teman2....

Friday, March 17, 2017

Resepi rendang hijau kerang


As salam semua kwn2,

Selamat hari jumaat.... rilex2 arini bos aku cuti lg arini.

Arini nk share resepi lah ngn korang, simpan lama2 kang aku lupe lak hehehehe... 

Resepi Rendang Hijau Kerang

Bahan2:

1 kg isi kerang 
20 ke 30 biji cili api (boleh kurangkan atau lebihkan ikut kepedasan) - kisar
4 ke 5 ulas bwg putih - kisar
3 biji bwg merah besar - kisar
3 biji bwg merah kecil- kisar
3 batang serai- kisar
1/2 inci kunyit- kisar
sesudu bsr ketumbar dan jintan - kisar
1 1/2 kotak kecil santan
2 keping asam keping @ sesudu besar asam jawa
sedikit daun kunyit- hiris halus
1 sudu bsr gula
sedikit garam


Cara2 Masak:

- tumiskan bahan2 kisar dengan sedikit minyak biarkan hingga minyak naik
- masukkan kerang dan kacau, tambahkan sedikit air dan tutup sebentar 
- setelah 10 ke 15 minit, masukkan santan, asam keping, gula dan garam
- biarkan lagi dlm 10 minit hingga agak kering dan masukkan daun kunyit
-  Tahap kekeringan ikut pada puan2 yek, lps tu boleh matikan n hidangkan.




ini rupe rendang kerang hijau.... mmg melekat n pds

p/s: apa lah aktiviti nk bt ujung minggu nnti nih

p/s/s: tahniah utk adik bongsu aku yg dpt keputusan SPM smlm... dpt 7A 1B 1 G hahahhaha gelak je kami tang yg G tuh

8 comments:

raihanah said...

sedapnya dana, tak sedar habis sepinggan nasi ni

imm hassan said...

baca resepi rendang, teringat2 pulak rendang ayam kampung mak. nak balik kampung lah esok hihi..

Warisan Petani said...

Rendang hijau ni memang sedap, cuma kadang2 pedasnya tu yang tak boleh tahan.
Menyengat sampai ke hujung tali perut.

NanyFadhly said...

Isk...isk...I ni penggemar kerang. Tapi sedeynya allergic. Tak boleh makan dengan rakus. HAHAH! lagi satu kan, suka beli kerang yang mmg dalam cengkerang die tuh sebab lebih lembut dan sedap. Tak pasti kenapa kalau beli yg dah kopek tuh macam liat ajer . Masak dah lama dah atas api. Sama gak. Tak silap Nany, kalau masak sea food tak leh lama-lama kan? Hehehe..baru juicy.

Sedap ni weh rendang kerang. Memang kalau makan dengan nasi impit or pulut. Tak pandang kiri dan kanan dah. Panjang pulak komennya. Biasalah kalau entry yang best dengan jiwa memang macam2 nak dikomen.

Cik Rose said...

Wahh sedapnya.. Dulu Rose tak makan kerang. Tapi baru-baru ni makan kerang bakar terus suka pula.

Tahniah buat adik akak.. 7A. Moga terus maju jaya. Tapi tertanya-tanya apa yang G tu... (sibuk je nak tahu).hikhik...

Siqah Hussin said...

Sedapnya kerang!! Siqah suka kerang rebus cicah sos cili je. Hihi

hainom OKje said...

Alaaaa....terus teringin nak makan rendang kerang. Terbayang bayang dah kerang depan mata ni tau.
Dahlah hakak puasa ganti...

Ni kerang yg dah kopek ke hape ni Dana?

Norhayati Mohd Isa said...

Nak cubalah resepi dana ni..
Nampak sedap dan pekat + lak pedas ye :)