Monday, October 21, 2019

TAHNIAH FARID AMIRUL, DIPLOMA TESL DI UNISZA

As salam semua kawan-kawan,

Maaf semua, 3  hari tanpa entry.
Alhamdulillah selamat sudah majlis konvo paksu kat Unisza, dari rabu sampai sabtu kat kuala terengganu rasa macam tak cukup.  Rasa macam nak lajak seminggu bila dapat kumpul dengan adik beradik.  

Selasa 15hb mak, abah, makngah dan mak yan sampai dari kampung dalam kul 5 petang. Tidur semalaman di rumah maktek dan pagi 16hb gerak ke kuala terengganu dengan 2 kereta.  Kami semua 9 orang, paksu dah sampai di kuala terengganu 2 hari awal, adik ipar aku tak dapat ikut kerana cuti rehat dah habis.  Homestay paksu carikan dan kami bayar tongtong. Kami 4 beradik memang dah lama plan untuk ke kuala terengganu, masing-masing kumpul duit dan korban kan cuti.
17hb pagi dalam kul 7 pagi sampai Unisza, majlis konvo di Dewan Al-MuktafiBillah Shah.  Parking di sediakan betul-betul depan dewan, memang memudahkan untuk ibu bapa dan graduan. 

Tahniah buat paksu, Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) 2017-2019.

*sekarang paksu tengah ambil degree di UKM dalam bidang yang sama.. doa kami semoga dia terus cemerlang dan berjaya.

budak pipi pau ni mestilah nak gambar dengan paksu 

masa ni mak dan abah aku tak berapa sihat, itu suruh senyum pun muka serius je

ambil gambar depan dewan dulu, masa ni adik aku lagi 3 orang tak sampai lagi

kakak-kakak sibuk carikan bunga untuk paksu

dapat juga ambil gambar paksu dari jauh, bagus konvo unisza ni ada tempat proper untuk kami sebab disediakan dewan untuk tengok di layar besar. 

candid... gambar sebelum pulang jubah
sebenarnya dah penat tapi ikut kan jelah arahan kakak-kakaknya
 

si bongsu, anak kesayangan abah ni
kami suruh paksu tunduk sikit, udah dia tinggi sangat
mak abah layan kan jelah
kami 5 beradik mak dan abah



kami 5 beradik dan 2 buah-buahan

dari kiri maktek, makngah, paksu, aku dan makyan

abah dengan mak nak jugak dalam gambar hehehhe

jeles dengan adik aku 2 orang tu yang kurus tinggi 

makngah, mak yan dan aiyan... budak pipi pau memang semua gambar kene ada dia

sama tak muka kami semua nih?


diaorang kalau bab bergambar memang nombor 1

aiyan pun nak ambil gambar dengan bunga


gambar dengan driver kami kat belakang tu


maktek lak jadi tukang amik gambar


27 comments:

  1. Tahniah Paksu Aiyan.. alhamdulillah...
    seronok dpt meraikan kejayaan adik beradik. tumpang gembira..
    Lama sgt tak Ke Kuala Terengganu, dah byk yg berubah..

    ReplyDelete
  2. Perasaan bangga,terharu,seronok,...srmuanya ada,kan...bila menyaksikan adik menerima diploma
    akak dulu menitis airmata ketika menyaksikan anak sulung terima ijazah..

    ReplyDelete
  3. Tahniah. Lps ni sambung buat degree plak ye?

    ReplyDelete
  4. tahniah farid amirul! aiyan pun tahniah jugakkk sebab dapat bergambar dengan bunga orang konvo...hahaha

    ReplyDelete
  5. tahniah Paksu Farid.
    semoga terus sukses masa buat degree ni..

    pasni boleh panggil Sir dah

    ReplyDelete
  6. Tahniah paksu Farid. ohh dia sorang lelaki dalam adik beradik, bongsu pula tu. Kesayangan semua orang lah ni. Moga terus berjaya dan grad nanti di UKM pulak.Aaminn

    ReplyDelete
  7. Atie- mekasih, tulah kita tumpang happy ngn kejayaan mereka je

    k Kamsiah- tulah tumpang gembira kak, moga dia berjaya dapat jadi cikgu

    Abam Kie- memang tengah sambung degree kt UKM ni abam

    SUnah- mekasih Sunah, si aiyan bab bergambar memang no 1

    k Shiela- alhamdulillah, lama lagi tu nak abiskan degree nya

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah, tahniah buat Paksu Aiyan.
    Moga terus berjaya hingga tercapai cita-cita..

    ReplyDelete
  9. Tahniah Paksu Aiyan
    terbaik lah
    peluang kerja cerah nih power english :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah farid amirul.. adik sy br konvo dekat uum

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...TAHNIAH Farid Amirul!
    untung adik, kakak2 semua datang walaupun jauh kat Tganu.
    Terbaik!

    akak pun baru balik Ganu, ikut suami kursus. so acara jln2 cuma selit sikit2. Mmg terasa tak puas.. :D

    ReplyDelete
  12. tahniah tuk paksu aiyan, best adik beradik dtg raikan bersama2

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah tahniah buat paksu, semoga terus sukses..aamiin :)

    ReplyDelete
  14. tahniahnyer., semoga menjadi ticher yg tak garang., hehehe

    ReplyDelete
  15. Azhafizah- mekasih, ye dia sorang lelaki kesayangan abah mak, mangsa buli kakak-kakak nya

    Sis Lin- amin, terima kasih kak

    Hans- mekasih, moga tercapai lah impian

    Ummi JOurney- mekasih, sekarang mmg tengah musim konvo kan... tahniah buat adiknya

    k Ujie- kakak-kakak sekali nk berjalan kak, tak tau bila lagi nk sampai ke terengganu sana kan

    ShirVen- mekasih, adik badik lebih pada nk jalan- jalan je

    wak WP- heheheh mekasih wak

    k Ana- amin, mekasih kak

    wak Lat- hhehehe amin, tq wak... jangan la garang anak murid takut nnti

    ReplyDelete
  16. Tahniah Farid Amirul. Semoga terus cemerlang dalam langkah seterusnya. Aamiin.

    ReplyDelete
  17. Tahniah dana dan family... seronok meraikan orang tamat belajar ni... tak kisah la sijil ke, diploma ke, ijazah ke... semua terbaik

    ReplyDelete
  18. TAHNIAH PAKSU AIYAN DANA N FAMILI

    ReplyDelete
  19. Tahniah buat Paksu Ayyan...rasanya macam baru jer lagi dia masuk situ kan..dah gras dah dia...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  20. Kakcik Seroja- amin, mekasih kakcik

    AzianKhalil- betul tu, seronok sambil tu boleh berjalan2

    k Paridah- mekasih kak

    k Eynda- mekasih kak

    k SA- tulah kak, kejap je 2 tahun tu...

    ReplyDelete
  21. Tahniah buat Adik bongsu Dana.
    Dah boleh jadi cikgu B.I ni hehehe...

    ReplyDelete
  22. tahniah utk semua
    cantiknya kain batik arfa tu

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah.. congratulations.
    english teacher to be insyallah nii =)

    ReplyDelete
  24. Mrs. A- mekasih kak, eh belum baru diploma ni... kene dapat degree baru boleh jd cikgu

    k Hasliynda- terima kasih

    SYM- mekasih, insyallah...

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah.. Tahniah buat paksu Aiyan..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...