Friday, February 24, 2017

Resepi masak gulai ayam mil ku



as salam semua kwn2,

salam jumaat penuh barakah semua ye

Harap2nya korang semua sihat sejahtera hendaknya, doakan jgk aku moga bertambah sihat, batuk2 masih ada lg, lagi2 bila keje dlm opis yg ber ekon, mule lah batuk tak berhenti... cuaca sejuk skrg ni mmg betul2 alah pd aku... tak tahan nya

oklah balik pd tajuk atas tuh... nk share ngn korang masakan gulai ayam ala mil ku

Bahan2:

1 ekor ayam di potong sedang (potong 8 kot)
2 sudu besar cili boh @ cili kisar
3 biji bwg merah besar - di kisar @ blend
5 ulas bwg putih- di kisar
2 batang serai di titik
rempah 3 sekawan
3 sudu besar serbuk rempah cap rose - campur dengan air @santan
2 kotak kecil santan ( tp  aku pakai 1 kotak kecik je)
1 potong gula melaka @ nisan
2 keping asam keping
2 biji terung di potong 4
2 biji tomato di potong 4

Cara Masak:

- Tumiskan 3 sekawan selepas itu masukkan cili boh , bwg merah dan bwg putih kisar tadi hingga bau dan naik minyak
- Masukkan rempah gulai cap rose dan tambahkan setengah cawan air, kecilkan api, biarkan utk 10 ke 15 minit.
- Masukkan ayam yg sudah di bersihkan ke dalam periuk @ kuali dan ttpkan sebentar, masukkan serai yg telah dititik
- Masukkan 1 ketul nipis nisan @ gula melaka dan tambahkan sedikit air, biarkan hingga ayam masak
- Masukkan terung dan tomato selepas itu masukkan santan bersama dengan asam keping
- Biarkan hingga santan pecah minyak selepas  itu boleh perasakan dengan garam dan sedikit bahan perasa.
- Siap gulai dan boleh di hidangkan, boleh tambahkan lebih air kalau anda suka kuah yg cair dan kurangkan air jika suka kuah pekat.


Selamat mencuba


ni terlebih boh rempah itu yg pekat likat... tp nsb lah edy ngn katek kata sedap, siap esoknya beria cicah ngn prata segera

gini lah rupe rempah cap rose... kredit utk google amik kt web rempah cap rose

16 comments:

  1. Sana femes dgn brand bunga ros ini Dana
    Memang rasa dia sedap kan..
    Aroma dia pun menggoda satu dapur masa masak:)

    ReplyDelete
  2. dah pek baru eh rempah nih?
    kalo dulu plastik jerneh ajer.
    Mak Zura pon mmg guna rempah cap bunga ros kalo nak masak gulai ayam. sedapppp!

    ReplyDelete
  3. gulai daging pun sedap kan...
    nak sikit,hihi

    ReplyDelete
  4. Selalumkakcik kalau masak kari terung campur ikan...nanti boleh cuba dengan ayam pulak (macam masak dalca)... :)

    ReplyDelete
  5. Ada rempah gulai nya ye dana..
    tengok kuahnya pun pekat..
    sedap tu dana..
    mana nak cari rempah cap rose ni..
    atau ada kat kelantan ajer :)

    ReplyDelete
  6. Resepi baru ni...,
    makchaq x pernah masak gulai ayam campur terung.. biasanya masak ayam campur kentang je & tak pernah jugak try letak nisan.. boleh la nak cuba resepi ni..

    ReplyDelete
  7. Kebanyakan orang Pantai Timur guna rempah ni kot ye Dana. Patutlah kari diaorang sedap sedap belaka.
    Hakak kadang kadang beli kari ayam dengan org Kelantan yg buka gerai pagi kat sini.

    ReplyDelete
  8. Ni gulai org ganu dana..
    Mmg guna rempah bunga ros ni

    ReplyDelete
  9. nanti akalau ada masa dan peluang kita jumpa dan saya bawa dana pergi kilang dia..laluan saya balik rumah ..

    ReplyDelete
  10. k Zakie- btl kak pantai timur nng femes ngn rempah ini

    Nafira- aah pek baru nih, takde pek kck dh kata mil akak, sume beso2 gabak

    Lynn- mmg boleh utk gulai daging jgk... ikan pun boleh

    kakcik Nur- boleh kakcik, sedap jgk

    k Norhayati- aah kak, ada jenama mcm2 sebenarnya kak tp rempah rose ni mil selalu guna pantai timur kelantan terengganu pahang pun mungkin ada

    Al-Lavendari- hehehehe Pak Ngah mmg lah mkn je yek tukang masak dh ada

    Makchaq- tryla makchaq ni gaya pantai timur boh nisan, terung tu kt kg dana mmg biasa msk kari boh terung

    k Hainom- aah rasanya kak, ada jgk beberapa jenama lain tp ni yg paling top...

    Lyafrina- betul sbb tu lah bgtau gulai ayam mil ku, kn mil ku org tganu

    Fieda- insyallah.... msti semerbak bau lalu dpn kilangnya kan

    ReplyDelete
  11. nanti nak cuba jugak la..
    terliur tengok..hihii

    ReplyDelete
  12. Sedapnyaaaa kak Dana. Fav Nani ni 😊

    ReplyDelete
  13. kiranya tekak org melayu punya kari lah kan. selalunya tekak hindia kan. heeeee

    ReplyDelete
  14. sedapnya dana..

    moga dana diberi kesihatan yang baik, akak pun selsema dari semalam ni

    ReplyDelete
  15. Pakcik jadi tukang makan aje sesuai,
    nak masak tak geti.
    Kadang2 tengok orang lelaki jadi tukang masak, jeles jugak

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...