Wednesday, November 20, 2019

ROTI NAN TEMPAYAN DAN BUAH PEAR PASAR BELAKANG

 As salam semua kawan-kawan,

Setiap jumaat, belakang pejabat aku ada pasar kecil.  Pasar ini walaupun kecil tapi ramai pengunjung, orang JUPEM, Felda dan UTM antara pelanggan tetapnya.  Ada jual baju, tudung, makanan, buah dan air.  Jumaat tengahari sebelum ambil aiyan kat sekolah memang aku singgah sini dulu, beli makanan tengahari dan buah.

Aku tak bawak aiyan ke sini, sebab kang semua benda dia borong kat sini. Sebelum ini aku selalu beli nasi dagang atau nasi berlauk untuk aiyan dan mehun sup utara untuk aku.  Tapi sejak dua minggu lepas aku suka cuba roti nan tempayan ni.  Beli dua keping kongsi dengan aiyan, memang kenyang. Selain tu aku suka beli buah-buah kat sini. Harga berpatutan sangat.


harga bagi aku berpatutan sebab roti nya besar, kari dia pun banyak dan sedap

nampak kebesaran nya ni... makan roti je pun sedap
jumaat lepas punya... aku amik kari daging senang nak makan






2 minggu lepas aku dah beli roti ni, kongsi dengan dia, beria makan
buah pear kegemaran, 1 bekas ni Rm5 je... ada yang isi 5 biji dan 3 biji yang besar

bekalan buah kat rumah, untuk bawak bekal kat pejabat dan kat rumah

27 comments:

  1. wah.. memang besar saiz roti dia.. sedap ni.. kalau TB mau bertambah-tambah makan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Kalau ada pasar dekat pejabat, memang seronok kan? Tak payah pergi jauh-jauh, laju je duit keluar... :)

    ReplyDelete
  3. sedap! sllu mkn roti tempayan ni ms bulan pose je..
    ari2 bse xde rs nk mkn plak.. haha

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kak..buat saya teringin nak cari roti naan pulak!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Dana...boleh gantikan nasi dh tu..

    ReplyDelete
  6. Melayu punya buatan lah ye Dana.
    nampak pun sedap.

    ReplyDelete
  7. k TengkuButang- betul memang besar, makan 1 dah kenyang kak

    Kakcik Seroja- betul tu kakcik, keluar duit dengan tenaga sikit la nk berjalan

    Ezy- akak bedal je, hari tak puasa pun layan hehehe

    Sunah- tapi ni bukan roti nan mamak, lembut je tau walaupun dah sejuk

    k Kamsiah- betul, memang kalau dah beli roti ni, dana tak makan nasi kak

    k Azian- aah budak melayu yang jual kak, memang sedap roti nya

    ReplyDelete
  8. roti nan tempayan dia bakar macam style orang arab tu ye? confirm sedap! Pasar kecil pun okay gak buat beli apa yang patut

    ReplyDelete
  9. Lately ramai yang post Roti naan . Memang nak suruh saya pergi cari jugak ke apa nie .??? Tengok harga tu macam murah , sebab roti dia boleh tahan besar .

    ReplyDelete
  10. Akak sekarang suka minum air buah, sejak minum air epal atas k.terbang masa balik mekah tempoh hari tu, bila nampak buah yg dana post tu dah teringin pulak

    ReplyDelete
  11. Wawww

    Sedapnay roti Nan makan dengan ayam tandoori, makan dengan kari pun sedap..

    ReplyDelete
  12. Assalamulaikum akak.

    Maaf kak. Lama tak berkunjung ke sini. Bulan 10 sibuk sikit, anak operation. Sebulan tak update blog.

    Ruby pun suka roti tempayan ni. Suka yang letak cheese extra. Hehehe. Cicah sedapnya aihh dgn kuah kari pekat.

    Buah pear hijau ni sedap. Ruby pun suka

    ReplyDelete
  13. Ruby ada tag akak dlm giveway blogger Atul ya

    ReplyDelete
  14. Azhafizah- tulah, akak tak pasan lak cara membakarnya, dok nengok roti je hehehe

    Suhana- aah murah bagi akak, puas makan pun iya

    k Faudziyah- air buah fresh memang best kan kak

    k Mah AtehNour- tulah, sedap makan dengan apa pun kak ayam tandori memang gu dia

    Rubiah- wsalam... tulah memang sedap layan roti ni.... terima kasih tag akak

    ReplyDelete
  15. ingat ahad lepas nak gi pasar malam tgk dia ada jual ke tak.. tapi sebab petang duk ujan je.. tu yg tak terpergi..

    ReplyDelete
  16. Wah! Tak payah cari tempat jauh kalau nak makan roti...memang nampak besar rotinya tu. Kenyang makan roti cecah kuah kari daging, tak yah dah makan nasi heheee.

    ReplyDelete
  17. sedapnya roti tempayan.. dulu kat kg selalu makan, roti tempayan dgn kari kambing.. sedap!

    ReplyDelete
  18. bestnya Dana, senang nak membeli...pasar belakang pejabat je.
    tengok roti nan tu, rasa nak cari jugak lah. menggoda! haha

    ReplyDelete
  19. tengok roti nan, makin teringin. blm lagi tercapai niat nak makan sebab tpt tu jauh dari rmh. wah yang pear tu, mmg besar n murah

    ReplyDelete
  20. Ataicha- sekarang petang mesti hujan kan, itu yang tak best tu

    k Amie- betul tu kak, memang besar, dah makan itu tak makan nasi dahla kak

    Han- kari kambing memang best tuh

    k Ujie- tulah kak, sediakan duit je ngn tenaga nk berjalan, nk beli barang banyak sediakan be siap-siap nak senang bawak barangnya

    ShirVen- ingatkan ko dah jumpa dah roti nya tu, jangan teringat2 malam termimpi-mimpi tau

    ReplyDelete
  21. Waahhh mcm terasa sedap kat tekak ni..

    ReplyDelete
  22. antara faveret ammi roti naan ni. kononnya kalau makan boleh kuruslah

    ReplyDelete
  23. Haha aiyan pakai tudung dah Rupa gilegurl dah.. comel plak..

    ReplyDelete
  24. Tengok roti tu teringat masa kat Mekah ...roti dia sebijik mcm tulahh... Tak berapa sedap tapi belasah ajelah nak ckp tak sedap takut hahahaha...

    ReplyDelete
  25. besarnya.. makan ni confirm terus kenyang sampai ke malam. hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...