As salam semua kwn2,
Disebabkan semalam aku tak buat entry, harini aku belanja 1 lg resepi mudah yg aku buat baru2 nih. Insyallah esok aku nk balik johor, tak plan pun nk balik kg tp maktek ajak, beria2 ajak dah tanya edy, dia bagi je balik... kita balik la. So, tkt isnin tu takde entry so kita bg extra lah arini yek.
Kisahnya baru2 ni aku ada beli isi durian kt kwn opis aku, tak banyak dalam 2 bks je, lps tu teringat tepung pulut yg ada separuh lg tu yg try buat tu. Aku masak guna rice cooker je, mudah sbb tak perlu rush2, tak perlu rasa pns time nk masukkan candil tu. Org kalau malas ni dia mmg kreatif hehehe
Bahan2 nya
Candil (A)
5-6 ulas isi durian ( nk lebih pun boleh)
2 cawan tepung pulut
sedikit garam
sedikit air
Kuahnya (B)
2 liter air
2 ketul nise @ gula melaka
2 helai daun pandan
1 kotak kecil santan
sedikit garam
Cara masak:
- Dalam periuk nasi kecil masukkan air, gula nise@ gula melaka dan daun pandan, masakkan hingga gula cair
- Sementara gula cair kita buat candil nya, gaulkan semua bahan2... masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tepung tak melekat pd tangan dan bulat2kan
- Bila air gula dah mendidih masukkan candil yg kita dh bulat2kan tu satu2 tunggu hingga candil tu timbul
- Bila candil dh timbul boleh masukkan santan dan akhir sekali sedikit garam, siap
aku suka masak ngn periuk nasi kecil ni utk msk bubur atau sup yg ringkas2... |
isi durian, boh sikit garam daul dgn tepung pulut, boh air sikit ye |
doh dah siap... apa lg bulat2kan lah |
gigih mula2 tu, tp dpt sepinggan ni jelah lain2 tu aku pakai msukkan je lps gentel |
lupa amik gambar sblm masukkan santan... ok ini dh siap bubur candil kita |
Sedapnyaa Dana...lama tak makan camni...terus rasa nak minta Emak masakkan...
ReplyDeleteamboi3...sedapnya dana,kalau dekat dah pergi bawa mangkuk dah ni
ReplyDeleteWow rare Ni.. akak x penah makan Ada durian mcm.ni
ReplyDeleteSis Lin- wah2 bestnya dia nk suh emak buatkan
ReplyDeletek Aryan Azra- hehehhe boleh kak boleh
k Mamapp- cuba lah kak, mmg tak mengecewakan tau
WOW SEDAPNYA MESTI NK CUBA NI
ReplyDeletesedapnya bubur candil1 Bubuh durian pula... lagilah berganda lazatnya! Dah berpuluh tahun tak merasa bubur candil semenjak meninggalkan Malaya nan tercinta!
ReplyDeleteDah lama tak jumpa bubur candil ni
ReplyDeleteTak pernah makan lagi.. bolehlah try juga nanti.
ReplyDeletenampak macam sedap...
ReplyDeleteada masa boleh la cuba nak buat nie
Oooo...gini membuatnye ye😃,akak selalu jumpa kat majlis2 kenduri & kadang btambah bermangkuk2 juga ler😋
ReplyDeleteDana! lamanya akak tak bubur candil. Selalu makan yang mak buat. Haha...ni first time akak tengok version durian. Macam2 rupanya resepi yang boleh diduriankan.Sedap eh Dana?
ReplyDeleteAssalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteLebih kurang macam bubur cubit di tempat saya. Cumanya ditambah dengan perasa durian. InsyaAllah boleh cuba ni.. sementelah lagi sekarang musim durian..
lamanya tak makan ni
ReplyDeletek Paridah- cuba kak, jgn tak cuba
ReplyDeletewak WP- apa lg wak, suruh mem buatkan bubur candil durian... mesti lg lawo color kuning sbb wak punya durian color lawo2
CIk Rose- bubur candil ni biasa kt negeri johor Cik Rose
Tuan Hanafi- bkn mcm sedap tp alhamdulillah sedap hehehhe.... kalau yg suka jenis2 pengat mesti suka nih
k Chaq- hehehe biasa org buat pakai tepung pulut je kak, mmg sedap rasanya kenyal2 lembut je
k NanyFadhly- hehehe apa kata try buat kak, comei sbb bulat2 kecik tu heheheh
en AbuIkhwan- wsalam... kalau bubur candil selalu cuma guna tepung pulut je tp kali ni campur sedikit kurang dlm nya,sementara musim durian kn
Ray- apa kata cuba buat lps ni dik
Nampak sedap..tapi akak sedikit kureng dengan bubur ..
ReplyDeleteEh resepi baru tuk saya. Cfrm sedap. Tak pernah makan lagi yg camni. If dh byk durian nanti boleh buat.
ReplyDeleteAllahuu sedapnyaaa.. Nak cuba jugalah nanti..
ReplyDeletesedapnya....kita tak pernah makan ni kak..
ReplyDelete