Monday, October 14, 2019

Majlis Sejambak Kasih Pengikat Sayang dan Graduasi 2019 PPKI SK Polis Depot

As salam semua kawan-kawan,

Sabtu baru ini aiyan ada majlis anjuran PPKI sekolah nya.  Majlis ini terbuka untuk murid PPKI tahun 1 hingga tahun 6, terpulang untuk ibu bapa untuk turut serta atau tidak.  Tahun kedua kami ikut serta majlis ini, walaupun kene bayar sikit tapi untuk aiyan takpela kan.  Majlis ini seronok, meriah dan macam-macam program jugak.  Antaranya, penyampaian graduasi,penyampaian tokoh murid, cabutan bertuah, persembahan murid, penyampaian hadiah hari lahir serta memotong kek dan game show.

Majlis itu ada tema glitter dan glamor, tapi kami pakai baju biasa je.  Aiyan pakai tshirt yang selesa je buat dia.  Paling seronok mesti lah dia kan, kalau boleh semua program dia nak join. Majlis ini memang riuh lah dengan macam-macam peel anak-anak syurga ni kan tapi semuanya tetap terkawal.

welfie ber3, asal boleh je masa ni.. letak hp dekat atas meja je hehehe

kami sampai kira awal jugak la... 
lepas ucapan dari GB dan perasmian dari pegawai pendidikan khas ada persembahan dari murid tahun 6

masa ni dia kene beratur untuk sesi penyampaian hadiah hari jadi

semua murid dapat hadiah ni

sempat lagi gambar dengan kakak ppm dan cikgu-cikgu

ada nama kat beg ni, kira beg sekolah untuk tahun depan lah ni

dalamnya pun ada beberapa barang

lepas dapat hadiah, sesi potong kek pulak... baju belang tu dapat depan sekali

kek pandan dan kek coklat

orang amik gambar si aiyan dok tengok apa lah tu

nasibla ada encik 2 orang tu yang pegang aiyan, kalau tak mau kek tu dia dah cuit

lepas dah ambik hadiah dan potong kek, tak abis-abis dengan peace
game show ni siap naik pentas lagi... ada kisah nya tau, esok aku cerita ya

ambil menu western je, nasi takmo makan... kekwat betul
siap ada buat chicken dance lagi, itu papa dengan aiyan berchicken dance tu
bukan main kedepan kan si aiyan, seronok betul dia

hadiah cabutan bertuah, bukan main senyum muka dia

akak ppm 3 orang ni dah pindah ke sekolah lain, tapi tetap juga datang... antara yang paling rapat dengan aiyan

dapat bakul ikea dan dalam nya ada mehun sebungkus

mama tumpang gak lah sekaki posing dengan hadiah aiyan

majlis di sini, tamu hotel dan suites, kampung baru


20 comments:

  1. Seronok tengok gaya Aiyan ni Dana.. ceria & berani ja dia..
    meriah majlis ni kan.. ibu bapa pun sporting join aktiviti..

    ReplyDelete
  2. Seronoknya bila ada majlis macam ni. Anak-anak pasti teruja... :)

    ReplyDelete
  3. Nampak happy aiyan dlm majlis tu.

    ReplyDelete
  4. amboiii seronok betul aiyan ek! lain kali kalo tema glitter, calit je gold dust sikit kat idung aiyan tu sebelum gi majlis..hahahhaahahha

    ReplyDelete
  5. Atie- si aiyan ni kadang mmg gitu, tp kadang dtg penakutnya tu tak blh buat apa... itulah masing-masing2 mmg ramai yg sporting

    Kakcik Seroja- memang ada kakcik, seronok mereka semua

    Ibu Lala- dia kalau ada majlis gini mmg dia seronok sangat

    Sunah- hehehe dia nak je, papa nya mesti tak bagi nye hehehe...

    ReplyDelete
  6. Bestnya Aiyan dapat celebrate besday ramai-ramai. Meriah nampak tu.

    ReplyDelete
  7. MERIAH MAJLISNYA KAN MAIN SUKA AYAN DPT HADIAH LAGI

    ReplyDelete
  8. amboi meriahnya, jelas kelihatan kegembiraan di wajah Aiyan kan Dana :) Alhamdulillah .

    ReplyDelete
  9. Wahhh.. nampak meriah majlisnyaa. hehe

    ReplyDelete
  10. wahh seronok lah dak aiyan kan. sambut birthday ramai2 dan dapat banyak dapat adiah. saya pergi majlis PPKI ni last month, kita sekeluarga pergi support sekolah lama timi.

    ReplyDelete
  11. Wah Aiyan dapat banyak hadiah! The event look so much fun too.

    ReplyDelete
  12. Kak Feni- memang tiap tahun mereka akan buat sambutan, memang seronok diaorang

    k Paridah- memang suka lah dia, seronok dpt macam2 kak

    k Ana Jingga- hehehe tulah mmg seronok semuanya

    Nadhie- aah mmg meriah, lagi2 parents pun sporting

    ShirVen- tulah seronok dan lain rasanya bila join majlis untuk anak2 yg istimewa nih

    Tqa- betul memang meriah, memang majlis untuk mereka

    ReplyDelete
  13. Murah rezeki Ayan.. meriah event ni kan

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. meriah eventnya.. Seronok Aiyan..

    ReplyDelete
  15. aktiviti yang menyeronokan..

    badut memang menghiburkan

    ReplyDelete
  16. bagusnya sekolah meraikan anak2 istimewa ni

    ReplyDelete
  17. Meriah majlis aiyan. ada clown lagi tu. Budak-budaklah paling seronok

    ReplyDelete
  18. Mamapp- alhamdulillah, rezeki mereka kak

    Sha- betul, alhamdulillah

    MrHanafi- tp dulu2 si aiyan takut dengan badut hehheeh

    k Sheila- kami mak pak tumpang gembira sekali

    Hasliynda- betul tu, semua happy

    Azhafizah- betul tu, mereka mmg seronok betul... lagi2 bila hadiah bagai

    ReplyDelete
  19. Meriah sungguh eventnya, zaman sekarang event macam ni grand2 kan...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...