Wednesday, October 30, 2019

Rumah Tamu d`EHSAN, Batu Rakit

As salam semua kawan-kawan,

Hari ini aku nak review pasal homestay yang kami duduk masa di Kuala Terengganu.  Homestay ini kepunyaan cikgu di sekolah yang paksu buat praktikal masa diploma. Homestay ini pun paksu yang cari,  memang dekat dengan Unisza dan sekolah masa dia praktikal dulu.  

Rumah ini ada 3 bilik, 1 master bedroom dan 2 single room, ada 2 bilik air, dapur yang ringkas, ruang tamu dan ruang tengah yang selesa buat kami seramai 10 orang. Cuma masalahnya takde di sediakan dapur untuk boleh masak. Paksu pun tak bagitau takde dapur, kalau tak boleh bawak rice cooker dari rumah. 
Tuan rumah bekalkan 2 toto untuk tambahan sebab kami ramai. Tapi bagi kami rumah ini selesa dan harga pun kira berpatutan.
Sewa sehari RM170, kami duduk selama 4 hari 3 malam bayaran diberi RM500. 

Rumah Tamu d`EHSAN
Kg Wakaf Tengah
Mengabang Telipot, Batu Rakit
21030 Kuala Nerus , Terengganu
019-9864710

homestay ni sebuah rumah besar yang di bahagi dua.
depan nya
rumah ini selesa lah buat kami 10 orang, memang riuh macam apa 
ruang tengah ni luas untuk makan-makan, melepak bergosip-gosip... pintu pemisah dengan rumah sebelah


ruang tamu nya... tv tu comel tapi tetap layan, kami lebih banyak keluar dari lepak kat sini
petang 16hb masa baru sampai, semua keletihan

ringkas je tapi selesa
2 orang budak ini je yang rajin lepak dan main kat sini
tepi rumah, kalau cuaca ok boleh buat bbq... setiap petang dan malam hujan masa tu

ruang dapur, ringkas tapi selesa
master bedroom, mak abag tidur sini, paksu dan maktek jugak tidur kat bawah... 

makngah dan makyan tidur bilik nih



aku , edy dan aiyan tidur sini, rapatkan katil


23 comments:

  1. Nampak luas, bersih dan selesa untuk seisi keluarga ni. Kalau stay homestay ni kadang hanya untuk tidur bermalam je sebab dah datang tempat orang mesti nak keluar jalan-jalan kan. tengok Tv tu kalau duduk rehat kejap je macam tu.

    ReplyDelete
  2. Berbaloilah luas besar dan bersih rumahnya...Sis pun suka stay homestay sebenarnya dari hotel, sebab anak dah besar, kalau hotel dah kena amik 2 bilik, kalau duduk macam ni senang, semua dalam satu rumah dan semua ada, kan kan..
    Lama tak holiday family ni..

    ReplyDelete
  3. Selesa benar doh tu. Harga pun berpatutan. Ttg resipi laksa siam tu, jika x cukup ulam2 yg sukar dijunpai tu x apalah. Cuma daun selasih yg penting utk bagi naik bau.

    ReplyDelete
  4. Luasnya. Best betul kalau lantai rumah licin licau macam cermin, bersih je.

    ReplyDelete
  5. Azhafizah- betul bersih selesa, nampak masih baru lagi... yelah kami ada time mlm je itu pun siang kuar, malam kuar...

    Sis Lin- betul selesa homestay dari hotel, senang nk kumpul bila ramai-ramai nih

    Abam Kie- betul harga pun kira berpatutan, baru pun iya... oh ok terima kasih, nanti dah cuba saya share dalam blog

    k sudipVSsenduk- bagi kami 10 orang memang luas dan selesa, budak 2 orang tu seronok main sebab rumah luas. memang kilat bersih lantai nya kak

    ReplyDelete
  6. Nampak luas dan lapang ja setiap ruang..

    ReplyDelete
  7. suka pulak saya tengok rumah nie.

    kemas dan bersih

    harga pun amat berpatutan..

    kalau duduk hotel..

    boleh tahan juga kosnya

    ReplyDelete
  8. looks good and comfortable but yg paling pntg bersih. love it.

    ReplyDelete
  9. k Kamsiah- ye alhamdulillah, luas juga ruang nya... selesa utk 10 orang

    mrHanafi- bersih, ringkas aja... kalau duduk hotel mana cukup 2 bilik 10 orang kan...

    Ray- betul, memang bersih, toilet pun bersih... itu yang rasa selesa

    ReplyDelete
  10. cantik..
    nmpk selesa sgt umh ni..
    puas hati!

    ReplyDelete
  11. besar la! berbaloi sgt dgn harga tu haaa

    ReplyDelete
  12. Berbaloi kalau bawak family datang sini . Selesa rumah pun nampak luas dah bersih . Ada kelengkapan dapur dan peti tu yang best . Kadang lapar malam-malam malas nak keluar dah .

    ReplyDelete
  13. Ezy- betul memang selesa harga pun sangt mampu milik...

    k Siti Awadah- betul tu kak, berbaloi dengan harga, janji selesa buat kami... kami pun kerjanya asik jalan je

    Suhana- betul mmg selesa rumahnya, bersih dan luas untuk kami 10 orang. Nak kebandar pun mudah nak cari kedai makan pun mudah sangat

    ReplyDelete
  14. Boleh simpan no hp d'Ehsan
    Rindu nak ke KT

    ReplyDelete
  15. Selesa nampaknya.. Lagi untung dr duk hotel

    ReplyDelete
  16. besar rumah tu. worth dari tinggal kat hotel. seriously aku tak pernah tinggal kat homestay 😜😜

    ReplyDelete
  17. bestnya! Memang luas dan bersih homestay ni. Dapur kecik sebab dia tahu orang selalu keluar kot, tak masak dekat rumah sangat.

    ReplyDelete
  18. Rumah dia nampak besar jugak.. Semua benda ada..

    ReplyDelete
  19. wak WP- boleh wak, mana tau nak ke area sana.... dolan-dolan sana lah wak

    Han- betul tu, kalau dengan family memang sesuai cari homestay, kalau hotel agak terhad sikit

    ShirVen- betul, mula2 plan nk amik hotel n chalet tapi rasa tak sesuai sbb kami ramai... itu amik homestay je

    Farhana- betul tu, dapur tu time nak buah air panas, dengan minum2 petang oklah... memang banya makan kat luar dari kat rumah

    Farah- aah kira besar jugak, selesa ... cuma kene bawak toto lebih kalau nak tidur lah

    ReplyDelete
  20. nampak besar dan cantik sbb ammi mmg suka combination colour kuning and brown. rasa sedap je mata pandang

    ReplyDelete
  21. Rumah Luas.. laman pun Luas mmg sesuai utk family yg ramai

    ReplyDelete
  22. seronok kalo lepak ramai2 camni...buat family day pun ok ni..haha

    ReplyDelete
  23. rumah nya nampak selesa, dan bersih.. kalau ramai-ramai macam dana nie memang bestlah..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...