Salam jumaat.... seronok riang ria betul rasanya sebab esok lusa boleh rehat2 cuti kt rumah. Bahagia ko, pagi2 rilex2 kt rumah kadang kul 10 pagi baru mandi hahahha... yelah hari2 kul 5 pagi ko dh bangun siap2 kul 6 lebih dh gerak pi opis, sampai umah petang dh.
Alamak terbebel lak... jom aku share ngn korang resepi sambal tahun, aku pun baru 1sti time cuba , sbb jawa johor jarang ada masak sambal tahun ni. Kwn2 jawa area selangor yg selalu masak resepi nih. Tp bila dh cuba sekali, eh jatuh cinta ko... edy pun kata sedap
Kat resepi yg aku google best juga guna kulit lembut, babat, hempedal atau udang. Itu lain kali kene cuba...
Tengok kak Amie masak la ni, sbb tgk bahan2 macam mudah
Bahan-bahan:
1kg kerang - rebus dan buang kulit
5 ulas bwg putih dan 2 biji bwg besar kisar (kalau takde bwg kisar ni pun ok je)
5 ulas bwg putih hiris nipis
10 ke 15 biji bwg merah kecil hiris nipis
segenggam bilis
3 inci lengkuas muda hiris halus ( sepatutnya guna banyak lengkuas tp, dh ada ini je kt rumah halal lah)
30 ke 50 biji cili api kampung
1 sudu kecil asam jawa
1 1/2 kotak kecil santan kelapa
gula dan garam untuk perisa
Cara masak:
-Tumiskan bawang blend tu hingga naik minyak
- Masukkan bawang yg kita hiris, bilis dan lengkuas muda hingga layu
- Masukkan cili api, asam jawa dan kerang, gaul hingga rata
- masukkan santan dan tambahkan secawan air, perisakan dengan gula garam
- siap sudah
ini bahan2 utama |
tumiskan bahan2 hingga layu semua ni |
asam jawa jangan lupa, aku biasa pakai paste asam jawa adabi |
kerang aku suka masukkan dekat2 last, sbb nya kerang kecik2 tkt hancur |
masukkan santan dan tambah air ye jgn lupa |
biarkan mendidih kejap pastu baru matikan |
gini lah rupa nya, dia punya bau lengkuas tu semerbak betul... |
bg aku sedap, esoknya aku panaskan bg maktek rasa dia pun kata sedap |
Alahai. sedapnya. dah lama x makan kerang
ReplyDeleteDanaaaaa!!! ngences akak dibuatnya. Akak tak pernah nak amik tahu pun resepi sambal taun ni. Makan jer pandai..hahah. Sebab dalam rumah ni, akak sorang jer pandai makan sambal taun. Kalau balik kampung kat Perak. Ramai lah sket yang makan. Kerang tuhhh...nampak segar bugar.
ReplyDeleteOo memang nama dia sambal tahun .. ingatkan sambal merah rupanya warnanya putih.. menarik ni boleh cuba next week.. beli kerang siap kopek terus ^^
ReplyDeleteTengkubutang- sedap, tp gigih nk msk kerang tu
ReplyDeletek NanyFadhly- hehehe cubalah kak, tp tulah sambal ni pds kan bdk mana la nk suka sgt...
Syaza- sambal tahun warna putih sbb ada santan dik
tengok menu dan cara masakan sudah tahu sedap nie...
ReplyDeleteterbaik la
WOW MMG MAVLES NI
ReplyDeleteKecuq ayaq liuq ni...nampak sedap pula. Boleh la dah ada idea nak makan apa lunch esok. haha...Saya penggemar gila kerang..
ReplyDeletefavourite saya ni menu ni. Nanti nak cuba la resipi sis ni. TQ ya sebab share =))
ReplyDeleteowhh pestime tengok sambal tahun...pestimeee tengok sambal tak kaler merah, hitam or ijo!
ReplyDeleteGulp! meleleh air liur tengok gambar je pun huhuhu...
ReplyDeleteNyaman! Terus rasa nak makan kerang. Hahahaa
ReplyDeletetak pernah jumpa plak orang jawa segamat masak ni...hihihi
ReplyDeleteSedapnya nampak kak Dana. Nanti nak try lah resepi akak ni, selalu buat masak sambal aje.
ReplyDeletePOS sini sikit Dana oii
ReplyDeletewah...
ReplyDeletetak pernah jumpa.
tak pernah makan.
tapi nampak ada cili padi, kerang,... surely sedap menyengat nih!
ohsem. rare. @norlela simat
ReplyDelete