Thursday, August 27, 2020

PHOTO DIARY #24/2020 VERSI MANIK DAN MAKANAN

Asaalamualaikum semua,

Selamat hari khamis semua ya kawan-kawan,
Geram pulak pagi- pagi tadi dah taip entry dia punya segala karangan tup-tup hilang lak. Kene taip semula pulak lah.

Maaf ya kawan-kawan sekarang banyak gambar pasal manik dan extender je dalam blog ini. Jom kita tengok cerita bergambar.

workstation menjahit aku, depan tv sambil tengok tv kalau tak bosan aih, nasibla aku takde anak kecil lagi kalau tidak nangis oooo

cara aku packaging extender  untuk pelanggan... 
packaging begini lebih mudah kan... kemas bagi aku

Butang baru... bunga daisy
burung hantu pun ada tau



isnin baru ni, kawan pejabat ajak potluck nasi kerabu.. aku bawak telur masin dan keropok goreng je yang lain kawan kelantan yang buat

memang sedap, cukup rasa semuanya

minggu lepas beli otak-otak dengan kawan pejabat sebelah, 50 keping rm35

petang tu terus bakar.... 

isi dia besar, sedap puas makan

support kawan yang jadi agent mamasab, 2 belakang tu coklat dan red velvet tu sedap tapi 2 depan tu bagi aku manis sangat kek pulak agak kering... heheheh 1 kotak ini harga rm40 kira ok lah harga kan

tart makngah, tinggal 6 biji tunjuk kat orang yang buat... kakaknya makan biskut dia buat

dah lama sangata tak minum air cincau, puasa baru ni tak merasa minum air cincau... ini kalau ada air soya dan ais lagi terangkat eheheh

23 comments:

  1. slmt pg dana, cantikk butang2 ni
    respect org2 tangan2 seni jahitan ni, sb bukan mudah nk main jarum benang manik2 halus tu.
    akak memang ke laut bab ni he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaahah dana ni takdelah bertangan seni sangat kak, cuma dulu-dulu pernah la berkecimpung dalam dunia memanik ni

      Delete
  2. lama dah ammi tak minum cincau..eh pendek kata segala air tinlah kecuali dari keluarga kopi.

    dana..takde ke rasa nak custom made tali tag (yg kita selalu pakai kat leher letak tag kita tu)?? ehhhhhh saje je tanya...huhuhu. kalau ada nak order ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh ammi nak macamne tu kot lah boleh buatkan tali tag tu... nak boh manik2 ke boh nama ammik ke heheh, kalau ada permintaan boleh cuba

      Delete
  3. klau dekat nak juga beli extended tu, beli asyik hilang x pun putus.

    ReplyDelete
  4. Mamasab ni memang tengah up sekarang kan, ada akak sini jadi agent, sales dia 300K..ternganga saya tengok dia naik pentas dapat anugerah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tapi tak semua kek dia sedap... di tekak akak la hehehhe

      Delete
  5. sedap2nya makanan.

    Sabar je la tekak...

    hahahah

    ReplyDelete
  6. tgk makanan memalam ni..tiba2 tekak teringin nk mkn hahaaa..sabor jela nafsu mkn nih ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. lenkali tengok lps dinner atau lunch je kang terliur naya hehhehe

      Delete
  7. Sedapnya nasi kerabu
    tak dan tunggu hari rabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah rabu wak, setiap hari pun boleh ke-rabu hehehehe

      Delete
  8. sampai ke blog dana mesti ada je gambar makanan. terus jd lapar. BTW, nasi kerabu biru lagi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan tu tak jumpa bunga telang, itu yang putih pun jadilah cikgu

      Delete
  9. comel pulak tengok burung hantu tu

    ReplyDelete
  10. permainan poker dengan pelayanan CS yang ramah dan terbaik hanya di IONQQ :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  11. Nasi kerabu.sedapnya. Alhamdulillah, murah rezeki kak dana. comel comel mask extender tu.

    ReplyDelete
  12. Dana.. cantiklah mask extender tu.. Kreatif sangat Dana nie lah..

    ReplyDelete
  13. Banyaknya manik.... rajin... manik mama yan entah ke mana dah...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...