Tuesday, October 15, 2019

Aiyan dan Encik Badut

As salam semua kawan-kawan,

Semalam kan aku kata nak cerita pasal kisah yang ini, tak sangka si aiyan ni berani jugak budaknya.  Bila ada sesuatu yang dia suka dan teruja tanpa sedar dia jadi orang yang berani.  

Semasa majlis sejambak kasih tu, selepas potong kek ada show time, encik badut datang buat magic dan dia panggil semua anak-anak untuk duduk kat depan pentas.  Si aiyan pun memang teruja dia pun laju jelah duduk sama-sama kat depan.  Tak lama papa pun ke depan jugak untuk rakam magic show tu.  Tapi tanpa aku sangka semasa dia buat magic pasal tali, tiba-tiba si aiyan berdiri dan ke depan.  Walaupun jauh jugak aku duduk tapi nampakla dia naik sendiri dengan berani. Lepas tu lama jugak lah dia buat magic kat pentas tu, seronok tengok segala gelagat dia. Nasibla papa memang dah kat depan dan terus rakam je aksi dia.  

*esok hingga jumaat aku cuti rehat ya kawan-kawan, untuk hadir ke majlis konvo paksu di Unisza, harini mak abah dan adik-adik aku datang dari kampung dengan bas. Esok pagi kami gerak ke kuala terengganu, moga perjalanan kami semua di permudahkan dan selamat.


topi kecik tu dia tak bukak pun... 

anak-anak

tak sangka sangat dia berani berdiri dan naik ke pentas tu

ni aku screen shot je dari video

teruja semua kawan-kawan

mungkin dia berani sebab semua kawan-kawan ppki dia saja

lama jugak lah dia atas pentas tu... dalam 4 minit jugak video yang papa rakam

moga aiyan akan terus jadi anak yang berani dan percaya diri

26 comments:

ezy.xixii said...

wahhh berani sgt aiyan.. bagos!!


semoga dipermudahkan segala urusan konvo paksu kat unisza..
jalan sy lalu ari2 nk pegi keje la unsiza tu..
td pon kat tepi jln byk booth jual bouquet.. hihi

mamapp said...

Bagus Ayan.. keep it up.. semoga oerjlanan ke ganu dimurahkan ye dana

Sha Mohamed said...

Bagusnya Aiyan.. Berani ke depan..

Ibu Lala said...


Anak akk pun suka badut ni. Yg kembar ayyan tu request klw buat bday ajak badut sekali. Tp tu masa dia kecik la. Skrg dh x buat bday dah.

JMR said...

anak anak ni kalau mak pak takde dekat2, mesti diorg lebih berani kan

Wak Lat said...

berani dan yakin diri tuuhh.. ohsemm aiyann

norhidana said...

Ezy- mekasih, bestnya kalau dapat jumpa ezy kat sana tuh...

Mamapp- mekasih kak

Sha- itulah teruja sangat sampaikan berani gitu

Ibu Lala- aiyan masa kecik2 takut badut, dh besar ni baru suka

JMR- dengan kawan2 kan, kalau benda dia suka mmg dia macamtu

Wak Lat- heheheh mekasih wak

AtieYusof said...

Terbaik dan sempoi betul Aiyan ni.. berani naik depan tu.. hihi..
Selamat bercuti Dana.. moga perjalanan ke Terengganu di permudahkan..

Kamsiah yusoff said...

Bagus aiyan..ada self confident yg tinggi..

Sheila Arshad said...

bagus aiyan..blh jadi contoh kat anak2 ppki yg lain.

Warisan Petani said...

Tahniah paksu dah konvo

abuikhwan said...

Assalamualaikum..
Samalah macam anak saya bersekolah di ppki. Kadang-kadang anak ppki ni tidak dapat diduga keadaannya. Moga Aiyan terus sihat walafiat..
Tahniah juga pak su dah konvo.

Ujie Othman said...

terbaik la Aiyan! bagus berani ke depan.

moga dipermudahkan Allah urusan dan perjalanan Dana sekeluarga ke Tganu.

Orchid Puteh said...

Seronoknya dia.. Comel!

Mrs. A said...

Nampak excited sangat dia tuh!
Baguslah dia ada self-confident yang tinggi.
Happy holiday Dana

Abam Kie said...

anak lelaki mesti berani n sanggup hadapi apa jua cabaran..

Azhafizah MN said...

Bagus Aiyan jadi seorang yang berani ke depan

Amie said...

Tahniah buat Paksu di UNISZA. Semoga selamat perjalanan pergi dan kembali dari Terengganu.
Bagusnya anak ada keberanian begitu, menunjukkan keyakinan dirinya sangat tinggi!

Sunah Sakura said...

bagus aiyan! konfiden tinggi! keep it up!

Azian Elias said...

semakin dewasa dia kan. bagus sangat lah macam tu. boleh mandiri.

norhidana said...

Atie- dia mmg kadang tu berani kadang penakut hehehe

k Kamsiah- heheheh alhamdulillah kak, kadang2 je

k Shiela- budak2 lain pun ramai yg berani mcm tu

wak WP- mekasih wak

en ABuikhwan- wsalam, betul tu ustaz mmg kerenah nya macam-macam, kita ni yang kene kuat dan banyak sabar melayan

k Ujie- teruja sangat dia tu kak... mekasih kak

Orchid- mekasih

Mrs. A- tulah, bila dh teruja sangat... itu jadi berani

Abam Kie- hehehe betul tu Abam Kie

Azhafizah- hahahah kadang2 penakut jgk tu

k Amie- amin, mekasih kak

Sunah- hheheh mekasih dik

k Azian- alhamdulillah kak...

Hans Hanis said...

tengok tajuk mula-mula ingat Aiyan takut badut..hahaha

dah baca rupa-rupanya jadi berani

terbaik!

Akashah Kassim said...

Mcm ni punya meriah komen, mana ada sendu
Keep it up kakak
Hehe blogging

عبده العمراوى said...



شركة تنظيف شقق بالجبيل
شركة تنظيف المجالس بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف المجالس بعنك
شركة المثالية لتنظيف الكنب بعنك
شركة المثالية لتنظيف الموكيت بعنك

Suria Amanda said...

Bagusnya Ayyan berani..bagus tau...semoga ayyan terus berani in the future...

norhidana said...

Hans- hhehhe yelah selalu budak2 kan takut dengan badut

Akashah- hheheh kekadang sendu jugak dik oi... kih3

k SA- mekasih SA...