Thursday, October 3, 2019

Photo Diary, #32/2019 bila ke pasar tani

As salam semua kawan-kawan,

Sekarang ni kan musim sejuk, tiap petang dan malam hujan lebat. Aku ni memang alah dengan cuaca yang sejuk mula lah batuk datang menjengah,harapnya tak la melarat.  Setiap sabtu pagi ada pasar tani di Tapak pasar malam Taman Melawati. Sesekali rajinkan diri beli barang dapur ke sana, disebabkan edy kerja jadi aku jarang-jarang dapat ke sana.  Malas nak pergi sendiri, sebab payah oo nak cari parking kat sini.

Sabtu lepas lepas subuh aku terus ajak ke pasar tani, tapi tulah walaupun masing-masing tak mandi kul 6.55 pagi jugak baru gerak dari rumah. Sampai dalam kul 7.15 nasibla masih dapat parking lagi.  Aku cari buah sukun tapi takde lah pulak. 

bila sampai awal, barang pun masih banyak dan tak sesak sangat

aku paling suka beli tauge kt adik ni, sebab taugenya kering tahan sampai 2-3 minggu dalam peti

ayam daging kat sini ada yang di jual siap-siap ikut bahagian, ada yang tanpa tulang mudah nak buat chicken chop, rangka pun murah kat sini

bahagian ayam pencen dan ayam kampung, ini memang wajib beli kalau ke sini

beli jugak la kerang nih, dah lama tak makan kerang yang fresh gini... 

aiyan bukan main takut dengan kerang yang terbuka gini, katanya kerang tu nak makan dia hahahaha

beli juga udang laut nih, beli yang saiz besar dan kecil...  yang kecil suka buat cekodok, cumanya masih duduk dalam peti tak di masak apa pun lagi

daun sup, daun barang dan daun ketumbar... akar dia tu simpan untuk masukkan dalam sup atau rebusan memang sedap

pisang comel-comel ini murah je... geram tengok

bermacam aneka ubi kat sini, wajib lah beli kan

selit sekali, pokok buah tin edy yang dh sebulan kami jaga

pokok mulberi ku dah berbuah yeyeh... harapnya menjadilah buah nya tu

23 comments:

  1. segar segar semuanya..klo pegi ni mmg buat stok la ni

    ReplyDelete
  2. dapat beli barang dapur yg segar n berpatutan harganya memang puas hati...wah raspberri dh berbuah ya tanamlh pokok lain pula dana

    ReplyDelete
  3. AnakDenesor- betul, sbb tu best pegi pasar tani ni, cuma tu lah kene awal pagi

    k Paridah- aah seronok menyoping walaupun kt pasar tani je kak... tengah mikir teringin nk tanam pokok mata kucing hehehhe...

    ReplyDelete
  4. Haha dgn tak mandinya p pasar tani...

    ReplyDelete
  5. Kak Feni kalau ke pasar tani rasa macam nak beli semuanya. Nak-nak pula tengok sayur dengan ikan segar-segar.

    ReplyDelete
  6. ala tak mandi bukan org jual ikan tu nak cium dana pun hahahha...
    ammi pun sejenis simpan akar daun ketumbar. ada yg dah kejung kat dlm tipuware tp mama kata biarlah dia kejung. masa nak guna nanti letak le air panas sikit.

    ReplyDelete
  7. Saya pun suka ke pasar tani...semuanya segar2 belaka..nak ke pasar raya semuanya kena frozen..

    ReplyDelete
  8. k Kamsiah- nnti penat beli barang berpeluh2 balik mandi lgi, mls pagi2 buta nk mandi setakat ke pasar tani je kak hehehe

    Kak Feni- betul tuh., kadang sedar2 beratus abis hhehehe... semua rasa nk beli sikit2

    k Sheila- tulah, sbb pi pasar tani mesti berpeluh2 nk beli ikan udang tu kan, itu yg tak mandi hehehe... itulah akar ketumbar tu mmg best, kering pun ttp bg bau umppph

    Elih- betul tu, cuma kene awal pagi, kalau lwt dh tingga yang tak best...

    ReplyDelete
  9. Dah lama juga kakcik tak ke Pasar Tani. Ke pasar basah pun en suami yang pergi...

    ReplyDelete
  10. ooo selama ni kita buang aje akar pokok daun sup daun ketumbar tu...lepas ni nak try la masukkan sekali dalam sup

    ReplyDelete
  11. Besar2 tengok kerang Tu Dana..
    Sedap buat kerang bakar atau rendang kerang😋

    ReplyDelete
  12. Kakcik Seroja- kadang ada benda yg teringin nk beli, kalau suruh edy cari sesah sikit....

    Sunah- akar daun sup dan daun ketumbar tu cuci bersih simpan dalam peti, kalau nk masak sup atau kari boleh campur...sedap jadi nya

    k Yati CH- campur2 kak ada yg besar ada yg kecil kerangnya

    ReplyDelete
  13. Seronoknya bila dapt beli barang dapur yg segar2 mcm ni Dana.. nak masak pun semangat..hhihi

    ReplyDelete
  14. Memang betul, datang awal kurang sesaknyaa...
    Kerang tu besarnya Dana, kalau rebus cecah air asam sedapnyaaa

    ReplyDelete
  15. bestnya pergi pasar, semua fresh2 esp kerang dan udang. mostly barang mmg aku suka ni

    ReplyDelete
  16. syok pi pasar tani, semua pun rasa nak beli.

    ReplyDelete
  17. Atie- betul tuh, rambang mata jadi nya

    Sis Lin- kene korbankan masa tidur la kalau nk ke pasar tani hehehhe

    ShirVen- betul tuh, semua fresh dan rasa nk beli...

    ReplyDelete
  18. Raihanah- betul tuh... semua rasa nk beli bila sampai sana

    ReplyDelete
  19. Suka giler pergi pasar besar macam ni. suka tengok sayur fresh. kadang tu memborong sayur je lah kerjanya. taugeh tu fiza pun suka beli jenis kering tahan lama sikit.

    ReplyDelete
  20. akakpun suka pasar tani.. segar2 .. walaupun ada orangkata mahal. .. okjer untuk akak yang tak beli banyak kot....

    ReplyDelete
  21. SA suka pergi pasar tani...kalau boleh semua nak beli kan...tapi kena kawal nafsu gak..suka tengok kerang fresh tu, ayam dan udang...eh bila la bleh makan seafood ni...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...