As salam semua kawan-kawan,
Bila tiba hari jumaat, semangat lain macam tau. Almaklum esok dan lusa cuti, hati ni berkobar-kobar nk buat epok-epok esok. Harapnya menjadilah angan-angan aku tu. Sabtu lepas kan aku ke pasar tani, selalu kalau ke sana memang akan beli ayam pencen dan buat stok ayam. Stok dia ni aku suka campur dalam nasi, sup, kari dan apa-apa yang sesuai lah. Selalu aku guna 2 ekor ayam atau lebih. Sebab ayam pencen ni kan keras, jadi lepas dah masak buat stok ayam tu boleh masak macam-macam lagi.
Bahan-bahan:
2 ekor ayam pencen @ ayam telur
7-8 ulas bawang putih- tumbuk
6-7 biji bawang merah kecil- tumbuk
2 ini halia - tumbuk
4 biji bawang merah kecil
2-3 batang akar daun ketumbar
2 batang akar daun sup
2 batang akar daun bawang
air 1 liter atau lebih, terpulang nak banyak mana stok sup
Cara masak:
- Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk noxxa dan gaulkan bumbu
- Tekan HP untuk 55 minit, bila dah masak jangan lupa sejukkan sebelum simpan stok sup dan ayam secara berasingan
bahan-bahan utamanya, bumbu tu memang aku tumbuk kasar-kasar |
selepas masukkan air ye dalam tu |
biasa kalau sekor aku masak dalam 35 minit, sebab 2 ekor dan aku memang nak stok yang lebih pekat aku masak lama sikit |
ini selepas kita dah buka penutup dia, bau dia bukan main harummmmm |
sebab ayam pencen dia masih lagi utuh tak hancur |
wajib masak sup, feveret edy ngn aiyan punyalah suka sebab sup dia ni sangat berperisa.. tak payah boh bahan banyak-banyak , aku cuma tumiskan bawang putih dan bawang merah tambah lada hitam dan hirisan tomato, last tu masukkan daun sup bagi rasa lagi segar |
Salam Jumaat Dana..
ReplyDeleterajin Dana buat stok ayam.. senang nak guna bila masak..
nak juga buat lah nti..
nengok sup ayam tu sedap ja.. atie & en abg suka lah..tapi abg Pae kureng sikit.. huhu
Akak pun suka buat stok ayam,udang...sejuk bekukan...
ReplyDeleteyang akak nampak dulu, ceker tu dana. sedapnyaaaa.
ReplyDeletesup ayam jika cukup rempah ratusnya memang sedap dimakan, kan?
ReplyDeleteWAH PANDAI DANA BUAT STOK AYAM BOLEH CUBA NI
ReplyDeletesedap tu sup ayam tu. lagi2 kalau sup kaki ayam..fuhhh..jenuh ngangkut mangkuk..hehe
ReplyDeleteAtie- bila ada noxxa senang sikit kerja, si aiyan lak mmg peminat setia sup janji ada kentang
ReplyDeletek Kamsiah- itulah mudah kan kerja, jadi cukup rasa masakan apa pun
k Azian- hehehhehe ceker kalau dh di rebus lembut sangat jadi nya kak
Abam Kie- betul tu cikgu, boleh bertambah makan
k Paridah- yang mudah2 boleh la kak, kalau stok udang tu kadang rajin kadang malas
k Hayati- betul tuh, ada kaki tu best meratah
bagus jugak ye buat stok guna ayam pencen. boleh try nanti ni.
ReplyDeleteammi selalu buat stok guna kulit ayam je.
thanks dana bagi idea kat ammi.
dah buat stok ayam, pastu ayam tu simpan untuk masak menu lain2 la ye?
ReplyDeletekalau pegi kenduri kahwin yang ada hidang menu ayam pencen, memang wak serbu dulu.
ReplyDeleteSedap sup ayam makan panas panas waktu sejuk hujan ni. Lebihan stok boleh buat mee sup.
ReplyDeleteBagusnya Dana! Buat stok ayam sendiri. Asli gitu..
ReplyDeleteLepas tu simpan dalam beberapa bekas ya?
mnenu sup jauh lebih baik dari bergoreng dan masak lemak..
ReplyDeleteAda jugak idea nak masak apa malam ni.
ReplyDeleterajin dana yer. untung edie... akakni beli periuk noxxatu .. takut nak pakai bagi kat adik... teruk betoi...
ReplyDeleteesok saya nak carilah ayam pencen. sedap lak
ReplyDeleteWow sedapnya.. nampak senang masak guna noxxa tapi mama xpandai paki laa...Ada sebijik kat umah buat hiasan kiki
ReplyDeletek Sheila- guna ayam pencen ni lagi sedap n kick rasa stoknya kak
ReplyDeleteMar- aah, ayam tu boleh masak apa2 lg, sbb guna ayam pencen ayam nya masih berbentuk lg, kalu guna ayam daging mmg hancur lah jwbnya
wak WP- hehehh semestinya, tp kalau dapat yg liat rasa nk nangis wak
Azhafizah- betul tuh, time hujan ni mmg layan makan sup2 kan
k Ujie- mudah sikit nk buat masak apa2 kak... ayamnya dana simpan asing kak
mr Hanafi- betul, mmg pilihan paling mudah dan sedap
Lurima- selamat mencuba
k CHo Zila- alah kak, dana hujung minggu je masak beria, hari biasa takde nya... mudah je kak guna noxxa nih, jnji kita lepaskn wapnya lps kita masak
Raihanah- tulah selamat membuat stok ayam... ayam pencen ni msk buat rendang pun sedap
Mamapp- senang je kak guna noxxa nih, dana belajar ngn google je masa nk guna, insyallah ok... janji lps kita guna HP kita release stimnya dulu...
perghh sampai ke sini kak bau stok ayam tu!
ReplyDeleteMak SA dah berzikir nak pressure cooker plak..alahai...bukan x nak beli...bukan selalu nak masak guna pressure cooker kan..nanti la dapat bonus nanti boleh belikan untuk mak
ReplyDelete