Friday, August 21, 2020

RESEPI SAMBAL SOTONG KEMBANG

Assalamualaikum semua,

Salam maal hijrah semua ya , selamat tahun baru ke 1442 hijrah semua kawan-kawan. Ada yang balik kampung atau bercuti ke sempena cuti maal hirjah dan cuti sekolah ni? Kami tak ke mana, kerja je macam biasa.

Hari ini aku nak kongsi resepi mudah dan ringkas untuk semua. Aku suka sotong kembang ini, atau aku panggil sotong plastik hehehehe. Selama ini aku tak reti nak masak dia, tapi lepas aku dah tanya mak, dan google resepi kita cubalah dan menjadi, itu yang kongsi dengan korang.

Bahan-bahan:

3 ekor sotong kembang ( potong sedang)
5 biji bawang merah besar- kisar
1 labu bawang putih- kisar
1 genggam bilis- kisar
sedikit udang kering- kisar ( kalau takde pun takpe)
1 helai daun pandan( potong)
1 keping gula melaka
2 plastik sedang cili boh atau 1 plastik besar cili boh
5 sudu minyak masak
1 sudu besar asam jawa
Garam dan gula

Cara masak:

- Masukkan dulu daun panas dalam minyak panas lepastu baru masukkan bahan-bahan kisar. Masakkan bahan kisar untuk 5 minat baru masukkan cili bohnya gaulkan sekata dan tutupkan dengan penutup masakkan hingga naik minyak dan kering air bawang.
- Bila dah naik minyak dan kering air nya kita masukkan sotong kembang dan gula melaka, gaulkan rata dah tutupkan lagi dengan penutup hingga nampak sotong mengecut, masakkan untuk 15 ke 20 minit dengan api sedang supaya meresap perasa dalam sotong tu.
- Masukkan asam jawa dan garam akhir sekali, rasa kalau kurang manis boleh tambahkan sedikit gula dan boleh matikan api.


ini bahan utama nya

aku suka boh daun pandan bau dia jadi sedap


aku memang akan masak sambal gini banyak lepastu simpan dalam peti beku, bila-bila nak nasi lemak boleh panaskan je

aku tak suka terpercik-percik kat belakang tu, sebab tu aku akan tutup dan guna api sedang

sotong ini nampak banyak tapi bila dah masak kecut semua tau


sementara tunggu nak masak ni, minyak yang banyak tu nanti buang lah ye... 

gini lah rupa sambal sotong kembang

menu masak nih memang banyak dari pagi bawak ke tengahari... kadang lajak ke malam heheheh

39 comments:

  1. Sambal sotong ni kalau mak ai masak.. rasa nak habiskan 1 kuali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... sedap mengunyah sotong tu kan, kenyal-kenyal gitu, dulu akak tak reti sangat masak, sekarang dah tahu itu confident sikit

      Delete
  2. Tidak pernah masak sotong kembang ini. Mak pun tidak pernah guna sotong ini
    Hehe satu hari harap-harap dapat cuba buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak dana pun jarang buat, tapi itulah bila laki dah belikan... kita cuba lah masak sesedap yg boleh konon nye hehehe

      Delete
  3. nampak sedap pulak..tiba2 teringin makan sotong lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sila beli sotong dan buat sambal hehehe

      Delete
  4. memang terangkat sambal sotong kembang dengan nasi lemak... akk kena kawal mkan sotong sebab elergik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, teringin sesekali boleh la klau selalu2 tak berani jugak

      Delete
  5. wahh., nasi lemak sotong sambal kembang mesti sedap nih., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah sebutnya tu wak, sambal sotong kembang...

      Delete
  6. wahh sedap ni dana, dulu murah ni rm10 tu 3 ekor. skrg dah dlm rm25/kg.
    selalu ada kat rojak sotong, sedap sesgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. laki aku kata aritu sekilo masih belas-belas ringgit rasanya, itu yang dia lupa diri beli sampai 3 ekor

      Delete
  7. mesti sedap dana masak :)

    shida dan husben xmkn sotong kembg..lg2 shida..
    alergik seafood huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa-biasa je nak kata sedap tu boleh la sikit-sikit nak menjual jauh lagi heheheh

      Delete
  8. sedap tu dimakan dgn nasi lemak. di pasar basah susah jumpa benda ni. kena gi tesco atau giant baru jumpa.

    ReplyDelete
  9. Sambal sotong kembang sedap makan dengan nasi lemak..

    ReplyDelete
  10. Pandai masak dana ni..Tak nak berniaga benda makan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak biasa-biasa bolehla kak, nak niaga takut tak sedap pulak kat orang... segan

      Delete
  11. sotong ni murah sikit dari sotong gemuk tu kn dana...ummi suke yg ni kalau makan nasi lemak..sdap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sotong ni murah sikit kak... sotong gemuk tu mahal sebab fresh

      Delete
  12. Sedapnya dana...akak tak pernah beli sotong kembang ni,cuma beli yg dh masak ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh ook jugak tu kak, cuma sotong ni nak masak kene lama sikit

      Delete
  13. Selamat tahun baru Kak Dana. Samalah masak sotong, tapi saya masak balado saja. hehe

    ReplyDelete
  14. Salam kak. Blogwalking here. Done follow blog akak. Wah, sedap lauk sotong kat atas. Kalau guna sotong putih okk juga kan kak. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih follow, boleh je masak sotong putih cuma tak perlu masak lama...

      Delete
  15. Masyaallah sedapnya! Terbau2 kat hidung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe jauh dia merantau sampai bau hingga ke sana

      Delete
  16. sedapnyeeeeee..peberet kita juga nihhhh.

    ReplyDelete
  17. Cik TK suka makan sotong kembang ni tapi tak pernah masak lagi sotong kembang

    ReplyDelete
  18. Lama tak makan sambal sotong kembang ni. Tak pernah lagi masak sendiri. Biasa beli kat kedai orang jual nasi lemak je. Boleh lah kot cuba resepi akak ni nanti.

    ReplyDelete
  19. Hadoi.. hadoi.. Mengancam sungguh sambal Dana..
    Akak jarang makan sotong kembang tapi tengok gambar dana nie terus rasa macam nak cuba..

    ReplyDelete
  20. IONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
    ayo segera bergabung bersama kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  21. HALO


    Jika Anda seorang pebisnis / wanita atau pegawai pemerintah, dan Anda ingin mandiri secara finansial dan mengembangkan bisnis Anda, inilah kesempatan Anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan pendek, proses kami sangat sederhana dan mudah semua. dapat melamar, Anda tidak boleh terus menjadi tanggung jawab keuangan kepada siapa pun, hari ini Anda dapat memutuskan untuk memiliki kebebasan finansial Anda sendiri dan kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga Anda, kami sangat bersedia memberikan pinjaman pilihan Anda, terlepas dari jumlah yang Anda butuhkan, kami akan menyediakannya untuk Anda. Jangan duduk diam melihat orang lain membuat kemajuan finansial, jika Anda ingin pinjaman ditambahkan ke modal Anda atau memulai bisnis Anda sendiri, ini adalah kesempatan Anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Perusahaan: CREDIT FINANCIAL GROUP
    Email: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    WHATSAPP> +447480724786

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...