As salam semua kawan-kawan,
Dua tahun dulu 24 Mac 2017 aku ada beli bread maker russell taylors
di lazada dengan harga bawah dua ratus. Dah tak ingat berapa harga nya. Dulu aku beli sebab tengok harga murah dan teruja nak mencuba masak macam-macam. Tapi bila dah beli aku simpan, duduk dalam kotak tak keluarkan pun sebab rumah aku yang kecil dan takde ruang untuk letak di dapur.
Baru minggu lepas aku mintak edy keluarkan dari bilik stor sebab aku risau kot berkarat ke rosak bread maker ni. Di rumah sekarang ni, ruang di dapur lebih luas dan ada banyak tempat untuk letak bread maker ni. Ahad baru ini aku dah cuba masak roti, aku cari di google resepi yang paling asas dan paling mudah je. Alhamdulillah menjadi gebus tapi aku teringin nk cuba buat lagi nanti. Selagi tepung roti tu tak abis, selagi itu kene cuba lagi dan lagi kan hehehehhe.
Aku tayang dulu roti yang terhasil, nanti aku kongsi dengan korang resepi nya ya.
|
nampak tarikh tu, 2 tahun lebih aku tak usik bread maker ni |
|
ini lah rupanya bila keluarkan, alhamdulillah masih elok semua nya |
|
dalam nya pun masih lagi cantik, lega rasa hati |
|
aku pilih color light hehehhe |
|
hehehehehe... |
lepas ni puaslah ayyan makan roti
ReplyDeleteBenda yang masih dalam wishlist Sis, one day nak beli juga, boleh makan roti hari-hari...
ReplyDeleteAda juga sebuah tu kat rumah. Masih dalam kotak.. bila nak mula.. entahlah.. hahaha.. tak terseru-seru jin rajin..
ReplyDeleteinilah hebatnya memori seorang wanita boleh ingat barang yang dibeli dan disimpan dua tahun lepas..
ReplyDeletenasib baik masih boleh pakai dan digunakan lagi
k Shiela- dia tu cerewet kadang mood dia ok, dia suke lah mood dia tak mo, tak pandang pun
ReplyDeleteSis Lin- beli yang brand noxxa kak, besar BM nya siap dapat oven besar lagi
Orchid PUteh- heheheh ni kita dah serukan ni fuhhhhh2
mrHanafi- hhehe sebab kita yang beli itu yang ingat tu, tapi kadang kalau yang kecil-kecil lupa jugak
menjadi la tu ye. masih dalam list wishlist ni.
ReplyDeletelamenye tersimpan.. haha..
ReplyDeletecantik kejadian roti.. gebuuu
Nasib baik elok boleh guna lg..
ReplyDeletekalau tak mau berdesing telinga dengar edy membebel hehe
cuba jangan tak cuba hehe rajin benar buat bread
ReplyDeleteok laa tu buka gak... cuma sayang bila baru bukak ni.. kalau ok xpe laa.. kalau manufacturing effect... hmm warantty sure dah habis..
ReplyDeletealang-alang dah jadi new toy nie..
boleh laa kembangkan bakat buat pelbagai roti..
mana tau kut.. bleh buat side income..
Mar- kira jadi lah ni rasanya hehehhe
ReplyDeleteEzy- tulah, takde ruang nk letak itu yang simpan dalam kotak je
k Kamsiah- hehehe edy tak pernah bebel kak pasal benda yang dana beli, selalu dana yg banyak bebel kt dia adalah
cik Itah- bread yang loaf boleh la, nk cuba yang lain susah sebab takde oven, oven rosak
Ataich- nak buat side income tak kot, oven rosak tak boleh nak membakar2, setakat nk buat yang loaf tu ok lah
Wow! cantik kejadiannya.
ReplyDeleteTerliur Mrs. A tengok
Nampak sedap tu ha..kalau nak cari kat Lazada rasanya jenis yang ni dah takde..ada jenis yang baru kan..
ReplyDeleteBestnya ada bread maker siap boleh setting colour lagi . Saya tak pernah buat roti lagi, kalau kek atau biskut tu selalu la .
ReplyDeletenasibaik ok lg ye bread maker tu...walaupun dkt 2thn tk buka dlm kotak...lpsni mcm2 roti bole buat
ReplyDeleteMrs. A- hehehee kalau dekat dana dah bagi 2 slice kak
ReplyDeletek SA- sekarang dana tak pasti ada lagi tak yg bentuk gini kak, tapi RT punya barang ramai yang kata ok
Suhana- tp itulah tak tau berapa lama rajin nya tu hehehhe
MamaTisya- tulah, bukan dekat 2 tahun tapi lebih 2 tahun dh hehehe..roti lain tak tau lah dpt ke idok buat sbb oven nya rosak
Wahhh bestnya. Dapat buat roti sendiri. Nanti jangan lupa share resepi. Boleh masukkan dalam wishlist jugak ni. Hihi
ReplyDelete2 tahun tu.. nnt sure seronok meroti je tu Dana.
ReplyDeleteLama tu perap 2 tahun. dah ada rugi tak guna ni kak..selamat meroti dan meroti banyak lepas ni. mudah bila ada bread maker ni.
ReplyDeletegebu betul roti tu. puas makanlah satu famili kan
ReplyDeletewah lama jugak 2 tahun tu alhamdulillah semuanya masih dalam keadaan elok ^_^
ReplyDeleteBestnya ada bread maker. X sampai seru lagi nak beli. Lgpun x de tempat nak letak. Space sume dah full
ReplyDeletedh lama wak tak mamam roti bai., hehe
ReplyDeleteBolehlah ayyan mengadap roti hari2.
ReplyDeleteAssalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteAlhamdulillah, masih berkilat lagi bread maker tu. Roti pun nampak macam menjadi. Nampak kegebuannya hehe. Lepas ni tak perlu dah beli roti. padan buat sendiri je.
Betul-betul nampak gebu rotinya
ReplyDeleteSedap cicqh kopi o
boleh lah tu dana, keep on trying. aku pun camtu dulu, lelama gebu juga tapi pastu dah bosan terus masuk kotak, cuti hingga kini 🤣🤣
ReplyDeletek Feni- insyallah boleh kak, nanti dana share
ReplyDeletek Azian- hehehe tulah kak, dulu takde ruang nak letak simpan lah dulu sedar tak sedar 2 tahun rupanya tersimpan
Azhafizah- tulah, kita cuba sampai jadi macam di inginkan ye, moga lepas ni menjadi betul lah
en JMR- alhamdulillah, tapi macam kurang gebus... agak padat kene cuba lg nanti
k Umi Nazrah- aah nasib la masih elok lagi semuanya
Ibu Lala- tulah dulu sebab tengok macam2 fungsi, harga pulak rasa mampu milik itu yang beli kak
wak Lat- hehehe roti bai kalau yang fresh tu gebus wak
wak WP- heheheh dia ikut mood jugak wak, kadang tak pandang
en Abuikhwan- wsalam, itulah syukur masih elok lagi BM nya
Akashah- betul tu, akak cicah kari pun sedap hehehhe
ShirVen- itulah, nak try sampai berjaya jadi seperti di idamkan
Buat roti memang tricky sikit Dana terutama bab sukatan dan masa menguli doh
ReplyDeleteIn shaa Allah suatu hari nanti pasti Dana terror buat roti dengan bantuan mesin itu..
Kalaulahh berad maker tu doh, 2 tahhun dah jadi roti besar mana pun tak taulah hahhaha.... hakak gurau je Dana...Hakak pun lebih kurang Dana je, akak masa kawen dapat hadiah fruit juice, tak pakai pakai sampai pindah, keluo kotak , wire dah putus dek tikus kot....sayang sangat
ReplyDeletek IamLZ- betul tu kak.. mencuba selagi rajin... kang datang malas kang tak boleh buat hapa
ReplyDeletek Hainom- hahahah itu berapa tahun ko simpan kak... itulah risau gk rosak nasibla ok lg
Seronok bila dapur besar.. Selesa je nak memasak macam-macam kan Dana.. Cantik kejadian roti tu..
ReplyDeleteHoho berbaloi tunggu 2 tahun bila tgk hasilnya
ReplyDeletebestnya ada bread maker, macam2 boleh buat..nak uli doh donat pun senang pakai ni...laki kita biasa uli guna ni dulu sebelum terap donat dia
ReplyDeleteaida ada mixer besar.
ReplyDeletetu la yg menguli doh roti aida.
tetiba, few days ago, teringin nak beli bread maker.
sebab, tu la, asyik buat loaf tapi tak jadik.
gini, terus jadik.
terbaik!