Assalamualaikum semua,
Akhirnya sampai kita di hari jumaat ye, sangat dinantikan hari ini. hehehehe
Seperti biasalah, hari jumaat adalah hari kongsi resepi mudah. Walaupun dah mula kerja, aku dah mula boleh cari rentak untuk masak mana yang mudah dan rajinkan diri untuk rakam. Resepi ini rasanya ada viral dalam tahun lepas, tapi aku biasalah baru tahun ini mencuba. Resepi ini viral lepas di kongsi di jepun, cuma resepi asal mereka guna kicap dan stok ayam serta ayam kfc original tapi biasalah kita buat ikut kesesuaian tekak.
Ini kali kedua aku masak, kali pertama aku cuma boh ayam goreng, garam dan serbuk nasi goreng je, itu pun sekejapan je habis sampai tak sempat ambil gambar hehehe.
Bahan-bahan:
2 ketul ayam kfc spicy ( guna original pun boleh)
3 cawan beras (dicuci dan toskan)
3 keping cendawan tiram (potong halus)
2 ulas bawang putih( potong dadu)
2 biji bawang merah kecil ( potong dadu)
3 biji cili api (tak perlu potong)
1 sudu kecil serbuk perencah nasi goreng
4 cawan air
sedikit garam
Cara masak:
- Letak beras dalam rice cooker, masukkan cendawan, bawang putih, bawang merah, cili api ,serbuk nasi goreng dan garam gaulkan semua hingga rata
- Masukkan air gaulkan lagi letakkan ayam kfc di bahagian atas beras dan onkan rice cooker.
- Biarkan nasi masak seperti biasa, bila dah masak ambil 2 senduk dan siat-siat ayam tu dan gaulkan dengan nasi dalam rice cooker tu
- Bila dah rata keluarkan dan masukkan dalam 1 mangkuk besar siap untuk di makan.
* Kalau korang tak nak bagi bawang, cili atau cendawan tu boleh je... yang penting ada ayam goreng , garam dan boleh tambah kicap cair sedikit
Bahan utama ya |
Aku curah semua ini dan dan gaulkan rata |
Lepas dah tambah air dan boh ayam atas tu... |
bila dah siap ayam tu jadi lembut tau...bawang, cendawan tu bila dah gaul rata tak perasan pun... sebab si Aiyan makan je semua tanpa komplen jumpa bawang atau apa |
kita carikkan ayam tu dengan senduk lepas tu gaulkan kasi rata |
dah siap, masa masak ni bau dia harum betul sampai si Aiyan dok tanya mama masak apa ni bau sedap |
Kreatif juga guna lebihan ayam KFC buat nasi goreng.
ReplyDeletetak salah mencuba
Deletekeartif dana nampak sedap tu,nanti bolehlah akak cuba sebab kadang2 ayam kfc kalau beli memang akan ada lebih
ReplyDeletehehehe dah lama tengok resepi tu tapi tak terbuat2 je
Deleteini kategori nasi goreng tak berapa nak gorenglah ni.. hahha.
ReplyDeletemcm kalau kita buat nasi goreng guna noxxa pun ginikan. takyah masak nasi..letak beras je
setuju tuh... sedap jugak rasanya ni ammi
DeleteKalau ayam kfc bahagian banyak isi memang selalu tak laku, sesuai la buat masak gini...hehe
ReplyDeletebetul tu kak, jarang sangat yg suka makan bhg dada
Deleteok yang ini menarik.. dah kena dah dengan birthday dak Adik hari ini.. hehehe...
ReplyDeletebuat jgn tak buat kak oi
Deletekreatif kau dana. aku suka jenis masakan camni, takda protol sgt. main msuk2 je. nasi ni pun sudah semestinya sedap
ReplyDeletehahhaha aku kan jenis malas masak, jenis yang shortcut ini aku suka
DeleteBudak2 memang sukakan ayam...dapat bayangkan berseleranya Aiyan makan
ReplyDeletesi Aiyan tak minat ayam goreng tapi bila campur jadi nasi goreng gini dia suka sebab dia peminat nasi goreng
DeleteMudah sangat ini. Senang dimasak pasti sedap dimakan hehehe 😍
ReplyDeletehehehe betul tu, mudah sangat untuk disediakan
DeleteAyam kfc bahagian isi memang selalu tak laku kat rumah ni, bolehlah cuba resepi kak dana lepas ni hehehe
ReplyDeletesamalah, hujung-hujung kita jugak yang kene habiskan
Deletewow..guna ayam kfc..menariklah cara dana ni..guna rice cooker je..
ReplyDeleteermm..akan dicuba nnt..tq dana :)
betul tu, kadang bila beli bahagian dada tu selalu memang tak laku sangat kan
Deletesedapnyaaaa! xla membazir kalo ayam kfc xabis.. hihi
ReplyDeleteya betul tuh
Deletenasib baik saya bukan pengemar nasi goreng...
ReplyDeletedulu memang ya..
saya cukup suka
ohhh baguslah... sedang berdiet ye
Deleteberbagai bonus besar menanti di IONQQ
ReplyDeleteayo di tunggu apa lagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ
WA: +855 1537 3217
NASI GORENG SEGERA SEDAP NAMPAKNYA
ReplyDeleteheheheh betul tu kak, segera janji perut kenyang
DeleteWah sedap ini, kak ...
ReplyDeleteBaru kali ini lihat nasi goreng dengan daging ayam kfc.
Terimakasih ide kerennya ya.
Salam dari Indonesia.
selamat mencuba ya
DeleteTak tahu pulak resepi viral ni. Unik cara penyediaannya. aroma bau ayam goreng KFC tu buat rasa macam tak sabar nak makan.
ReplyDeletepernah la viral tahun lepas di you tube heheheh...
DeleteWah menarik...nak kena cuba jugak resepi nasi goreng kfc ni..
ReplyDeletecuba jangan tak cuba., nk buat pun mudah
Deleteaah kan ayam kfc tak habis tu boleh buat nasi goreng. mesti sedap :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletetulah sedap masa tengah masak pun dah menggoda bau nya
Deletesetuju sangat kak .... memang pun selalu tak laku bahagian dada tu
ReplyDeleteSenang dan mudah je.. sedap pula tu..
ReplyDeletebetul tu kak
Deletepelik jugak cara buat dia tu, tapi hasilnya sedap hingga memukau seketul aiyan...apa lagi, kena cuba ni!
ReplyDeletecuba buat sikit dulu sunah... mana tau kena dengan tekak
DeleteRasa dia macam KFC rice bowl tak?
ReplyDeletetakla sangat... kalau nak rasa macam itu kene boh stok ayam atau gunakan air rebusan ayam
DeleteHALO
ReplyDeleteJika Anda seorang pebisnis / wanita atau pegawai pemerintah, dan Anda ingin mandiri secara finansial dan mengembangkan bisnis Anda, inilah kesempatan Anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan pendek, proses kami sangat sederhana dan mudah semua. dapat melamar, Anda tidak boleh terus menjadi tanggung jawab keuangan kepada siapa pun, hari ini Anda dapat memutuskan untuk memiliki kebebasan finansial Anda sendiri dan kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga Anda, kami sangat bersedia memberikan pinjaman pilihan Anda, terlepas dari jumlah yang Anda butuhkan, kami akan menyediakannya untuk Anda. Jangan duduk diam melihat orang lain membuat kemajuan finansial, jika Anda ingin pinjaman ditambahkan ke modal Anda atau memulai bisnis Anda sendiri, ini adalah kesempatan Anda untuk menghubungi kami hari ini.
Perusahaan: CREDIT FINANCIAL GROUP
Email: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
WHATSAPP> +447480724786
MCM ni KFC xboleh nk Cari makan ni..dah Ada menu baru
ReplyDelete