As salam semua kawan-kawan,
Terasa lemau pagi ini, se awal jam 3 pagi dah hujan lebat berhenti kejap jam 5 pagi, siap-siap untuk kerja dalam jam 6 lebih masih ok tapi 6.30pagi hujan semula dengan lebat, aku terus hantar aiyan sedikit kelam kabut bila hujan, sana sini jem. Berpayung pun masih lagi basah bila hujan lebat dan berangin.
Hari ini aku nak kongsi dengan korang resepi masak lemak jantung pisang dengan pucuk paku. Selain di jadikan ulam, masak tumis atau kerabu aku suka masak lemak jantung pisang, sedap sangat tau. Lawankan dengan sambal belacan/sambal totok memang bertambah-tambah makan.
Bahan-bahan:
1 ketul jantung pisang (rebus hingga empuk dan siat kasar)
2 ikat pucuk paku
4 ulas bawang putih, tumbuk
5 biji bawang merah kecil , tumbuk
sejemput ikan bilik, tumbuk
1 kotak kecil santan (aku guna setengah kotak je)
Air Secukupnya
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam
Cara Masak:
- Rebuskan bumbu dengan 2 cawan air hingga mendidih
- Bila dah mendidih masukkan jantung pisang yang kita dah siat tu, rebuskan sekejap biar meresap rasa bumbu tu
- Masukkan pucuk paku, biarkan beberapa minit hingga nampak pucuk paku layu, masukkan serbuk lada hitam.
- Masukkan santan, garam dan tambah lagi air. Biarkan beberapa minit hingga masak, bila dah cukup rasa boleh matikan api.
- siap
Lepas balik dari PTS singga pasaraya giant, nampak jantung pisang ni terus teringin nk masak lemak |
nampak lak pucuk paku yang jenis bulat-bulat, tak banyak daun... terus beli dua sebab sikit sangat |
jantung pisang yang bahagian luar yang keras jangan lupa buang, kalau rebus jugak liat lain macam |
aku potong 2 je boh garam sikit masa rebus ni hingga empuk |
balik kan jantung tu biar sekata dan cepat masak |
ini bahan utamanya, bumbu tu memang aku suka tumbuk kasar... kalau yang suka tumbuk halus pun ok |
rebuskan bumbu dengan air hingga mendidih gini, biar masak betul bumbunya tu |
masukkan jantung pisang |
boh lah sekali pucuk paku, masak biar nampak layu dan masak pucuk paku tu |
nampak cantikkan warna nya |
cukup untuk makan tengahari dan malam, aku dok ratah jelah sebab konon takmo makan nasi |
Aduss sedapnye tengok lauk tu. Kak Feni pun sama kalau masak sendiri mesti nasi bertambah-tambah atau ratah jer lauk. Hahaha konon macam sedap sangat masakan sendiri. Bolehlah cuba resepi tu. Kak Feni tak pandai sangat masak lemak macam ni.
ReplyDeletemasak lemak kami suka boh kunyit bagi warna kuning. hehee. lagi menawan pada kami la :D
ReplyDeleteTak pernah campur dua sayur ini untuk masak lemak.. selalunya guna salah satu je..
ReplyDeleteMacam saya selalu tak campur , masak satu-satu . Buat pulak masak lemak kuning campur cili api . Perghhhh ! bertambah nasi
ReplyDeletek Feni- hehehe masakan sendiri compom sedap, kalau bukan kita sapa nak puji hehehe
ReplyDeleteUmi Nazrah- sya kalau lemak cili api je boh kunyit, lemak biasa yang tak pedas memang suka putih je
Sha- hehehe salah satu je pun boleh, ini memang saja je campur... suka ada warna hijau dalam masak lemak
SUhana- ini saja je masak campur, saja suka ada warna hijau dalam masak lemak ni.
memang sedap
ReplyDeletemakanan sihat
lemak sihat
Tak pernah cuba lg jantung
ReplyDeletepisang campur pucuk paku...mesti sedap..letak lada hitam pulak tu..
oh gitu cara masak jantung pisang kena direbus dulu sebelum disayur ya
ReplyDeletenampak sedap tu. Tak pernah campur jantung pisang dengan pucuk ubi lagi. jantung pisang biasa buat ulam je cicah sambal belacan.
ReplyDeleteJantung pisang rebus makan dengan sambal belacan pun sedap juga... :)
ReplyDeletetak pernah aku masak camni. selalu rebus pastu makan dgn sambal belacan pedas. fuhh!! lagi berdesing telinga lagi sedap 🤣🤣
ReplyDeleteAduhai.... sedapnya! Masak lemak putih sayur apa pun kita suka sangat! Mak selalu masak tak bubuh kunyit, aromanya lagi menyerlah!
ReplyDeletetengah malam singgah sini ehh lapar pulak tengok haha
ReplyDeletek Hasliynda- ya betul tu
ReplyDeletek Kamsiah- cuba lah kak, alah kalau nak guna jantung je pun ok kak
k Paridah- hehehe ye kak rebus dulu kalau tak liat
Azhafizah- biasa dah buat ulam, tu tukar resepi sesekali
kakcik Seroja- itu mmg dah tentu kakcik, buat ulam tuh biasa dah hehehe
ShirVen- sesekali ko tryla masak, buat kerabu ke... rebus tu biasa sangat
k Amie- dana pun boh kunyit kalau masak lemak cili api kak, masak lemak biasa memang dana suka putih gini
Cik Itah- hehehe... itulah lenkali kalau jumaat punya entry jgn tgk time lapar
Tak pernah lagi masak macam ni nanti boleh la cuba...
ReplyDeleteterliur tengok sebab dah lama tak makan jantung pisang dengan pucuk paku. Sedapnya lah
ReplyDeletek SA- cubalah SA, menu simple je selalu dana buat hehehe...
ReplyDeleteFarhana- hehehe ujung minggu nanti tryla, simple tapi sedap
Akak suka jugak jantung pisang ni tapi jarang sanagt masak Dana.... Nanti nak trylahh jugak, tengok Dana masak ni mcm teringin pulak...
ReplyDeleteFuyoooo diet tuuuu
Alolo sedapnya mama x pandai masak Ni tau
ReplyDeletewoww this is sooo kekampungan...mesti sedap, walau tak pernah cuba!
ReplyDelete*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*
ReplyDeleteSy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
Hubungi utk order & pertnyaan:
*En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*