Wednesday, August 5, 2020

MENU SEBELUM BALIK BANDAR



Assalamualaikum semua,

Pagi ini aku ada lambat masuk pejabat, ada temujanji jantung Aiyan kat HKL. Dah sampai kat hospital baru tahu seorang penjaga je boleh masuk dengan Aiyan, jadi aku suruh Edy la yang masuk. Dia lagi banyak sabar dan mudah kalau nak urus Aiyan, jadi aku tunggu lah kat luar. Bila panas, lama sangat berdiri tunggu dalam kereta lah. 

Balik kampung, baik johor atau kerteh memang kerjanya makan je. Kami balik ke bandar pada ahad pagi, sebab konon nya takut isnin jem tapi rupanya ahad tulah yang jem sampai 11 jam... hambik.

PUlut dengan kelapa... sedap

Telur itik masak lemak 

Cantik je kejadian mak mertua ku masak

sedap bak hang, aku ratah gitu je 

Sup tulang, pun pagi2 dia dah masakkan kot nak makan sebelum gerak


31 comments:

  1. alhamdulillah ri tu ahad balik dari KL pagi ke JB, tak jammed...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari selatan ke kl smooth je akak nengok tapi pantai timur menangis

      Delete
  2. fevret kalo time raya aji ni mmg sup tulang hehe..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya pulut tu Dana.. Gulai telur tu pun best..
    Semualah best..
    Kali ini memang jem teruk di mana-mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kali ni jem nya memang menangis lah... tapi tulah hadap jelah

      Delete
  4. Nasib baik makan berat-berat sebelum bertolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun time petang ke malam tu lapar perut, masuk angin

      Delete
  5. semoga ayyan baik2 sahaja, Dana. Aamiin. Kak ana pun kalau balik kampung masak makan sesaja lah aktivitinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kakk kalau balik kampung memang keje kan makan je

      Delete
  6. Lauk telur dengan sup tulang tu nampak sedapnyaaaa

    Baguslah makan berat2 sebelum bertolak. Tak la lapar sangat dalam perjalanan kan.. tapi.. teruk betul jamm nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, tapi petang dan malam tu berkeroncong jugak perut... memang tobat lahum lah jem dia tau

      Delete
  7. sup tulang tu yang paling sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, layan je sup tulang tu... hirup kuah je pun dah best

      Delete
  8. lawa pulak warna gulai telur itik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sebab mil masak tu guna cili kering... bukan macam masak lemak cili api biasa tu

      Delete
  9. Menu kelantan dgn terenganu ada persamaannya kan dana..mcm telur itik masak kuning tu

    ReplyDelete
  10. Moga sentiasa dipermudahkan urusan Ayyan.
    Sedapnyalah pulut dengan kelapa! Gulai itik itu pun mengancam selera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin, terima kasih kak... itulah tiap kali balik kampung memang pulut tu wajib ada

      Delete
  11. Sedap2 menunya.
    Mudah2an Ayyan sihat walafiat adanya

    ReplyDelete
  12. PULUT TANAK GAUL KELAPA LAUK IKAN KERING SEDAP TU

    ReplyDelete
  13. betul tu dana...kalau kata balik kg...mmg jadi hari makan2 sedonia laaaa....eii masakkan mak2 kan..rugi woo tak mkn betul2 ..... dah le dpt balik bukan selalu.....

    aku gerak dari malaka pun jem dana oiii...tak ikut highway sbb tgk keadaan sesak sgt...kami ikut jalan bawah jek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sebab masa mula clear tengah jalan lak baru jem, nak lalu jln lama dah malam laki aku tak biasa

      Delete
  14. daging korban ka tu? kami tak dapat tulang pun tahun ni. tahun lepas2 dapat jugak. kali ni dapat daging je.. Alahmdulillah..ada juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah daging korban, pastu tulang ada sikit sebab fil tolong orang lapah sekali

      Delete
  15. Betul kak, balik kampung memana pun keje makan tak pernah stop. hihi.

    ReplyDelete
  16. layan dana sup tulang :)
    menu shida harini..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...