As salam semua kawan-kawan,
Minggu lepas aku terpaksa isi minyak di petron selepas amik aiyan dari sekolah. Dia kalau ke petron memang nak cari mainan atau jajan lah, aku suruh dia beli makanan tapi dia nk beli mainan. Aku dah kata tak boleh, tapi dia tetap nak beli jugak. Last-last aku cakap amik jelah apa yang nak, terus ke kaunter nak bayar aku bayar rm50, rm20 untuk minyak dan aku assume mainan dia pilih tu mungkin dalam rm5 ke rm6. Tapi aku terperanjat masa nampak kat kaunter tu baki aku cuma rm17.
Keluar je dari kedai aku terus tengok semula bil dan tengok harga mainan tu. Memang buat aku speechless, aku bebel jugak la kt dia tapi last-last aku tujukan salah tu pada diri sendiri. Silap aku tak tengok harga mainan tu, biasa dia beli mainan gitu kt kedai mamak baru paling mahal dalam rm5 atau rm6. Tak sangka lah kat petron harga dia naik seganda. Sebelum-sebelum ini kalau ke petron memang dia beli roti atau jajan je. Lepas ni aku kene tengok betul-betul harga tuh.
RM12.90 tau bukan rm2.90... isi dia lollipop je bukan ada apa yang best pun |
Pandai aiyan pau mama dia...
ReplyDeleteAlahai mahal jugak kan Dana..byk tu rm12.90
ReplyDeletememang kena tengok dulu harga sblm bayar.. taklah kita ralat nti..hihi
Anak punya hal... :)
ReplyDeletexper kak.. anak syurga tuu.. adelar rejwki lainnyer nnti tuhh. aminn
ReplyDeleteK Kamsiah- bab mengepau mmg no 1 kak oi
ReplyDeleteAtie- itulah pasalnya, baik isi minyak rm10 lg bagus kan
Kakcik Seroja- itulah, sabar dan redho je
Wat Lat- ye wak, redho
aiyan oh aiyan...
ReplyDeletepasni kena ajar dia cara tgk harga pulak dana..
hahaha tergelak acik membacanya aiyan...lepas ni aiyan tengok dulu tau rega mainan kalo nak beli, kena bawah RM10 tau! kalo kat label rega lebih dari 3 angka, jangan amek! ciannnn mama tauuuu
ReplyDeleteseriuslah kak harga macam tu hanya ada lolipop je.. takkan packaging yg mahal..lagipun brg kat petrol pum store mmg mahal sikit
ReplyDeleteUntunglah Aiyan
ReplyDeletepandai pau mak dia
tu lah aku kdg2 mesti set kan harga kat dak ava if pergi supermarket, if tak memborong dia. dh le jajan yg dia suka mesti nak sepasang, berpeluh mami membayar
ReplyDeleteAssalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeletetu la, lain kali kena tgk dulu..heheh. mainan cikai macam tu pun sampai 12.90.. Tapi nak buat mcm mana.. sekali-sekala untuk anak.. moga menjadi asbab anak itu membalas jasa ibunya nanti..
k Shiela- dah ajar tp dia tak berapa reti, mmg nk kene ajar lg nih
ReplyDeleteSunah- dah ajar tp dia kadang tak berapa paham psl harga, kadang pakai amik je apa yg dia berkenan
Azhafizah- ye, ada lolipop ngn mainan shark tu lah... mmg tau kt petron mainan agak mahal tp mahal sangat2 nih
wak WP- dia mmg teror bab2 tu wak oi
ShirVen- aritu mmg tak terpikir yg mainan tu mahal sgt, mak nya pun slh tak tengok betul2
en Abuikhwan- wsalam, itulah salah mama nya jugak tak tengok dulu harganya...
ReplyDeletetengok telur tu je pun dah boleh telan airliur
ReplyDeletelepas ni kena tgk harga betul2...takleh main agak2...
ReplyDeleteKalau kat kedai dia stesen minyak memang kena tengok betul2 harganya.. selalunya seganda lagi mahal dari kedai biasa..
ReplyDeleteSesekali takpe Dania, insyaallah murah rezeki lepas ni..lumrah kanak- kanak, mainan memang menjadi tarikan kan?
ReplyDelete