Monday, August 10, 2020

BONGKAH CENDAWAN KU

Assalamualaikum semua,

Khamis lepas aku ada tayang pasal bongkah cendawan ini kan. Aku beli kat shopee je, aku beli 2 jenis cendawan kali ini. Cendawan tiram putih dan kelabu 1 bongkah tu harga dalam RM2.00 je. Bongkah cendawan ini dah sampai sehari sebelum aku balik kampung lagi, jadi 5 hari jugak lah dia terperap sebelum di buka penutupnya tu. 

Sebelum-sebelum ini dah 2 kali aku pernah tanam cendawan sendiri, cuma masa tu cuma cendawan tiram kelabu. Kali ini kita cuba yang putih juga. Jom kita tengok perkembangan cendawan-cendawan ini. Cendawan kelabu masih lagi belum keluar, sebab hari itu aku baru bersihkan mulut botolnya tu. Ambil masa beberapa hari untuk dia munculkan diri.

sebelum kita buka penutupnya... 


ini selepas 4 hari cendawan tiram putih keluar dah... 8/8/20

tapi yang kelabu masih belum keluar lagi... 


esok nya dah besar gini, 9/8/20... hujung minggu kan dapat lah sembur air banyak kali sikit

geram betul tengok, tak sabar nak petik dah ni


10/8/20, pagi tadi sebelum pergi kerja sembur dulu bongkah ini dan sempat ambil gambar, petang ini boleh dah tuai ni... 
 

22 comments:

  1. Macam senang hendak jaga. Cuma sembur air sahaja kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang kak, sembur dengan air je, lepas dah tuai biarkan untuk 3-4hari pastu dia akan keluar cendawan semula

      Delete
  2. Wah! Lepas ni puaslah makan cendawan. Boleh buat sayur. Boleh goreng. Boleh buat cekodok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, jangan sampai tak termakan udahla

      Delete
  3. Buat masak lomak cili api sodap ni yum yum

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tengah mikir nak buat masak apa lah tu

      Delete
  4. Rajinnya dana.. berbaloi ek. puas makan sendiri.

    ReplyDelete
  5. Cepatnya dia membesar. Harga pun murah. berbaloi tu kak dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.... mudah nak dijaga kalau susah tobat akak takmo bela

      Delete
  6. 3 bongkah je dah banyak gini.. Untung la..

    Boleh buat bisnes cendawan goreng ni Dana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kih2 ini sekali goreng je habis dah kak, tak dan nak jual buat makan sendiri je... tapi tak tau lah kalau nanti dh bosan

      Delete
  7. Replies
    1. eheheh itulah wak, murah sebongkah itu yang gatal membeli

      Delete
  8. eee seronoknya tengok dia merimbun camtuuu!

    ReplyDelete
  9. Dana!!!! geram nya akak tengok. Cantik merimbun semuanya. Nanti sila share hasil tuaian dan juga masakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha boleh kak, kita pun hari2 belek...geram

      Delete
  10. Wah.. bestnya.. Kutip hasil je.. Tak yah nak membeli di kedai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang membeli bongkah tu, maklum dengan shopee murah je dapat

      Delete
  11. Bestnya... nak try beli jugak

    ReplyDelete
  12. rajin dana..pastu buat ape semua menjadi..best juga tuai cendawan ni..shida nk cuba lah..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...