Tuesday, October 29, 2019

Singgah ke Rumah Mak Mertuaku

As salam semua kawan-kawan,

Harini mesti ramai lagi kawan-kawan yang sambung cuti. Jalan ke pejabat lenggang harini walaupun aku gerak agak lewat dari selalu.  Disebabkan minggu lepas aku dah cuti lama, itu yang aku tak amik cuti minggu ni walaupun aiyan cuti. 
Sambung cerita jalan ke Kuala Terengganu ya. 19hb bersamaan hari sabtu kami bertolak balik ke Kuala Lumpur.  Petang dalam pukul 1 lebih kami singgah ke Kampung Pangkalan Ranggon, umah mentua aku.  Sampai je nampak mak mertua dah tunggu kat anjung rumah. Masuk je rumah dah nampak meja yang penuh dengan makanan dan air berjug-jug.  

Hidangan istimewa ada nasi dagang dengan gulai ikan aye, nasi minyak dan gulai ayam, laksa kuah putih, pulut dengan kelapa, nasi putih, ikan goreng,ada popia dan karipap dan pelbagai jenis air. Mak mertua aku masak special sebab ada mak abah dan adik-adik aku sekali. Mak Mertua aku memang suka masak, laju je kalau dia masak kat dapur. 


ini lah tukang masak nya

penuh meja dengan macam-macam menu

nasi dagang... bukan main banyak mil aku buat

gulai ikan dan gulai ayam

adik-adik aku yang dah lapar tapi malu kucing 

mil aku memang suka memasak macam-macam

nasi minyak dan nasi putih

popia sayur yang ranggup dan karipap

menu feveret aku, laksa kuah putih

menu tambahan, jeruk mangga versi terengganu

besan johor - terengganu

rasanya ini lah besan paling jauh yang mertua aku ada, besan dia semua orang terengganu

gambar kenangan kami, entah bila dapat jumpa lagi macamni



19 comments:

  1. Sesekali balik kampung kan...biasa la mak- mak kita ni..suka sangat kalau orang datang berkunjung..mesti masak lauk2 fav

    ReplyDelete
  2. WAH SUAMI DANA ORANG TEGANU YA...SEMUA MASAKAN MIL DANA MENYELERAKAN

    ReplyDelete
  3. bestnya mil akak masak macam-macam signature dish ganu. seronokkan bila dua family mertua bertemu. meriah ramai-ramai ni

    ReplyDelete
  4. k SA- betul tuh, kami mintak nasi dagang je tapi macam-macam dapat

    k Paridah- aah kak dia orang kerteh, dana orang johor

    Azhafizah- memang akak mintak nasi dagang tapi dia lak masak macam-macam, teruja besan nk datang

    ReplyDelete
  5. Seronoknya. Jalan-jalan lepas tu makan-makan. Heaven rasa.

    ReplyDelete
  6. Saya suka nak cuba makanan negeri macam ni..

    ReplyDelete
  7. Wah.. berkumpul ramai-ramai ye..
    Meriah betul hidangan MIL tu..

    ReplyDelete
  8. Kak Feni- heheheh itulah bila dah jalan2 mmg kejenya makan je

    Orchid PUteh- samalah, pergi ke negeri mana2 rugi kalau tak rasa masakan tradisi dari sana

    Sha- mil memang suka masak, lagi2 kalau kita minta laju je dia masak

    ReplyDelete
  9. adudududu meleleh ayaq liur kami kat sini, hehehee

    ReplyDelete
  10. amboi menu2 DAna bukan main mengancam jiwa raga lagii :)

    ReplyDelete
  11. macam2nya juadah terengganu
    Sedap2 semuanya

    ReplyDelete
  12. k Hasliynda- memang sedap, lagi2 mil yang masakkan... kih3

    k Umi Nazrah- nanti pi cari nasi dagang kak, kang teringt2

    k AnaJIngga- itulah, mil memang saja nk bagi kami suh gumuk hehehhe

    wak WP- mil memang suka masak wak, pantang kita oder laju je dia, yang tak oder pun dia masak

    ReplyDelete
  13. typical mak-mak . Anak-anak balik mesti masak sedap . So ayah yang dekat rumah tu kalau nak makan sedap-sedap tunggu anak-anak balik . Heheheh , gurau . Banyaknya makanan. Lama dah tak makan nasi dagang . Teringin la pulak .

    ReplyDelete
  14. Suhana- mil akak tu mmg suka masak, lagi lah bila bagitau besan nya nak singgah... itu yang segala macam dia masak

    ReplyDelete
  15. tengah lapar macamni tengok post akak memang mengundang hahaha sedapnya!!!

    ReplyDelete
  16. gitulah org tua melayan besan. segala benda kat dapo nak dikeluarkan.

    ammi ada besan sok camnalah agaknya. silap2 jamu dgn kopok goreng je ahaksss

    ReplyDelete
  17. kita sama kak, saya dengan husband, tu la besan mak mertua yang paling jauh...yang lain semua orang Kedah ja...saya tiberr orang Sarawak..haha

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...