Tuesday, November 26, 2019

Temosa atau karipap ikan

As salam semua kawan-kawan,

Korang pernah makan temosa? atau karipap inti sambal ikan? temosa ni popular di pantai timur.  Hari itu aku ada order kat kawan pejabat, temosa ini. RM7 untuk 12 biji temosa yang kecil dan comel je.  

Dah lama aku tak makan temosa ni, bila ada kawan pejabat open order memang teruja.  Aku suka temosa yang inti nya rasa ikan dan manis-manis sikit, rasa halba tak keterlaluan memang layan. Aku tak pernah lagi cuba buat inti nya sendiri, takut tak jadi. Cuma yang aku tahu intinya ada ikan selayang, bawang merah, kelapa parut, halba,  gula garam. 


tengok rupa memang macam karipap comel je, tapi ada macam-macam bentuk temosa ini


itu isi nya sambal ikan... penuh isi tak kopong pun

28 comments:

  1. Sedap , pernah rasa . Segala jenis karipap dan temosa memang sedap . Kalau letak inti sardin lagi la sedap , MasyaAllah . . Hehehe

    ReplyDelete
  2. Kalau di Indonesia namanya pastel isinya sayuran kak :D

    ReplyDelete
  3. 1st time dgr temosa..slalu tau samosa je...

    **akak kt area keramat au2..dana kj kt area datuk keramat ye?

    ReplyDelete
  4. kat terengganu pemes sgt la ni..
    sedap! tp kitorg xpgl temosa pon..
    pgl karipap ikan je.. hihikk

    ReplyDelete
  5. tembosa, karipap or epok2 sama je kan.. tapi tembosa mmg perkataan org Johor kan.

    ReplyDelete
  6. Suhana- eheheh sedap kan temosa nih, memang ramai peminat sardin kan

    Rohimar- di sini ada banyak panggilan

    mamaTisya- hehehe samosa tu yang 3 segi, ini macam karipap kadang bulat...tapi inti ikan...

    Ezy- hheheh yelah dah kat tempatnya kan mesti mudah jumpa...

    k AziahElias- tak sama kak... temosa ini intinya sambal ikan bukan kentang macam karipap tu

    ReplyDelete
  7. Kak Feni tadi mula-mula baca ingatkan samosa. Rupanya temosa. Pelik kalau samosa rupanya segi 3. Ooo rupanya temosa ni karipap isi ikan. Haha baru tahu. Tq dana share.

    ReplyDelete
  8. fav gak ni cuma tak berapa berkenan klo halba tu kekadang banyak hehe

    ReplyDelete
  9. Wassalam. Waktu belajar kat Terengganu sekejap dulu pernah rasa. Suka 😘😘😘😘

    ReplyDelete
  10. pernah juga makan, karipap ikan terengganu...masa tu housemate yang bawak balik dari kampung dan buat jual..tapi sekarang dia da kahwin, tak de jumpa da lepas tu

    ReplyDelete
  11. x pernah makan plak ni, dana.
    nampak sedap.
    menarik.
    kalu beli ni, mahunya anak2 aida ngap sorang 10 biji.

    ReplyDelete
  12. suka karipapa isi ikan ni..tp kt sgor ni susah nak jumpa..huhu
    ada resepi tak dana untuk inti ikan tu..hehe

    ReplyDelete
  13. k Feni- aah ni di panggil temosa, inti nya sambal ikan... belah pantai timur biasa ada

    AD- betul, kalau halba terlebih rasa tak best

    VS- kalau pernah belajar kat terengganu mesti penah jumpa kna...

    SUnah- susah nk jumpa belah-belah sini, bila jumpa laju je akak oder

    Aida- kat belah sini memang jarang sangat jumpa, sebab comel dan inti nya pun sedap mesti anak-anak suka, sbb si aiyan pun suka

    k Hayati- hehhehe ni pun dana beli kt kwn opis kak, dana pun tak reti buat inti nya hehehe...

    ReplyDelete
  14. Kalau ikan, karipap sardin je pernah rasa.

    ReplyDelete
  15. Temosa tak pernah makan lagi rasanya.
    Samosa selalulah hehehe...

    ReplyDelete
  16. sedapnya karipap ikan. Kat Tganu senang jumpa. Kat KL xpernah jumpa lagi isi ikan

    ReplyDelete
  17. This is my fevret temosa..salam kenal :)

    ReplyDelete
  18. tak pernah jumpa lagi Dana karipap ikan, rare ni kena cuba :)

    ReplyDelete
  19. Ai- hehehe ini lain sebab isi nya ikan dan kelapa parut memang sedap... ikn fresh yang direbus

    Mrs.A- hehehe nanti kalau jalan-jalan ke pantai timur tryla cari kak

    Han- betul tu, kt kl memang payah sikit jumpa tp bila dah jumpa memang repeat order je

    Ismimaizura- salam kenal

    wak WP- ya wak epok-epok tapi intinya sambal ikan dan mudah dijumpai di pantai timur

    k AnaJingga- hehehe betul, tryla google resepi kak... dana tau makan je masak tak reti

    ReplyDelete
  20. Baru tahu nama temosa ni. Okay, yang ni confirm tak pernah makan lagi. Nampak sedap. lagi sedap dapat rasa :)

    ReplyDelete
  21. fav akak!
    sekarang ni akak mmg ada je simpan stok frozen.
    kebetulan ada org area sini jual, dia bawak dari Tganu. RM5/10 biji. Pun comel-comel.

    ReplyDelete
  22. inilah makan feveret saya...

    kacang..

    apa-apa cara masakan pasti saya suka

    ReplyDelete
  23. SA tak pernah lagi makan temosa ni...

    ReplyDelete
  24. Kali pertama tahu mengenai temosa ni, mungkin sebab akak ni bukan jenis pemakan orangnya, itu banyak nama makanan akak tak tahu.. hehehe..

    ReplyDelete
  25. Tak pernah makan.. jumpa pun tak pernah lagi.. huhuhu..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...