As salam semua kwn2,
Jumaat tiba lagi, jom la kita share resepi ye kwn2... tp ni masa kt umah lama, umah baru tak blh lagi guna dapur tu... aritu tuan umah lama kata blh guna dapur tp mlm td try tak boleh la... blh hidup tp mcm tak sangkut lak... tak tau lah. Jadi bt masa ni masak apa2 kt noxxa jelah
Si aiyan kalau jenis2 pasta dia suka penne, jd aku pun masaklah ikut kesukaan dia
Aku mmg jenis kalau msk pasta walaupun pakai sos segera aku tetap ada tambah bumbu aku sendiri, kene ada yg fresh2 bwg, tomato or sayur2..
Bahan2:
Penne kimball ( rebus hingga lembut dan tapiskan)
1 biji bwg besar - di cincang halus
4 ulas bwg putih- ketuk je
5 biji cili api- ketuk je
3 biji tomato- cincang kasar
3 keping daging burger ramly
10 biji bebola ayam ( kalau takde pun takpe or blh je tukar ngn benda lain)
1 botol sos bolognise kimball
sedikit mix herbs
sedikit serbuk lada hitam
Cara masak:
- Tumiskan bwg besar +bwg putih hingga naik bau... lepas tu masukkan cili api dan tomato masak dalam 5 minit
- masukkan daging burger kacau rata lps tu masukkan bebola ayam
- bila nampak daging burger dh masak, masukkan sos bolognise, serbuk lada hitam, mix herbs dan tambahkan air 2 botol ( guna botol sos kimball tu)
- masak dalam 10 minit perasakan dengan garam n siap...
* kalau ada susu cair boleh je campur dlm sos biar rasa creamy2 gitu
|
saja suh aiyan pilih mana 1 nk msk dia pilih penne tuh |
|
walaupun sos bolognise tu dh ada tomato tp aku tetap akan campur tomato segar |
|
mcmni lah rupanya bila dh siap kuah tu... |
|
siap dah penne bolognise ala dana |