As salam semua kawan-kawan,
Hari terakhir persekolahan, sebelum subuh dah bangun untuk gorengkan nugget dan bebola untuk aiyan bawak ke sekolah, ada jamuan akhir tahun. Saja suka-suka sebenarnya, supaya anak-anak gembira.
Sabtu lepas aku ada cuba buat roti canai dengan bread maker, hasil mengoogle. Alhamdulillah hampir menjadi, rupa dah ada, bau dan rasa pun dah ada cuma mungkin kene uli lama lagi. Agak keras sikit, masa tarik-tarik nak regangkan dia asyik koyak je.
*Aku nak minta blogger yang nama Han, untuk tolong tinggalkan link blog kat komen ya, sebab bila nak kunjung semula tekan di profile keluar profile not available, tak dapat nak kunjung semula.
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil garam
1 biji telur
500ml air sejuk
Cara Masak:
- Masukkan semua bahan dalam bread maker di mulai dengan air dahulu
- Pilih tetapan no 10, dough dan biarkan mesin menguli hingga abis selama 1 jam setengah.
- Aku pilih pula tetapan no 9, mix selama 20 minit.
- Bila dah keluarkan doh tu, bulat-bulatkan dan salut dengan minyak masak
- Aku bulat-bulatkan dan letak kat atas talam, esok pagi baru aku canai.
- Aku guna talam untuk canai kan dia, buat pelan-pelan sampai regang supaya dia lembut.
- lepas tu boleh la di goreng dengan api sedang
*Lepas ini aku nak cuba mix lama lagi doh nya tuh, biar jadi lagi lembut dan mudah di canai. Kene rajinkan diri lah ni.
lepas ni aku nk cuba buat setengah kilo je, buat sekilo ni macam payah sikit almaklum BM aku kecil |
Rupa dia tak sekata, masa buat ni dah lewat malam mata dah ngantuk |
kita tarik-tarik dia pelan-pelan ya, tapi asyik koyak je...aku kene uli lama lagi lepas ni |
rupa pun tak berapa semenggah hahahha |
dia jadi agak tebal... hahah redho jelah |
gorengan pertama ya... bau dah ada rasa pun dah sedap tapi tulah agak keras |
cubaan ke sepuluh hahahha... rupa dah ada cuma keras sikit... aduhai frust jugak |
petang hari tu, dia mintak roti canai cicah kari... kira ok lah bila dia makan nampak sedap |
Wah.. Ohsemlah Dana.. Buat sendiri je roti canai.. Puas makan sendiri..
ReplyDeleteTry and error kan Dana..
Teringat arwah pak long dulu...kalau buat roti canai mmg guna dulang tu...
ReplyDeleteNampak sedap je Dana kalau tak bagi tahu keras sikit Mrs. A pun tak tahu.
ReplyDeleteMungkin kena tambah masa mix kan dia tu.
keep it up don't give up
best juga boleh buat roti canai guna breadmaker. nak menguli guna tangan jenuh juga kan. takpe kak Dana, boleh pratice lagi ni. inshaAllah dapat roti canai super lembut nanti.
ReplyDeletewah nampak sedap tu
ReplyDeletecicah dgn sardin ke
kuah kari ke
kuah asam pedas pun sedap
k Sha-hehehe tulah, tp masih tak berapa menjadi, nnti kene cuba lagi bagi lembut naw2
ReplyDeletek SA- hehehe nak tebar atau canai tu tak reti kak, kita guna lah talam hehehe
Mrs. A- hehehhe itulah rupa dah ada cuma texture je kureng sikit
Azhafizah- itulah, insyallah nanti nk cuba lagi... selagi belum jemu heheheh
k hasliynda- hehhe cicah kari daging kedai mamak je heheh..
Hadoi... Sedapnya... Lama dah aim breadmaker ni.. Tapi tu lah tak sampai hajat lagi nak beli.
ReplyDeleteTerbaik Dana..rajin!
ReplyDeleteTeringat dulu2 mak buat sendiri, tapi panggil roti prata. Tebar kat bhg blkg dulang ayan besar.
Maria- nnti 12.12 mesti ada sale, try jengah di shoppe dan lazada
ReplyDeletek Ujie- sama je bagi dana roti prata or roti canai kak hehehe...
dana salah seorang pencetus sisyat nak beli BM ni.. sungguh2 kasi hakak tak sabar nk beli..haha
ReplyDeleteDana masak mesti sedap ni. Rup roti canai Tu je dah mengiurkn
ReplyDeleteBuat roti canai rupanya..... Hakak pernah gak try buat roti canai Dana... Sekali jadinya keras terus malas sampai sekarang hahhaa... Baiklah beli je kat mamak dah tentu sedap ...huh
ReplyDeleteAt least your son loves it and wants to eat it with kari hahaha
ReplyDeleteWalaupun keras, nampak sedap jugak haha
lama-lama pandaila tu nanti..
ReplyDeletebisa diatur semuanya tu
seleranya tengok hand made roti canai ni berbanding roti segera kan. besttt
ReplyDeleteAssalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteWah roti canai home made! Tengok buat guna talam besi tu teringat arwah bonda buat roti canai masa saya zaman kenit dulu. sama macam tulah.. alahai nostalgianya..
Selamat bercuti sekolah ye!
hmm tiba2 teringin makan roti canai
ReplyDeleterajinnya akak buat sendiri. bagus juga ada bread maker ni kan kak. boleh cuba buat sendiri, ikut citarasa kita.
ReplyDeletehaih pukul 2 pagi tengok resepi ni haha esok kena cari roti canai jugak la :p
ReplyDeletek Hayati- heheheh beli kak, pelbagai guna
ReplyDeletek Mamapp- macam sedap kak hheheh, tapi tulah keras sikit kene cuba lagi
k Hainom- aah roti canai ke roti prata pun boleh kak, saja nk cuba macam-macam fungsi nya tu kak nom
TqaLondon- hehehe tulah, tak selembut kat kedai heheh, tapi bila makan panas-panas ok lagi
mrHanafi- itulah kene rajin cuba baru jadi ok
Aiman- hehehe, tulah tapi kene usaha lagi bagi lagi lembut gebus
en Abuikhwan- wsalam, itulah kita tak reti nak tebar dan canai macam kt kedai maklum, itu guna talam hehehe
cik Itah- wajib ke kedai untuk cari tu, akak suka yang ranggup
cik ROse- saja mencuba cik rose, nak tau hasilnya macamne hehehhe
Shafyqah- hehehe lewat beno tidurnya dik kul 2 baru layan blog
lepas ni boleh la ikut resepi ni pulaksss. hehe
ReplyDeletejadi tak jadi tu belakang kira...effort mencuba tu yg penting. sila cuba lagi ye dana pastu panggil kitorang sarapan kat rumah haha
ReplyDeleteHazanis- hehehe selamat mencuba
ReplyDeletek Shiela- hheheh boleh, kalau dah jadi baru berani panggil makan
tangan-tangan ajaib je yang boleh buat roti canai yang perfect . Kalau saya , asal ada rupa dan rasa tu kire jadi je la .
ReplyDeletewah sedap gtu roticanai homemade...kena buat lagi bg lembut tu tp ank suka tu okla
ReplyDeleteLAMA JUGA BREADMAKER ULI DOH ROTI CANAI YA
ReplyDeletewahh! teruja tengok bread maker tu. saya tak pernah ada lagi breadmaker. mungkin epas ni boleh masukkan dalam #bucketlist. hehe
ReplyDeleteSuhana- heheh tulah kita takde tangan yg ajaib lagi
ReplyDeletemamaTisya- tulah kene try lagi nanti uli lama sikit
k Paridah- aah kak, kalau uli sendiri pun memang kene uli lama
k DorsettPink- ye, kene ada satu kak,macam2 boleh guna
mak ai, kita pun tak reti nak buat kak uik...tahu order kat mamak depan rumah je..ahahahah
ReplyDeletemenarik!
ReplyDeletetertarik!
terbaik lah...
aida x pernah buat roti canai sendiri.
Alahai terngiur Kali keberapa tah
ReplyDelete