budak manja sekarang ini

alhamdulillah sabtu lepas selamat membayar zakat fitrah

buat karipap
aku suka buat karipap bentuk bulat, tapi emak aku tak suka aku buat bulat sebab banyak guna doh


ginilah orang rumah kecil, dari dapur boleh layan drama


orang jawa kalau tak layan nasi ambeng memang rugi... beberapa kali ulang beli nasi ambeng untuk berbuka

Aiyan membeli kerepek dan cornflakes telur masin hasil jualan kelasnya

Menu semalam, akhirnya setelah lebih 20 hari berpuasa baru dapat berbuka dengan ayam bakar mayo



hari tu bingkai cermin mata dia patah, tengah usha cermin mata  la ni

15 comments:

  1. budak comel tu tinggal mana balik cuti raya nanti Dana?
    Aiyan nampak kurus la

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk hotel nanti kak budak tu, susut si Aiyan sebab makan berbuka ni tak banyak

      Delete
  2. sambil buat karipap sambil layan drama hehe comel lah karipap bulat tu

    ReplyDelete
  3. Cantik plak kejadian karipap tu ha..akak ni ntah bila la dapat makan karipap, apatah lagi dapat buat sendiri karipap

    ReplyDelete
  4. wahhh karipap bulat lagi menarik! hehe

    ReplyDelete
  5. Harap telefon itu sudah dibaiki. Ada gambar-gambar daripada galeri.
    Hehe asal rasa karipap sama tidak kisah bentuk bulat atau biasa.

    ReplyDelete
  6. stok karipap MA dah habis, semalam pun beli je..mood nak buat kuih raya je now..

    ReplyDelete
  7. Saya suka karipap bulat!
    Terbau-bau aroma serondeng kelapa dalam nasi ambeng. Rindu nak makan nasi ambeng. kenalah usaha buat sendiri sebab di Sabah tak pernah jumpa orang jual nasi ambeng.

    ReplyDelete
  8. Rajin betul mama Aii
    yan ni..macam2 juadah

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...