As salam semua kawan-kawan,
Satay adalah salah satu makanan kegemaran aku khasnya dan adik beradik aku am nya. Kalau balik kampung memang wajib kami akan cari satay kegemaran kami. Aku ni kadang cerewet jugak, dah biasa makan satay dekat ukay perdana, satay hj samuri cawangan taman melati pun aku dah jemu. Minta edy cari satay lain yang best.
Try satay zaini taman melawati, sedap dan besar juga sataynya. Aku suka kuahnya. Siap layan dengan timun dan bawang pun dah best. Satay dagingnya lembut dan juicy, aku paling lemah kalau satay daging yang liat dan keras. Satay ayam dia memang besar juicy sangat. Harga aku lupa nak tanya si edy, katanya seringgit lebih secucuk dalam Rm1.20 atau RM1.10 gitu katanya.
Alamat nya:
Zaini satay taman melawati
taman melawati 53100
kuala lumpur
waktu operasi:
rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, isnin
5.00 petang- 12.00 malam
selasa- tutup
edy beli daging 10 cucuk dan ayam 15 cucuk |
menarik, isi pun nampak besar dan menggoda lah |
siap ada lemak lagi, patut lah moist dan lembut je sate nya |
satay ayamnya pun besar dan puas makan, lembut je |
Keenakan satay terletak pada kuahnya selain isi daging ayam itu sendiri..sedapnya kalau dpt yg juicy..gemuk2..
ReplyDeletesedapnye sate!
ReplyDeletelama xmkn.. tgh diet.. huhuuu
sama , saya kalau balik kampung pun mesti ajak mak ayah pergi makan sate . Sate yang biasa saya makan tu besar-besar . Kalau makan 3 4 cucuk pun dah kenyang gila .
ReplyDeleteTak berapa minat satay.. Tapi kalau sesekali makan, memang best.. Tambah kalau dapat kuah best..
ReplyDeleteFav ever ni... Nanti nak try jugalah satay ni..
ReplyDeleteomaiii da la kite mmg mengidam satay dari minggu lepas..sobsob baca pulak post ni haiyaaa ni mengidam tak hilang lagi
ReplyDeletek Kamsiah- betul tu kak, kalau besar satay tapi kuah tak best pun tak layan
ReplyDeleteEzy- takpe nanti dah lama2 boleh la makan secucuk dua
Suhana- kalau kat kampung memang puas, makan la dengan family
k Sha- heehehe yelah memang ada yang tak suka sebab satay ni kadang manis dan berempah kan
OrchidPUteh- cuba jangan tak cuba tau
Lama tak makan satay, last makan satay time raya haritu je
ReplyDeletesuka satay yg ada lemak sbb juicy..kalo isi je kdg2 keras tk suka...nanti bole try yg ni
ReplyDeletekecur lk air liuir tengok gambar sate tu..biasa makan sate hj samuri tu jer.
ReplyDeleteAnakdenesor- alamak, nanti pi try beli satay ni kt taman melawati tu yek...
ReplyDeleteMekar- lama tuh tak makan, kalau akak memang tak boleh la teringat2 kang
MamaTisya- itulah kalau isi je sate tu rasa keras n tak best... kene ada lemak2 sikit kan
en JMR- cuba lah satay zaini nih kuah dia lagi sedap dari hj samuri tu heheheh
lamanya sy tak makan satay..teringin pulak
ReplyDeletebila makan ramai2 berebut, lagi lah terasa sedapnya sate. hehehe
ReplyDeleteKalau kita rajin cuba makan sate di pelbagai tempat, memang ada kelainannya. Kak Amie setuju kalau kita rasa jemu makan sate di satu-satu tempat saja, kecuali kalau sate itu memang benar2 menambat selera...kihkihkihhh!
ReplyDeleteaku tak pernah menolak if sate, if aku kursus ke bangi mesti pekena sate kat ramal food junction tu tah lupa pa nama. sate kat sini selalu kecik2 je, nii besar2, puas makan
ReplyDeletemak aii gemok gemoknya satey dia! sedap nih
ReplyDeleterindunye nak makan satay. bukan tak makan langsung but i miss having them with my family.
ReplyDeleteAssalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteOuch.. satay. Alahai terliur la pulak. Saya pun hantu satay, lebih-lebih lagi satay arnab. Tapi la ni usia dah meningkat tak bolehlah nak makan lebih-lebih macam zaman budak-budak dulu hehe.
Sedapnya satay. Memang favourite fiza juga ni. Biasa balik kampung cari gak satay sedap. Ada satay paling murah dan sedap RM60 sen je.
ReplyDeleteCik Itah, akak paling lama sebulan la tak makan satay, lama2 tak boleh nnti rindu
ReplyDeletek UmiNazrah- betul2 tapi kalau kt rumah 2 orang jelah yang makan
k Amie- betul tu kak, dana ni kalau kuah dia tak sedap memang akan cari yg lain sampai kene ngn tekak
ShirVen- hehhehe punya jauh nk makan satay besar kt bangi je yek...
Shafyqah- hehhe itulah pasal, baru puas makan
Ray- makan dengan family ramai2 memang lagi best
en Abuikhwan- wsalam, dana tak pernah try satay arnab, takat satay kambing dengan satay rusa pernah la cuba
Azhafizah- hehe sama lah kita geng satay, kat kampung akak pun ada 60sen secucuk tapi besar... puas makan
Huwaaaaa...memang tgh craving satay...dapnyaaaaa......
ReplyDeleteTak sempat nak baca, dah terliur tengok gambar nasi lemak & sate.. 😄
ReplyDeleteWOW BESAR SATENYA HARGA PUN OK
ReplyDeleteSuperior post, keep up with this exceptional work. It's nice to know that this topic is being also covered on this web site so cheers for taking the time to discuss this! Latest Sims 4 Downloads : Showing 9113 items. Customise your view with Compatible mode, Featured uploads, Favourites and more! sims 4 news
ReplyDeletekita hari2 beli sate.. mertua suka sate.. suka setiap hari tapaukan sate untuk mereka
ReplyDeleteAlahaii sedapnya my peveret ni
ReplyDelete