Thursday, April 6, 2023

PHOTO DIARY #13/2023

 Assalamualaikum semua,

Terasa kejap pulak hari berlalu bila tengok dah masuk 15 Ramadhan, tinggal 2 minggu je lagi kita berpuasa. Bila dah masuk hari ke 15 radio pun dah mula keluarkan lagu raya, lagi lah rasa dah dekat betul nak raya kan. Tak nak membebel panjang mari layan cerita bergambar ya.

Sejak bilik dah makin luas ni memang kawan pejabat rajin melepak sini

Kalau tak pagi waktu rehat lepak sini jugak

mengantuk katanya, siap tumpang baring dekat sofa aku ni

Masa ni pengarah aku takde, lampu pun malas nak hidupkan lagi. 

Buat popia sampai 2 paket tapi kejap je susutnya

Ahad lepas pergi cari baju raya Aiyan ternampak jaket jeans ni, sibuk nak beli tapi saiz besar kita sarung je

lepas cari baju raya, beli barang dapur ini budak kepenatan sampai tertidur dalam kereta

terliur berbuka dengan sushi

kuih sanggul goreng

Semalam pagi masa hantar dia gerimis, jadi aku suruh dia pakai topi...masa ambil dia balik sekolah dia rasa macam stylo lah pakai topi gini

Semalam suruh Edy beli nasi ambeng lagi tapi lawankan dengan ayam masak merah, banyak sangat nasi nya makan separuh je

ini dia pakai telekung ibu nya

ini telekung dia, comel kan

aku tengah bebel-bebel di ambil gambarnya... sabo jelah

12 comments:

  1. Wahhh..Ayyan dah ada baju raya...comel si kecik tu pakai telekung...

    ReplyDelete
  2. Kalau kita pun suka sgt popiah tu.. lagi satu, anak kita pun samalah kalau dah kepenatan, mmg baring kat seat belakang macam tu, hehe.

    ReplyDelete
  3. alolo comeynya aisyah ni...kuih sanggul goreng tu sama x dengan mee siput?dah lama tak makan meesiput teringin la plk

    ReplyDelete
  4. tak berasa dah hari berlalu.. semoga anak2 sihat selalu..

    ReplyDelete
  5. ayu ja anak dara kecik bertelekung

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.. Selamat menjalani ibadah puasa sehingga ke hari yang terakhir. Moga terus iltizam dan istiqamah menjalani ketaatan kepadaNya.

    ReplyDelete
  7. puasa yg penuh cabaran kali ni sbb x sihat..demam, batuk n selesema... moga mampu menyelesaikan ibadah puasa dgn jayanya ... Aamiin...

    ReplyDelete
  8. Akak tak pernah jumpa kuih sanggul goreng. Sori Dana, akak tergelak tengok gambar last. :D

    ReplyDelete
  9. cian aiyan penat sampai tertido hehe. waduhh terlior tengok sushi!

    ReplyDelete
  10. Samalah Dana.
    kalau popiah tu, sekejapan dah lesap!

    ReplyDelete
  11. Tak sedar pun da 15 Ramadan, tahu tau je radio keluarkan lagu raya.. huhuhu..
    Sedapnya meee sanggul goreng tu..

    ReplyDelete
  12. iyer..excited je bila dgr layu raya but at the same time, sayu je...nak abis dah ramadhan

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...