Thursday, October 31, 2019

photo diary #34/2019 Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan Pasar Payang

As salam semua kawan-kawan,

Masih tak habis lagi cerita pasal jalan ke kuala terengganu ya.  

Ke kuala terengganu kalau tak ke pasar payang rasa macam tak sah pulak kan, selain tu nak juga melawat jambatan angkat yang baru tu.  Tapi disebabkan kekangan masa dan cuaca yang tak mengizinkan, kami cuma dapat ambil gambar dari jauh dan dalam keadaan tergesa-gesa. 

Jumaat pagi lepas sarapan jalan-jalan untuk ambil gambar dengan jambatan angkat ini.  Walaupun dari jauh tapi dah nampak cantik, masa tu pun dah panas terik walaupun baru kul 10.  Masa tu abah pun masih tak sihat sangat lagi.

Sabtu pagi sebelum gerak balik, singgah ke pasar payang kejap. Tapi maktek, ecah, edy, aiyan dan abah tak ikut sama. Kejap je kami jalan sebab hujan renyai dan nak cepat.  Sempat jugak aku sambar kain batik ela sehelai, kuih muih, makyan makngah beli keychain, beli buah keranji, sotong kering. Aku lah tak puas rasa round pasar payang, nanti kalau balik kampung kene datang lagi.

dapat tengok dari jauh je

makcik nak ambil gambar jugak kononnya

gambar kami 5 beradik dengan mak abah, nak juga ada kenangan kat sini

masa ni memang panas terik, jadi amik gambar lebih kurang je


nak suruh senyum pun malu-malu

singgah ke pasar payang pada sabtu pagi

makngah dan makyan sibuk beli keychain nak bagi kat kawan-kawan

rambang mata memilih keychain je pun


aku tumpang seronok la tengok diaorang membeli hehehhe... 

geram tengok mangkuk tingkat tu, tapi mahal jugak mungkin lain kali kot 

buah keranji biasa dan keranji baldu

segala keropok, dan macam-macam jajan kat sini




26 comments:

  1. Waaaa dia dah sampai dah, Sis bilalah nak ke sana, Suami dah tukar Melaka ni, dah takde laa nak ke Paka dah hehehe

    ReplyDelete
  2. seronok jalan2..
    sy yg duk teganu ni xsinggah lg psr payang baru.. hihi

    ReplyDelete

  3. kalau pegi ganu wajib singgah pasar payang beli periuk cap buaya.

    ReplyDelete
  4. Seronok jalan2 di Kg Halaman ku...
    Sy asal Tganu tp lps kawen duk Klang.
    Baru sekali g Pasar Payang baru ni bila balik Tganu.

    ReplyDelete
  5. best kan G sana ... dekat area sis amek gambar ni ada cafe cantikkan?

    ReplyDelete
  6. teringin nak pergi pasar payang tu .

    ReplyDelete
  7. pergi ganu memang wajib pergi pasar payang tu. macam-macam nak dibeli. Sekarang dah ada tarikan terbaru di ganu kan jambatan angkat tu. Best kalau dapat naik atas tengok view dari atas tu

    ReplyDelete
  8. Sis LIn- amik gambar dari jauh tak best sgt la kak, kene dtg dekat lg heheheh

    Ezy- awak tu dekat bila2 boleh sampai sana

    Ibu Lala- hehehe dana tak beli lak periuk kak

    Han- hehehhe takpe kalau balik kg lagi, boleh selalu ke sana

    Kisah Tatie- cafe apa tu yek? tak perasan pulak... almaklum hari jumaat banyak kedai tutup masa tu

    Suhana- kalau ke KT, jangan lupa singgahla tap hari jumaat tutup tau

    Azhafizah- tulah, cuma sekarang musim hujan tak berapa syok lah ke sana, tak boleh sangat nk lepak kat pantai... ke sana sini pun jadi tak best sangat

    ReplyDelete
  9. dah ada new attract sana kan. akak pun suka ke Pasar Payang tu.

    ReplyDelete
  10. seronoknye..salam kenal done follow . kita baru aktiv balik berblog. harap sudi singgah blog n follow kita.

    ReplyDelete
  11. kalau ammi yg pegi mesti kalah dengan keropok tu. confirm bawak balik berplastik

    ReplyDelete
  12. Wahhh bila kita pulak nak sampai ni. Asyik tengok orang je post gambar.

    ReplyDelete
  13. Sy baru blik kg.. 1st time jejak kaki kat pasar payang baru.. ms awak pergi x crowded sgt ye .ms sy pergi ramai orang...

    ReplyDelete
  14. ambik gambar dr jauh pun tetap cantik tu Dana, lagi pulak dapat gambar ramai2... ^_^

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Di antara lokasi yang cuba saya tidak perna miss setiap kali ke terengganu ialah pasar payang dan muzium. la ni ada pula mercu tanda baru iaitu jambatan angkat. Tapi saya belum pi lagi... entah berapa tahun dah tak ke terengganu.

    ReplyDelete
  16. k Azian- betul tu malam2 lagi lawo kat jambatan tu, pasar payang tu seronok layan segala macam batik kt situ

    Cik Bunga- insyallah

    k Shiela- hehehe kami tak beli keropok sebab plan dah nak borong keropok kat kuala kemaman

    Kak Feni- insyallah, kalau kesempatan jjcm lah ke terengganu

    Ummi Journey- crowded jugak tapi masa tu pagi mungkin tak seramai time tengahari atau petang

    k Ujie- tulah, memang kene datang sana lagi ni kak, nak gambar dekat lak... nk datang time malam lak...

    en Abuikhwan- wsalam... pasar payang itu kira wajib kalau ke kuala terengganu, insyallah ada masa nanti sampai lah sana

    ReplyDelete
  17. Pernah sampai sini dulu tahun 2005, tak ingat dah pun apa yang ada kat sana. Kalau saya ni, mau dah penuh bonet dengan perkakas dapur tu.. haha

    ReplyDelete
  18. xdan lagi jejak jambatan baru tu.. time kesana belum siap gi..
    pasar payang tu bahaya konon xmo beli pape tapi mesti sangkut =P

    ReplyDelete
  19. Orchid Puteh- dah lama sangat tu, kene datang lagi ke sana nih... macam2 ada dah

    SYM- jambatan tu pun akak dapat tgk dari jauh je... psr payang tu memang... ada je nk dibeli kan

    ReplyDelete
  20. Jembatan angkat ni di mana yer,
    tak tau lokasinya, mesti changgeh kan..

    ReplyDelete
  21. Dana gi pasar payang yg baru ke ni.. best.. best

    ReplyDelete
  22. k Mah- jambatan angkat ni di kuala terengganu kak, kg surau pasir, kalau ada kapal besar lalu baru dia akan angkat jambatan tu kak

    k Mamapp- aah yg baru kak, yang lama dah dirobohkan kak... yang ini 1 tingkat je, tap tulah kene ke setiap kedai sbb tak biasa lagi kan

    ReplyDelete
  23. PELBAGAI YG BOLEH DIBELI DI PASAR PAYANG

    ReplyDelete
  24. uitt blink2 mata aku tgk pasar payang tu, byk benda faberet aku tengok, issk2 semoga ada rezeki jejak kaki ke terengganu

    ReplyDelete
  25. kenapa ek dipanggil jambatan angkat? da berapa kali gak ni baca frasa tu, tapi tak google2 lagi..hahahah

    ReplyDelete
  26. pergi pasar payang nie kalau tak membeli memang tak sah lah.. mesti ada tersambar makanan dan kain.. hehehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...