Monday, November 4, 2019

Kenduri Kawin di Jengka 21

As salam semua kawan-kawan,

Minggu lepas, pada cuti deepavali aku ada menghadiri kenduri kahwin adik kepada kawan pejabat di Jengka 21.  Bila bercerita pasal jengka, mesti teringat tempat aku menuntut ilmu dan menjumpai cinta hati. UiTM Jengka.

Cumanya jengka 21 tak melalui pusat bandar jengka, jadi tak dapat lah nak jenguk UiTM tuh.  Kenangan sepanjang duduk di Jengka memang tak dapat aku lupakan, pertama kali dalam hidup aku tinggal jauh dari keluarga. 

Aku suka pergi kenduri kat kampung or felda ni sebab makanan yang dihidangkan selalunya sedap dan jenis masakan kampung. Jarang kita jumpa nasi minyak atau nasi beriani, selalunya nasi putih dan lauk-lauk kampung yang best.  Lepas tu, siap dapat berkat lagi dan goodies yang ada banyak isi. 

Kami gerak lepas sarapan dalam kul 10 gitu dari rumah, langit biru cerah ja

suka tengok awan tu, perjalanan pun clear je walaupun cuti deepavali

acar nenas timun, gulai daging campur dan kurma ayam... gulai daging tu sedap sangat

rempah gulai daging tu memang layan, sampai edy pun puji sedap

masak lemak umbut kelapa, sedap sangat siap aku ratah je

suruh budak ni gambar kat sini, bukti dah sampai kan

dalam kul 1lebih kami pun gerak balik ke kuala lumpur, langit masih lagi cerah

cerah langit biru, tapi sampai area gombak nampak mendung dah sampai rumah hujan sudah
ini goodies yang kami dapat dalam 1 beg, macam-macam betul isi nya

siap dapat berkat lagi, nasi jagung dengan gulai campur kambing

26 comments:

  1. Lama tak pergi kenduri kawin, rindu pulak nak makan nasi minyak..

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa, dah lama tak pergi kenduri orang ni sebab sibuk dengan hal lain.

    ReplyDelete
  3. tp ammi kalau gi kenduri kawin jarang sekali ammi nak amik nasi minyak. Ntahlah kenapa. mesti nak cedok nasi putih jugak

    ReplyDelete
  4. Best sgt kalau kenduri hidang lauk pauk kg..

    ReplyDelete
  5. sedapnye lauk kenduri..
    terasa sampai ke sini.. hihi..

    dulu pernah pegi jengka hntr kakak sy masuk uitm jengka..
    lame sgt dh..

    ReplyDelete
  6. Sis Lin- alah sekarang ni jarang dah orang buat kenduri kawin makan nasi minyak kak hehehe... dana prefer nasi minyak kenduri kat kampung dari kt kl nih

    Co.Typper- ada masa kalau ada jemputan kawin, datanglah dik... sesekali layan makanan kenduri best jgk, sambil layan gelagat manusia

    k Shiela- sama lah, selalu memang prefer nasi putih, kecuali kalau dh takde baru lah terpaksa makan nasi minyak or nasi beriani

    k Kamsiah- itulah, selalu kalau area2 situ memang lauk macamtu kak, best lauk kampung gitu

    Ezy- hehehe itulah, lauk pauk kampung yang rare susah nk jumpa kadang kt bandar, kalau dari terengganu ke jengka memang jauh jugak tu

    ReplyDelete
  7. lama juga tak buat kenduri kahwin nie..

    seingat saya 18 tahun dahulu..

    mudahan tahun 2020 boleh buat kenduri kahwin..

    aamiin

    ReplyDelete
  8. kak ana tak pernah sampai lagi jengka ni DANA, walaupun arwah mertua tinggal di Pahang. Tapi di kuala lipis, kuantan , temerloh dah sampai dah. In Shaa Allah ada rezeki nanti sampai lah kan. Sedap2 nampak menuanya :)

    ReplyDelete
  9. nasi paling sedap semestinya lah nasi kenduri. hehehhehe

    ReplyDelete
  10. mrHanafi- insyallah, moga di permudahkan

    k Ana- takde keperluan kt sana ye tak kak, dana pun kalau takde jemputan memang tak ke sana kak, cuma memori sepanjang 3 tahun duduk di jengka sentiasa dlm ingatan

    k Umi Nazrah- hehehe betul tuh

    AzianKhalil- hehehe dah2 pi lunch sana, nnti masuk angin

    ReplyDelete
  11. WAH DANA PERNAH BLJR DI UITM JENGKA YA...BANDAR JENGKA TU MACAM KG LAMAN JUGA SBB DIKELILINGI KAMPUNG FELDA..KG KAK FELDA UJ

    ReplyDelete
  12. Saya pon suka nasi kenduri dkt kampung..lauk sedap sedap..aishhh..mkan x ingat doniaa klo jumpa..kikiki

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. nyaman lauk nya. yang sebelum pic dak aiyan tu apa yea. if kat sini kita biasa masak buah terap muda camtu, sgt2 sedap 😘😘
    *del komen sebelum ni sebab byk typo 🤣

    ReplyDelete
  15. Rindu pula suasana kenduri kahwin di kampung! Teringat zaman kanak-kanak dan remaja selalu ikut rewang.... harum semerbak aroma masakan yang disediakan!

    ReplyDelete
  16. rare lauk dia. kalau di johor masih lagi ada dapat nasi dan lauk :)

    ReplyDelete
  17. Bila.pergi kenduri...sayur umbut mnjadi pilihan hati sokmo

    ReplyDelete
  18. Uish dekat dah dengan temerloh ni. Bestlah makanan kenduri kalau kt kampung ni kan.

    Followed here #357

    ReplyDelete
  19. k Paridah- aah pernah belajar kat sana pada tahun 2000 hingga 2003 kak

    Iduraz- hehehe tulah, nk tambah banyak kali segan pulak hehehe

    ShirVen- itu umbut kelapa masak lemak, aku punya caption rupanya sama color patut la tak nampak hehehe...

    K Amie- betul kak, kat kampung dana masih lagi ada rewang tu kak, jadi kalau kesempatan best jugak join

    Azhafizah- betul memang rare, kat johor pun kadang macam2 lauk kampung yg best

    cikguZim- betul tu, nak jumpa orang jual kat kedai makan memang susah... time-time kenduri ni bila ada memang layan

    Aiman- memang lalu temerloh sebelum sampai jengka, tapi tak singgah sana pun...

    ReplyDelete
  20. aaa lapar nengok nasi jagung dengan gulai campur kambing tu....

    ReplyDelete
  21. saya paling suka g kenduri. sbb boleh mkn ns minyak kenduri best. ada dendeng daging, ayam masak merah, acar buah..
    dulu masa kecik, bkn main liat kalau mak ajak g kenduri..

    ReplyDelete
  22. uish ada gulai umbut kelapa.. sedap tu.. Jarang kenduri ada gulai ini..

    ReplyDelete
  23. pergikenduri dekat kampung ni best sebab lauk2 nya yang sedap

    ReplyDelete
  24. SUnah- teringat2 lagi kesedapan gulai kambing tuh tau

    Han- hhehe sekarang ni macam2 lauk yang ada pastu banyak majlis kenduri ada macam2 menu

    Sha- tulah pasalnya, tu yang selamba je ratah gitu je

    k Mamapp- kene ke sana, ada taman tema tau kat sana kak...

    k Aryan Azra- betul tu kak, lauk2 dia tu lain dari kt bando, best

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...