Monday, November 11, 2019

TAHNIAH RAYYAN IZZAN

As salam semua kawan-kawan,

Hari ini lambat sikit buat entry, pagi ini ke sekolah untuk menghadiri majlis Anugerah Cemerlang 2019.  Alhamdulillah si budak gendut dapat lagi anugerah cemerlang dalam matapelajaran matematik dan bahasa melayu.  Tahun lepas dia dapat nombor 1 di kelas dan cemerlang matematik tahun ini tambah bahasa melayu pulak.  Syukur , tak sia-sia dia selalu tolong bacakan sarikata kat tv.  

Aiyan dapat ikut pada kategori PPKI bukan aliran perdana ya, PPKI cara pembelajaran nya lebih mudah dibandingkan aliran perdana.  Doa mama papa moga aiyan akan terus cemerlang dalam akademik dan kokurikulum lain. Cuti sekolah nanti kita kena banyak buat latihan untuk bahasa inggeris dan pendidikan islam. Apa pun mama tetap bangga pada aiyan, mama pun masa sekolah dulu tak merasa dapat naik pentas masa anugerah cemerlang tau. 


2 minggu lepas cikgu ada bagi surat beritahu 11hb cuti pada murid yang tak dapat anugerah, ingatkan dia pun tak dapat juga.. khamis lepas baru dapat surat jemputan ini

masa ini dia kene duduk belakang sekali dengan semua murid yang dapat anugerah, dia tak perasan pun papa amik gambar dia
3 orang saja yang dapat untuk murid tahun 2 ppki, 2 orang dari kelas 2B
nampak kan dia tu, sopan je menunggu giliran atas pentas
mesti dia pening nk pegang macamne tu heheheh


tak sempat senyum heheheh.... nasib tak jatuh yang dia pegang

Tahniah Aiyan.... 
moga tahun depan dan akan datang dapat lagi anugerah, janji ada usaha

suruh senyum

majlis awal hari ini, kul 10 lebih kami dah sampai opis


majlis tak abis lagi, tapi dia dah sibuk ke sana sini baik lah kita masuk opis dulu


29 comments:

  1. wahhh , tahniah aiyan . Semoga terus berjaya dunia akhirat .

    ReplyDelete
  2. tahniah rayyan! Comel je selfie dengan ibu dia.

    ReplyDelete
  3. Ezy- mekasih dik

    Firdausi- mekasih

    Suhana- amin, mekasih

    k SA- mekasih

    Farhana- mekasih... hehehhe

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH

    Yer Adik, semuga terus berjaya di dunia dan untuk akhirat,
    Menjadi kebangaan Ibu dan Ayah,

    ReplyDelete
  5. Tahniah...
    ala mama ni jgn la dok panggil aiyan di budak gendut ..

    ReplyDelete
  6. Tahniah rayyan

    Tulisan tahniah bawah pentas pon comel

    ReplyDelete
  7. wahhh Tahniah Rayyan.. bijak sangat kan :) Alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. k Ateh NOur- amin, mekasih kak

    k Kamsiah- heheheh panggilan manja tu kak

    Cik Itah- mekasih

    Akashah- mekasih

    wak WP- heheeh mekasih wak

    k Ana- hheheh mekasih kak

    ReplyDelete
  9. tahniah aiyan..
    semoga tahun depan lagi cemerlang.
    tahniah untuk mama & papanya juga...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah
    Tahniah Ayyan dan buat mama dia jugak ;-)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..tahniah Ayyan si budak comel! :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Tahniah Aiyan. Teruskan kemajuan ye.

    ReplyDelete
  13. alhamdulilah, tahniah aiyan. semoga menjadi anak yang terus berjaya. amin

    ReplyDelete
  14. Tahniah Ayyan.. Semoga terus cemerlang pada masa akan datang..

    ReplyDelete
  15. k Sheila- mekasih kak

    Mar- mekasih

    MRs. A- semua usaha dia kak hehehe... tq

    Mama Tisya- mekasih

    k Nanyfadhly- heheh mekasih kak

    Azhafizah- mekasih fizah

    ShirVen- amin, mekasih

    k IamLZ- amin terima kasih

    ReplyDelete
  16. TAHNIAH AYYAN MOGA TERUS CEMERLANG

    ReplyDelete
  17. Tahniah Ayyan.... aunty tumpang bangga. Usaha kuat kuat lagi, tahun depan bolot semua subjek pulak. Mama sure seronokkan bila anak naik pentas ni

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah tahniah Aiyan. Semoga terus cemerlang dalam pelajaran.

    ReplyDelete
  19. Tahniah aiyan semoga terus cemerlang ye nak

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...