Thursday, November 14, 2019

PHOTO DIARY #36/2019 makanan sepanjang minggu

As salam semua kawan-kawan,


Segmen hari khamis aku ni memang banyak pasal makanan jelah.  Nak buat macamne yek, udah tuan blog ni kerjanya suka makan, suka masak.  Korang redho jelah ya baca. Mana yang agak-agak belum sarapan atau belum lunch tu jangan la baca sampai habis blog aku harini ye. Kang lapar jangan salahkan aku pulak ye.

Moh la kita tengok gambar sambil baca caption ye kawan-kawan.

menu bekal aku 2 minggu lepas dan minggu lepas,sandwish telur dengan buah 
2 minggu lebih sarapan dan lunch benda alah ni, minggu ni tukar la pulak



sekarng aku dah mula rajin masak malam macam-macam,
sebab laki aku dah kerja site yang dekat so dapat la dia makan malam kat rumah

aku sekarang ketagih dengan daun ketumbar... 

si aiyan ni kadang ada masa dia takmo makan dengan lauk, dia makan la nasi dengan kuah je..
atau kadang kalau ada kentang dia makan nasi kuah dan kentang

peminat roti, tak kisahla roti canai ke, roti tempayan ke roti puree ke semua dia suka janji ada cicah

buah pear kegemaran, bezakan saiznya... sebelah kiri sebiji rm1.40+, kanan sebiji rm1.60+
puas makan yang belah kanan tu kan

beza betul kan saiznya... 

menu sarapan wajib hampir setiap hujung minggu, sarapan kegemaran aiyan

sabtu baru ni maktek bagi nasi lemak... mama sempat rasa telur rebus je nasi tu aiyan abiskan

isnin baru ni, antar barang kat kawan dapat cookies dan kek, untuk kawan dengan baker nih

1 slice besar ini dapat, memang rezeki betul kan hehehhe

ini bukan kek tapi roti tapi tak jadi sangat, ni percubaan kali ke pada selasa malam

texture nya padat macam kek... salah sukatan hehehhe

kelmarin masak lemak telur itik tapi warna kuning dia pucat sangat lahai... 

ayam goreng kunyit versi daun ketumbar, nak abiskan daun ketumbar semua aku boh daun ketumbar.. suka bau dia segar je

percubaan buat roti kali ke 3 malam tadi... alhamduillah jadi

testure dia dah nampak sama dengan roti kan... ini lah bekal aku harini

tambah kismis dan buah kering lain

26 comments:

  1. Sedapnya makanan...huhuhu kakcik memang tak boleh nak diet la bila nampak makanan...hahaha

    ReplyDelete
  2. Rajinnye Dana masak. Hihi. Kak Feni siang makan di opis semua beli. Malam balik makan di rumah mertua. Hujung minggu kalau free baru dapur berasap.

    ReplyDelete

  3. kalau tengok orang masak sumenya sedap belaka. tapi kalau sendir masak ke laut selera.

    ReplyDelete
  4. k Kamsiah- heheheh tq kak

    kakcik Seroja- tulah kakcik, mana nk diet kakcik oi... lagi lah kita suka masak

    k Feni- kat opis tu utk sarapan takat buah tu rajin la buat sendiri kak, roti tu masak mlm tu hehhehe... kami memang jarang makan mlm kt luar memang masak selalunya

    Ibu Lala- heheheh alah sama je kak, kalau dah masak tak lalu nk makan bagus tu kak

    ReplyDelete
  5. sejak-sejak dah bawak keluar bread maker nie , asyik meroti je kak dana nie . Hehehehe , oi hantar rumah kita sikit kak .

    ReplyDelete
  6. RAJIN DANA BAWA BEKAL KE PEJABAT..SEDAP MASAKANNYA

    ReplyDelete
  7. Asal malam aje lapo
    Asal lapo aje malam
    Semua sedap.

    ReplyDelete
  8. Terbaik menu kak dana. kalau tak masak, tak makan le jawabnya kan.

    ReplyDelete
  9. murah betul buah pear..

    jarang jumpa harga seringgit sebijik..

    biasanya RM3 ke atas itu biasa sangat-sangat

    ReplyDelete
  10. Han- kalau tak sedap pun memang puji sedap jugak hehehe

    Suhana- heheheh meh alamat

    k Paridah- yang simple2 ok lah kak, yang kene masak kadang malas jugak hehehe

    Maria- heeheh... segmen makanan memang banyak kt blog akak

    wak WP- jangan tengok time malam wak, kang lapor

    Azhafizah- tulah pasalnya, time malam memang selalu masak

    mrHanafi- aah memang murah kt sini buah pear hijau atau kuning memang murah, kadang tak sampai seringgit pun sebiji tu

    ReplyDelete
  11. Sama kita wak. suka makan. tapi tak suka masak. hehehehee
    kita pun sama. suka daun ketumbar. boleh buat ulam gitu.

    ReplyDelete
  12. Akak plak suka masak tapi kurang makan..hahaha...well fav fruit kita sama..last week beli Nikko Pear yang kulit kaler choc tu..4 biji untuk seminggu..

    ReplyDelete
  13. Laju-laju akak skroll ke bawah, menggoda sungguh tengok makanan tu semua.

    psstt: geram pulak tengok dak Aiyan tu..

    ReplyDelete
  14. Rajinnya Dana memasak.. best kalau cuba buat dan jadikan Dana..

    ReplyDelete
  15. Semua gambar makanan buat air liur meleleh tau

    ReplyDelete
  16. its ok sis..sy mmg suka tengok makanan hehe
    semua nampak sedap ehh menyesal pulak singgah sini malam2 nda pasal2 lapar balik hahhaha

    ReplyDelete
  17. meroti !! seksi nyeee roti tu. bila nak buat lagi ?
    bagitau naa CT nak p ketuk pintu rumah..

    ReplyDelete
  18. aku lalu tak terbuat rotinya. ujg minggu sibuk merayau lak. smgt sekejap je membara 😆😆

    ReplyDelete
  19. saye pun suka camni. tangkap gamba makanan utk tempoh tertentu. hehe

    ReplyDelete
  20. Dana mask semua nampak sedapbillah Bak Rasa air tgn Dana ni

    ReplyDelete
  21. ya Allah kak! kita sama, suka daun ketumbar! kalo ada dalam tomyam, habis dicedok nak makan..hahahha

    ReplyDelete
  22. time2 tgh kurangkan sugar intake tgk kek tu mcm tertelan liur pulak

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...