Friday, August 14, 2020

RESEPI TELUR DADAR DARI TELUR MASIN

 Assalamualaikum semua,

Hari ini dapatlah kita kongsikan semula resepi ya, kali ini resepi yang ringkas dan mudah je. Menu telur dadar tapi guna telur masin dan telur biasa

Bahan-bahan:

2 biji telur biasa

2 biji telur masin ( hancurkan telur kuningnya)

1 pokok daun bawang, potong nipis

2 ulas bawang putih, cincang

2 biji bawang merah kecil, cincang

1 sudu besar minyak


Cara masak:

- Masukkan semua bahan dalam 1 bekas besar dan pukul hingga sebati

- Gorengkan dalam kuali dengan api kecil hingga masak

- Siap

*Lainkali sila hancurkan telur kuning telur masin, aku malas jadi tak serata rasa lemak nya tu.


ini bahan utama ya, jangan boh garam yek

gini lah rupanya bila kita dah campurkan semua

yang merah-merah itu kuning telur masin tau bukan cili heheheh... itulah malas nk hancurkan
itu nampak tak sekata... salah sendiri


bau dia harum, si Aiyan asyik dok tanya mama masak apa tu

siap sudah... telur dadar kita


51 comments:

  1. Thanks for sharing Dana ohhh sedap ni..

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah Dana thanks kongsi resepi nih!
    Nanti Mrs. A nak buat jugakkkk.... tak pernah terfikir pun hahaahhaa...
    Wah!!! mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. almaklum kat rumah ada banyak telur masin, itu yang buat

      Delete
  3. wahhh.. sedapnya! Tak pernah terfikir nak guna telur masin

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa rebus je kali ini buat cara lain sikit

      Delete
  4. tak pernah buat telur dadar dari telur asin...mesti sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene cuba nanti kak, sedap lemak tang kuning dia tu lain

      Delete
  5. Wah...boleh try ni. Pelbagaikan menu.
    Thanks sharing Dana!

    ReplyDelete
  6. Waaahh resepi baru ni...biasa kalau rebus akak mkn bhg kuningnya ja...kalau dicampur mcm ni boleh la makan kesemuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak, buat gini semua boleh makan tak masin sangat pun iya

      Delete
  7. Dana ni memang rajin and suka mencuba juga! keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe dana memang suka masak gini kak, try n error

      Delete
  8. setiap minggu ada je resepi baharu. keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada resepi kita kongsi supaya orang lain boleh cuba

      Delete
  9. Nampak warna-warni. Unik juga guna kuning telur masin.

    ReplyDelete
  10. Terus terasa lapar masuk sini hehehe.. Nampak sedap sangat tu Dana..

    ReplyDelete
  11. wahhh rare nii dana kena cuba nanti ni macam sedap je :)

    ReplyDelete
  12. Menarik..sbb biasa telur masin mmg rebus xpernah lgi goreng

    ReplyDelete
  13. Uniknya! Telur dadar beremu telur masin!
    Idea yang sungguh kreatif. Nakcuba juga akalau ada kedua-dua jenis telur ini nanti. Tq for sharing ye Dana.

    ReplyDelete
  14. tiba2 teringin makan telur dadar hehe

    ReplyDelete
  15. Wow....nampak sedap sangat...terus terbayang2 kelemakan telur masin tu berpadu dengan telur ayam

    ReplyDelete
  16. tak pernah pula aku terfikir nak buat camni. simple tapi nampak sgt menyelerakan

    ReplyDelete
  17. good idea..boleh tukar2 telur gitu hehee :)

    ReplyDelete
  18. Boleh cuba ni..tak pernah makan lagi sblm ni..

    ReplyDelete
  19. Resepi baru
    Boleh cuba ni Dana he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul tu kak, sedap lemak kuning telur masin tu

      Delete
  20. waaaa nice idea...boleh buat jadi video tiktok kalau masak ni..hahahahha

    ReplyDelete
  21. Wahh tak pernah lagi buat telur dadar guna telur masin.. rasa terliur pulak.. thanks for the idea dana!

    ReplyDelete
  22. Ayo bergabung di IONQQ dan nikmati deposit/withdraw yang cepat tanpa harus menunggu lama
    IONQQ menyedikaan bonus rollingan 0.3% dan referral 20%
    Ayo segera bergabung bersma kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...