Tuesday, November 19, 2019

TETAMU PALING ISTIMEWA

As salam semua kawan-kawan,

Blog aku ni asyik cerita pasal makan je kan, hahahha taulah tuan nya kaki masak, kaki makan.  Aku nak kongsi lah gambar tetamu istimewa aku, walaupun hari-hari datang tetap istimewa tau.

Dah dua minggu maktek dengan ecah datang rumah di hari hujung minggu.  Bila ayah ecah kerja dan edy pun kerja diaorang bosan datang lah rumah kami.  Kalau maktek bagitau awal dia nak datang memang aku akan masak sarapan lebih. 

Walaupun bila datang tu kami banyak bergosip tapi seronok lah, macam-macam cerita walaupun hampir tiap hari maktek singgah lepak rumah aku, hehehhe. Bahagia wei bila adik ko datang rumah, tetamu kan pembawa rezeki.  Paling best bila melayan si ecah tu la, dok la pusing rumah sambil buat sepah heheheh.  Yang kemasnya selalu aiyan, mama nya bagi arahan je. 


ahad 2 minggu lepas, masa ni sabtu edy cuti ahad dia kerja... bila tahu edy kerja diaorang pun datang la...

jalan kaki je mereka, suka budak kecik tu

sampai rumah dia suka mewarna, menconteng... 

menu sarapan sabtu baru ni, memang aku masak banyak sebab tahu diaorang nak datang

dalam kul 10 lebih sampai la 2 beranak nih... si baju kuning tu lah paling suka

tak sabar nak bukak kan pintu...

sampai je terus menconteng, sebab aiyan pun tengah melukis masa tu

dengan topi pun takmo bukak lagi

gigih kan... hahahah suka betul

pantang bila nampak maklong amik gambar dia, terus datang dekat

dia suka maklongnya amik selfie emoji dia... sengih terus

sengih tayang gigi

hahahah... dia rasa comel sangat la tu

dia pun nak jugak... bila nampak ecah selfie emoji

25 comments:

  1. Meriah rumah ada si kecil. Bersepah pun tak apa. janji seronok melayan dia main.

    ReplyDelete
  2. Heheheh , geram betul nak cubit-cubit aiyan . Ecah tu pun cute sangat , pandai nak berkawan dengan abg aiyan . Sedapnya nasi lemak , boleh datang rumah kak dana nie suruh kak dana masak . Hahahah , sape suruh selalu post gambar makanan .

    ReplyDelete
  3. Boleh jadi geng dah ni..apa Ayyan buat dia pun buat..bagus...

    ReplyDelete
  4. Azhafizah- tulah, seronok melayan keletahnya

    Suhana- hehehe boleh, nak datang bagitau awal2, riuh rumah jangan cakap tapi kita happy

    Mar- heheh itulah, penat pun happy melayan dia

    k SA- memang geng aiyan, geng melukis geng buat sepah

    ReplyDelete
  5. cute jer tetamunya. suka la aiyan ada kawan.

    ReplyDelete
  6. Ezy- tulah pasal nya

    k Kamsiah- memang sesuai sangat, tapi mama nya yang dah tak boleh nak bagi adik

    kak Feni- hehehe gambar dia mesti ada

    Ibu Lala- dia memang suka ada tamu

    ReplyDelete
  7. Thank you so much as you have been willing to share information with us. Pikdo is an Instagram Online Viewer that you can easily browse users, location, followers, hashtags, popular contents, statistics and much more.

    ReplyDelete
  8. boleh jalan kaki..rumah dekat je dua beradik ya? seronok!
    lagi pulak ada kakak mcm Dana rajin masak, lagi seronok nak datang. ^_^

    ReplyDelete
  9. ADIK KAKAK MESTI SERING KUNJUNG MNGUNJUNG MNGERAT UKHUWAH PERSAUDARAAN

    ReplyDelete
  10. Adalah kawan si Aiyyan tu.
    Comel budaknya

    ReplyDelete
  11. nasib baik kak ana jauh kalau tak nak juga jadi tetamu dana, dapt makan sedappp hehe :)

    ReplyDelete
  12. kalau tetamu memang la happy punya..

    lebih-lebih lagi kalau dah sekepala..

    ReplyDelete
  13. Hahahha aiyan nak jadi rusa santa claus ke tu 😆

    ReplyDelete
  14. k Ujie- dekat kak dia blok depan je... tu yg selalu nyinggah

    k Paridah- betul tu kak

    wak WP- heheheh memang comel wak

    k AnaJingga- hehehe alah kak, dana masak biasa2 je kak

    mrHanafi- betul tuh... tak sedar dah lewat petang baru balik

    wak Lat- mmg meriah wak, walaupun 4 org riuhnya macam ada 10 orang

    Sunah- hehehe rusa tu comel katanya

    ReplyDelete
  15. Kak, kita boleh geng lah. Suka makan². Hahaha.

    Best lagi kalau makan ada kawan/tetamu buat sembang.

    Pm alamat kak, nk dtg mkn nasi lemak tu..hehe

    ReplyDelete
  16. comel tetamu nya.. memang sronok melayan

    ReplyDelete
  17. dua2 comel. aiyan of course suka, ada kawan kan. best juga duduk berdekatan dgn adik bradik, senang ziarah menziarahi

    ReplyDelete
  18. Wah seronoknya adik dtg. Aiyan oil tentu seronok Dil ecah Ada kan

    ReplyDelete
  19. Kan betul hakak ckp korang berdua ni membawang bila berjumpa hahaha...
    Bestnya kalau ada kakak duduk dekat.... kakak selalunya rajin masak kan...

    ReplyDelete
  20. ada jugak geng Aiyan dekat rumah hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...