Tuesday, November 5, 2019

JUALAN PENGHABISAN STOK GUDANG PTS BATU CAVES

As salam semua kawan-kawan,

Aku tahu mengenai jualan borong ini di facebook kawan, menarik jugak bila tengok.  Cuma tiada kesempatan dan masa untuk ke sana, sebab dia buka setiap hari kecuali ahad.  Aku lak si edy cuti cuma hari ahad je, mampu tengok jelah.  Tapi tak sangka sabtu minggu lepas edy dapat cuti hari sabtu, lepas sarapan terus lah ajak dia ke sini.  

Menarik jugak, banyak buku bacaan untuk kanak-kanak dan novel remaja, buku motivasi, buku agama, buku latihan dan aktiviti tapi tak berapa banyak buku novel yang serius. Aku banyak beli buku untuk aiyan, untuk aku sendiri adalah aku beli novel seram seketul dan novel penyiasatan.  Sempat lagi kalau korang teringin nak ke sini.

KEDAI BORONG PTS
NO.11, JALAN DBP 3, DOLOMITE BUSINESS PARK
BATU CAVES, SELANGOR
TARIKH : 15 OKTOBER 2019- 15 NOVEMBER 2019
HARI ISNIN- SABTU, 10 PAGI HINGGA 5 PETANG
AHAD TUTUP YA KAWAN-KAWAN


ini lah kedai nya, mudah nak jumpa 

memang banyak buku agama dan motivasi

dia tengok usha buku yang sesuai untuk dia

banyak buku pasal boboyboy kat sini... 

buku yang menarik mata dia, sebab warna warni dan macam-macam bentuk

ada dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris

buku masakan pun ada banyak

novel seram dan penyiasatan... 

aku memang teringin nak beli tapi gambar kulit depan dia tu menyeramkan lah

nak beli yang ini pun tak berani, gambar tu... seram oi 
buku latihan pun ada jugak



26 comments:

  1. Wah pesta membeli belah tu...dh update bloglist dgn puan norhidana ☺

    ReplyDelete
  2. kalau dekat, mau jugak akak pegi. Best pegi time camni, sbb mmg murah!

    tu kalau Dana beli Puaka Pejabat, mau tak berani duduk opis sorang2. Asik terbayang! :D

    ReplyDelete
  3. Best nya banyak buku murah. Tapi jauh nau.

    ReplyDelete
  4. ei bestnyaaa...kenapa la tak tau awal! ri tu kat KL boleh singgah! sobssss

    ReplyDelete
  5. cikguZim- tulah, seronok membeli buku-buku nih, terima kasih masukkan saya dalam bloglist

    k Ujie- tulah kak, jenis yang suka membaca memang suka lah ke sini, tulah puaka pejabat tu sebab gambar dia tu yg tak beli tuh

    Ai- heheheh tulah, masa pun ada seminggu lebih je lagi

    Sunah- heheh akak pun baru tahu minggu lps, itu yang bagitau tu, kot ada yang minat membaca kan... kot ke kl minggu ni sempat lagi Sunah

    ReplyDelete
  6. apesal orang Gombak tak tahu ni bahahah..
    boleh la terjah.tgok bnyk bahan bacaan utk kanak2 je tu..

    ReplyDelete
  7. syoknya ada pesta buka. kalau pergi pesta buku yang terlalu besar, orang sesak sangat. nak memilih buku pun jadi tak selesa. kalau buat kecil2 macam ni ok sikit

    ReplyDelete
  8. k Kamsiah- dana pun suka novel seram tapi tak suka yang kulitnya gambar seram hahahah

    Jepun Mari- hehehe sempat lagi kalau nk ke sana tuh, minggu depan last

    Mar Mansor- hehehhe takpe ada rezeki belah sana pulak

    Han- betul jugak, yang ini simple2 je, tapi takdelah banyak sangat pilihan macam kat pesta buku tu

    ReplyDelete
  9. Wargh!! Bestnya.. Kalau dapat singgah ini memang berjam lah duduk sini..

    ReplyDelete

  10. Dekat rumah akk je ni tp x tau pulak ada jualan ni.

    ReplyDelete
  11. Aduhai... saya ni hantu buku! Kalau dekat memang nak borong habis-habisan!

    ReplyDelete
  12. inilah syurga membeli belah untuk saya..

    buku dan buku.

    alhamdullilah saya dan anak2 juga ulat buku.

    membaca menjadikan kami sama jiwa dan minda

    ReplyDelete
  13. bestnya...jauh pulak kalau nak pergi nih

    ReplyDelete
  14. Sha- untuk peminat buku macam Sha memang wajib pergi, sempat lagi tuh..

    Ibu Lala- sempat lagi kalau nk jenguk kak...

    k Amie- hheheh betul tu kak, kalau peminat buku mesti nk beli, kalau bukan utk diri sendiri untuk anak

    k Mamapp- betul tuh kak, nasib sempat jengah

    wak WP- hhehehhe wak dah teror pasal pokok2, sekarang orang suka yang online je wak... lebih mudah

    mrHanafi- untuk yang minat membaca, memang suka lah dengan offer macamni.

    ReplyDelete
  15. mcm sempat je kalau ammi nak terjah ahad ni. nak cari buku latihan utk anak2 buat during school holidays nanti.

    ReplyDelete
  16. k Aryan Azra- kalau sabtu ni free boleh lagi jengah kak

    k Shiela- ahad ni tutup ammi, sabtu je buka... jgan datang ahad ammi oi

    ReplyDelete
  17. Banyak sungguh bukunya. Kena serbulah kalau peminat buku.

    ReplyDelete
  18. BAGUS DANA RAJIN BELI N BACA BUKU

    ReplyDelete
  19. murahnya. tapi jauh la plak. nak juga beli murah2 macam ni

    ReplyDelete
  20. murah nyer buku2 tu, tapi tu lah tho murah if aku ni, dah jarang sgt baca buku, dok baca skrin kompito dan skrin tepon je 😁😁

    ReplyDelete
  21. belum berkesempatan nak ke jualan gudang pts..sebab jauh takde transport..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...