Friday, November 29, 2019

RESEPI IKAN BAKAR TEMPOYAK DAN SAMBAL TOMATO PETIS

As salam semua kawan-kawan,

Minggu pertama cuti sekolah dah berakhir, aku ni tak tau lah bila nk mula cuti. Teringin juga nak balik kampung atau berjalan di musim cuti ni cuma suami aku tu susah sikit nak cuti nya.

Hari ini aku baik hati, nak kongsi 2 resepi mudah dengan korang. Bukan selalu kan aku baik hati gini hehehhe... 
Ikan bakar tempoyak ini dah 4 kali aku buat, dah jadi kegemaran kami sefamily.  Sambal tomato petis pulak, edy dapat dari pekerja indonesia.

IKAN BAKAR TEMPOYAK

Bahan-bahan:

2 ekor ikan talapia dan 4 ekor ikan cencaru (kelar-kelar badan nya)
3-4  sudu besar tempoyak
3 biji cili api bangla, tumbuk
4 ulas bawang putih, tumbuk
5 biji bawang merah kecil, tumbuk
1 inci kunyit hidup
garam
2 helai daun kunyit
aluminium foil 

Cara masak:

- Gaulkan bahan tumbuk dengan tempoyak dan garam, tambah sedikit air kalau pekat sangat
- Ratakan tempoyak ke dalam badan ikan, letak cebisan daun kunyit pada ikan sebelum kita bungkus dengan aluminium foil
- Bakar di magic pan dengan api kecil sedang, jangan lupa balik-balikkan ikan


bahan utama, kebetulan ini ikan yang ada, aku semua kan je lah

aku kelar dalam sikit sebab ikan talapia ni isi nya tebal

bungkus kemas-kemas supaya isi nya cepat masak semua

ikan cencaru bakar ini belah belakang jadi bila kita bagi tempoyak memang meresap, lawankan dengan ulam dan sambal tomato

ikan talapia bakar, kalau ada daun kunyit banyak lagi best bau dia
SAMBAL TOMATO PETIS

Bahan-Bahan:

1 biji tomato, goreng
5 biji cili api biasa, goreng
5 biji cili api bangla, goreng
3 ulas bawang putih, goreng
5 biji bawang merah kecil, goreng
2 sudu besar petis

Cara masak:

- Semua bahan-bahan yang perlu di goreng, gorengkan sebentar hingga layu sikit
- Tumbukkan semua bahan yang telah di goreng hingga hancur, tak perlu terlalu lembut kasar-kasar je
- Letak kan bahan yang ditumbuk ke dalam mangkuk dan campurkan dengan petis, perisakan dengan garam atau gula kalau tawar


Bahan utama

ini Hasilnya, sedap sambal nih, menyelerakan

26 comments:

  1. eh ikan bakar tempoyak tu rasa lebih-lebih kurang macam pais patin tu ke .? tak pernah rasa lagi ikan bakar tempoyak , kalau pais tu pernah la rasa .

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnya.. kami kalu bakar ikan pun guna aluminium. sebab payah nak cari daun pisang

    ReplyDelete
  3. tk pernah makan ikan bakar tempoyak sbb tk mkn tempoyak...ikan bakar biasa makan

    ReplyDelete
  4. Dana! sambal Dana tu buat akak ngences. Akak kalau bakar ikan suka guna daun kunyit. Bau dia lebih mengancam dan menggoda dibandingkan dengan daun pisang. Hehehe..

    ReplyDelete
  5. Suhana- macam pais, cuma pais selalu tempoyaknya lagi banyak dan untuk seketul dua, ini tempoyaknya sikit sebab jimat hehehe

    Han- nak cari daun pisang sini senang sebab kat kedai aceh selalu ada jual, cumanya kadang nk cepat, pakai aluminium foil mudah

    mamaTisya- hehehe tak boleh buat apa lah kak... ini untuk pecinta tempoyak

    k NanyFadhly- cuba lah kak buat sambal tuh, sedap tau... daun kunyit tu aromanya best sangat kan

    ReplyDelete
  6. ya Allah. dugaannnn. haha. terliuq terus kami kat sini. heehhehee

    ReplyDelete
  7. ammi tak geng dgn tempoyak...tp sambal petis tu mcm yummyyyyy je.

    ReplyDelete
  8. Menu rare ni kak. Tak pernah pulak tengok ikan bakar tempoyak. Menarik ni. Bolehlah cuba nak tahu sedap ke tidak.

    ReplyDelete
  9. k UmiNazrah- heheheh cepat2 cari makan kak

    k Shiela- heheh sila cuba sambal tomato petis tu ye kak

    Azhafizah- heheh cuba jangan tak cuba dik, mesti teringat2

    ReplyDelete
  10. sedapnya.. kalau dana belah atas sumbat tempoyak ikut atas talapia tu lagi sedap.. tapi banyak laa sket nak pakai tempoyak...

    ReplyDelete
  11. Ya Allah dana,.. sedapnya.. bagi sikit rajin tu dekat Ummi. Semalam pergi pasaraya duk cari tempoyak.. tapi xde.tgk dana masak ni kena jugak g pasar pagi esok ni.nak cari tempoyak..

    ReplyDelete
  12. Ikan bakar kalau makan dengan kuah asam, sedapnya..

    ReplyDelete
  13. Sedapnya ...tp kt rumah akak ni cuma akak ja yg mkn tempoyak..so jarang2 la msk guna bahan tu..

    ReplyDelete
  14. sy x makan tempoyak mentah tp jika ikan patin masak tempyak n ikan tilapia bakar dgn tempoyak ni abam kie suka la..

    ReplyDelete
  15. Apa yang masak dengan tempoyak. Semua sedap. Bestnyaaaa

    ReplyDelete
  16. Sedap sangat ni sbb mmg peminat tempoyak..

    ReplyDelete
  17. Atul tak pernah buat lagi bakar ikan salut tempoyak. Balik kg nanti boleh try buat ni. Nampak macam sedap je. Mesti rasanya pun sedap ni.

    ReplyDelete
  18. Ataicha- tulah terpikir jugak nk buat tapi tempoyak la tak berapa nk ada hehehe... itu yg kelar2 je, tapi meresap jugak terasa ke dalam

    k UmmiJourney- hehehe kadang-kadang malas jugak, rajin nya sesekali je.. tempoyak memang kene cari kt pasar pagi atau pasar tani selalunya baru ada

    k SitiAwadah- hehehe alhamdulillah mmg ni pun teringat-ingat

    Ai- memang dia punya regu tuh

    k Kamsiah- itu kene makan time kat kedai jelah kak...

    Abam Kie- kalau di bakar, di buat masak baru lah abam Kie terkam yek

    AIman- heheeh betul tuh

    Mulan- kalau peminat tempoyak memang suka punya

    Atul- nanti cuba lah, memang sedap tau

    ReplyDelete
  19. tak pernah lagi tgk ikan bakat letak tempoyak

    ReplyDelete
  20. wow!
    terbaik ni, dana.
    tq for sharing.
    dpt idea nak masak esok lusa.
    tempoyak ada.
    yg lain2 pun ada...
    yummy!!!

    ReplyDelete
  21. Waaa sedapnya alahaii.. POS la sikit kat sini

    ReplyDelete
  22. Sedapnya.. Ratah macam tu pun best..

    ReplyDelete
  23. eh kecur liur kita tengok sambal petis tu!

    ReplyDelete
  24. AzianKhalil- hehehe nk buat ala-ala pais lah ni tapi tempoyak tak banyak

    k Aida- barang yg nak guna mudah jumpa janji ada tempoyak insyallah jadi

    k mamaPP- hehehe pos kang abam poslaju yang bedal

    k Sha- betul tuh... sebab ada rasa manis sikit masin n pedas

    Sunah- hehehe tryla buat Sunah

    ReplyDelete
  25. Love to read it,Waiting For More new Update and I Already Read your Recent Post its Great Thanks. View stories of any user anonymously. Pictame2 pictame. The more Instagram followers a person has the more popular they will be on this site.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...