Friday, July 5, 2019

resepi mee goreng Numee gardenia

as salam semua kwn2,

salam jumaat, mcm biasa hari ni kita akan kongsi resepi ye kwn2... resepi yg mudah dan ringkas ye kwn2

Korang pernah try belum Numee dari gardenia nih? aku dh cuba harga pun murah... mee dia bagi aku ok, cuma dia agak berminyak sikit.  Kebetulan aritu aku nk masak mee nih tp takde apa2 lauk kecuali telur, kira mcm mee grg vegetarian gitu heheheh

Bahan-bahan:

1 paket numee - basuh dengan air dan toskan
3-4 ulas bwg putih - kisar
2 biji bwg besar - kisar
1 paket paste mee goreng adabi
2 sudu besar kicap lemak manis jalen
2 keping tauhu yg telah di goreng- potong dadu
2 biji tomato- potong nipis
2 biji telur
segenggam tauge

Cara masak:
- Tumiskan bahan2 kisar hingga kering dan naik minyak
- masukkn paste mee goreng adabi gaul rata dan masukkan tomato dan tauhu
- masukkan mee dan kicap gaul hingga rata dan sebati semuanya
- masukkan 2 biji telur, dan akhir sekali masukkan tauge dan boleh tutup api...
- siap


ini lah mee nya... 

walaupun sedikit berminyak tp bila dh basuh dia ok

perencah ini di gunakan di kala malas hehhee... 

tauge mmg aku suka yg jenis mcm ni, masukkan gaul2 n terus matikan api

lawankan dengan keropok goreng... semua on

14 comments:

  1. kita tak cuba lagi numee gardenia ni..belum berkesempatan...nanti nak try jugak lah

    ReplyDelete
  2. tak pernah jumpa pun lagi kat kedai...

    ReplyDelete
  3. Belum try Dana.... hari tu masa pi kedai Aceh tu ada nampak mee ni tp tak pulak beli sebab lum nak menggoreng mee...masa nak masak mee hari tu pegi NSK tak de pulak jual brand ni ...
    Kat rumah ada 2 bungkus mee tu Dana tingin nak makan mee tapi malas hahahaha

    ReplyDelete
  4. Husband ada bagitau pasal mee gardenia ni tapi bila nak beli je habis 😂😂😂 laku betul

    ReplyDelete
  5. GARDENIA ADA MEE PULA BOLEH CUBA NI

    ReplyDelete
  6. Belum pernah cuba mee brand ni.
    Nampak sedap mee gorengnya.

    ReplyDelete
  7. Sunah- cuba jgn tak cuba hehehe

    AzianKhalil- kadang kt kedai aceh atau kedai runcit yg ada jual roti gardenia dia pun ada

    k Hainom- nsk atau giant dana tak pernah jumpa lg kak, kedai aceh atau runcit yg ada...

    Syaza- sbb harganya murah pun iya jgk

    k Paridah- aah kak, baru lagi nih

    wak WP- ye, kalau ke kedai runcit tu cuba usha2 wak... kalau ada jual roti gardenia, kdg mee ni pun ada

    ReplyDelete
  8. Ada jumpa kat eraman shop klia aritok masa nak balik swk. Dh pegang nak beli tpi belek2 eh cam mee kuning je tak jadi sbb sini byk ,ee camni. Sedap digoreng or buat mee jawa

    ReplyDelete
  9. fuhhh mengancam!!! Sama la suka taugeh rapuh macam tu

    ReplyDelete
  10. nmpk sedap sgt tu!! sis belum pernah cuba lg mee jenama ni... x sure ada ke tak kat area umah ni..

    ReplyDelete
  11. Shirven- hheheh rasa lbh kurang sama jgk mcm mee kuning lain

    Farhana- geng taugeh la kita ye heheheh

    Siti Awadah- kadang kt kedai2 runcit yg ada roti gardenia, dia ada jgk.. kt pasaraya yg ssh jumpa

    ReplyDelete
  12. Perasan tak yang mee ni kena beli time tu dan time tu jugak kena masak..kalau simpan dalam fridge dia jari kering dan berderai..

    ReplyDelete
  13. rasanya mi ni keras sikit dari mi biasa. saya dah try. tp ok ja.

    ReplyDelete
  14. Ros tak pernah cuba lagi jenama ni. Hari tu, ada nampak juga di kedai. Cuma masa tu tak plan nak masak mee, itu yang tak beli. Bolehlah pilih jenama ni next time :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...